Saturday, April 23, 2016

Filled Under:

Baru Je Masuk Islam, Nina Sudah BUAT Keputusan Yang MENGEJUTKAN Ramai Pihak!



KUALA TERENGGANU – “Hidup saya kini lebih tenang dan gembira menjalani kehidupan sebagai orang Islam, malah saya sangat teruja mahu jalani ibadah puasa pada Ramadan akan datang,” kata Nur Nina Farisha Woo Abdullah.

Remaja berusia 19 tahun yang memeluk Islam dalam syarahan umum pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik di Kemaman baru-baru ini berkata beliau pernah berpuasa bersama rakannya pada tahun 2014 dan berharap mampu menjalani ibadah itu sebaik mungkin pada tahun ini.

Nur Nina Farisha yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pelantar Minyak di Kolej Ranaco, Kemaman berkata beliau kini sedang mengikuti kelas bimbingan agama yang disediakan pihak kolej bagi mendalami asas dalam fardu ain dan al-Quran.

“Saya bertuah kerana mempunyai ramai kawan sekolej yang sedia membantu saya untuk memahami Islam dan sedia menjawab apa sahaja soalan saya berkaitan hukum-hakam agama.

“Selepas ini, saya akan mengikuti kelas bimbingan agama yang disediakan kerajaan (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)) di Kemaman,” katanya kepada pemberita selepas menerima kad perakuan memeluk Islam yang disampaikan isteri Menteri Besar, Toh Puan Seri Halina Zakaria di kediaman rasmi Seri Iman di sini hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Omar Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif Ranaco Education & Training Institute Sdn. Bhd., Ahmad Firdhaus Ramlan.

Ditanya sama ada beliau mahu bergelar pendakwah satu hari nanti untuk menarik lebih ramai golongan bukan Islam kembali kepada fitrah, Nur Nina Farisha berkata: “Insya-Allah, jika sudah bersedia, saya akan lakukan (berdakwah).”

Mengenai cabaran yang dihadapi selepas memeluk Islam, Nur Nina Farisha berkata beliau ada membaca di laman sosial bahawa terdapat bukan Islam yang tidak berpuas hati dengan pertanyaannya pada program syarahan umum tersebut.




0 comments:

Post a Comment