Tuesday, April 19, 2016

Filled Under:

ORG ISLAM WAJIB TAHU!! JENIS PERHIASAN RUMAH YANG PALING DIMURKAI ALLAH SWT DALAM RUMAH



RUMAH adalah tempat perlindungan & beristirahat.Pastinya setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah.Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yang bersih tanpa wujudnya barang-barang yang boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban

Rasulullah s.a.w. bersabda: Empat unsur yang membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik & kenderaan yang menyenangkan hati

Manakala di dalam surah an-Nahl (80), Allah s.w.t. berfirman :Allah menjadikan untuk rumah-rumah kamu sebagai tmpt yang menyenangkan

Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung dan sebagainya.Ini kerana, dalam mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mengandungi patung.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim

Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akn masuk ke rumah yg di dlmnya ada patung

Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian & seumpamanya.

Kadang kala,terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas pada zahirnya kelihatan tenang & cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat disebabkan wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan & seumpamanya.CACATKAN ANGGOTA PATUNG

Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut atau mana-mana bahagian yang sewaktu dengannya.

Ini berdasarkan dalam sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah s.a.w. kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung.

Hari berikutnya pun Jibrail tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad;

Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok(Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban)

Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan.Bagaimanapun, patung-patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang atau cara mendidik anak-anak mereka.
TIDAK BERNYAWA

Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar pemandangan atau benda yang tidak bernyawa.
Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai & sebagainya.
Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gamabr artis yang memperagakan auratnya untuk tatapan umum atau gambar orang kafir (org bukan Islam) yang melakukan musyrik terhadap Allah s.w.t.

Islam tidak menggalakkan gambar-gamabr seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau menimbulkan perasaan untuk memuja mereka.

Menggantungkan gambar-gambar orang alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan & kelebihan ilmunya & Islam mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh dan ikutan.

Begitu juga dgn gambar-gambar keluarga atau haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana ia boleh menjadi kenangan.

SEKSAAN HARI KIAMAT

Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dari emas & perak kerana bila mana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan sombong, riak & ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.

Larangan ini adalah untuk menjaga hati bagi orang fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri atau wujudnya perbezaan dan jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin.
Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya di makan, tidak disimpan & tidak kekal maka ia dibolehkan.

Begitu juga halnya dengan permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakkan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak & ia tidak dianggap untuk diagungkan.

Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir & memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat

Sabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau memahat patung ini.

Dalam satu riwayat diterangkan : Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari.

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh padanya, pada hal dia tidak akan sesekali dapat meniupkan roh itu.

Maksud hadis ini ialah, Allah akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja merupakan satu seksaan & peghinaan kerana bukan kuasa manusia untuk meniupkan roh.




0 comments:

Post a Comment