Thursday, April 21, 2016

Filled Under:

Tabiat Teh O Ais Boleh Mengundang Kegagalan Buah Pinggang


Seorang lelaki dari Arkansas, Amerika Syarikat berumur 56 tahun disahkan mengalami kegagalan buah pinggang berpunca dari tabiatnya yang suka minum teh O ais.

Lelaki tersebut dikatakan minum lebih empat liter teh O ais setiap hari. Selepas dimasukkan ke hospital sekitar Mei tahun lalu, hasil pemeriksaan hospital mendapati air kecingnya dipenuhi gentian kristal kalsium oksalat.

Menurut Dr Umbar Ghaffar dari University of Arkansas, komponen utama minuman tersebut iaitu teh hitam mengandungi banyak kandungan garam asid ataupun oksalat yang sering dikaitkan dengan masalah buah pinggang.

Selain itu, Oksalat turut terkandung dalam pelbagai makanan harian lain seperti sayur bayam, coklat, kacang dan dedak gandum. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil lebih dari 50 miligram oksalat dalam sehari.




0 comments:

Post a Comment