Wednesday, August 31, 2016

Rambut Sering Gugur Selepas Berhijab, Nasihat Noh Buat Mizz Nina Tergamam


Umum tahu Mizz Nina dan Noh antara pasangan yang menjadi tumpuan lebih lebih lagi sejak kedua-duanya sudah mengerjakan haji.

Mendapat publisiti yang tinggi dengan kisah penghijrahan mereka dan sering menjadi tumpuan dan ikutan kerana masing masing bergerak untuk jadi yang lebih baik.

Dulu, kita sendiri tahu, Mizz Nina sering mewarna rambut, bleach dan macam macam lagi. Tapi menurut Mizz Nina sejak mengenakan hijab, seringkali rambutnya gugur akibat dari perbuatan dulu.

Agak risau Mizz Nina dengan masalah yang dihadapi, tapi jawapan dari suaminya Noh, buatkan anda terpana...


RAMBUT GUGUT SEBAB WARNA, BLEACH DAN LAIN LAIN... JAWAPAN NOH BUATKAN KAMI TERSENYUM.... MEMANG PASANGAN CONTOH!

Since I've started wearing the hijab, i have been experiencing a lot of hair loss & it does not hel with the fact that i used to colour, bleach, straighteN, perm, u name it i did it, to my hair :( Full of chemicals.... 

My husband always encourage me by saying....

"It's ok sayang if you lose hair here in the dunya, i love u the way you are and imagine what your hair will look like in Jannah!"

Nasihat suami pada isteri, memang mendalam.. ;) 



Sweet kan? Suka betul kami tengok mereka berdua ni. Ramai yang impikan suami seperti ini. Alhamdulillah. Mizz Nina & Noh kini menjadi contoh pasangan pasangan berkahwin untuk bergerak lebih baik..

Sumber : IG OfficialMizzNina - EEK Media - DearMalaysia.com


(Video) Khairy Dedah Kandungan 'Pendrive Panas' TMJ, Bukan Dokumen Bukti Rasuah Je...TAPI !



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata dokumen ‘pendrive panas’ itu menceritakan soal teknikal bola sepak dan bukannya dokumen bukti rasuah sahaja.

Khairy berkata sekiranya beliau menemui soal penyelewengan dalam FAM, sudah tentu bukti tersebut akan diserahkan kepada SPRM.

Jelas Khairy, beliau perlu meneliti keseluruhan dokumen dahulu dan akan membuat sidang media mengenai perkara ini pada Jumaat ini. – KiniTV



Seminggu Sebelum Perkahwinan Rombongan Lelaki Masih Tak Datang. Call Tak Dapat. 3 Bulan Berlalu Aku Dapat Berita Yang MENGEJUTKAN !!!

perkah

“Majlis perkahwinan lagi berbaki 1 minggu saja lagi, Kad jemputan sdh diedarkan, mak andam, katering pelamin baju semua sudah ditempah dan dibayar, family yang lain sudah ada yang bermalam di rumah saya untuk majlis yang dinanti2kan oleh keluarga saya, malam berinai,yang cukup2 membuatkan jiwa saya jadi kacau air mata berlinang tak henti2 sebab rombongan pengantin lelaki yang sepatutnya datang ke kampung saya tapi masih belum muncul, Ya Allah swt lagi beberapa jam majlis akad nikah, inai d jari kaki n tangan sudah pun merah, pelamin nikah indah siap druang tamu rumah dgn lampu malap nampak romantik, keluarga sibuk bergotong royong didapur untuk majlis akad nikah esok hari.
Hati sudah menjadi tak tentu arah, saya hubungi tunang tapi malangnya hp off, pakcik n makcik tunang saya langsung tak nak jawab panggilan saya…dalam hati saya dah yakin dia tidak akan datang ke majlis saya. Majlis akad nikah akan diadakan selepas waktu zohor, yaa betul sangkaan saya, mereka tidak datang, Ya Allah swt,menangis sedih ketika itu bukan disebabkan saya tidak jadi kahwin tetapi sedih melihat mak bapak ahli keluarga n adik beradik saya yang sepatutnya gembira tetapi bertukar sedih hampa kecewa n malu..tanpa berpikir panjang seawal pukul 7 pagi saya kumpulkan ahli keluarga terdekat saya gagahkan diri beritahu mereka yang si lelaki tidak akan datang, mak n ayah saya cepat2 batalkan majlis sanding yang sepatutnya d buat ddewan yang telah d tempah, termasuk pelamin, katering, mak andam dan juga photographer, dalam masa yang sama saya tersangat2 tidak tahu menahu apa sebab dia tak nak hadirkan diri walhal perbelanjaan kahwin semua dia yang berikan, ketika bertunang family dia datang membawa duit belanja kahwin dan juga hantaran bertunang.
Saya bersyukur walaupun dalam keadaan begini family masih rasional dan mereka beranggapan si lelaki sudah beristeri sebab tu tidak munculkan diri, majlis ditukar dengan kenduri kesyukuran. ahli keluarga semua bersimpati pada saya, tidak kurang juga ada yang menghina dan mencemuh saya seolah2 saya yang bersalah😢. Saya masih waras, saya masih sayangkan keluarga saya, tidak terpikir untuk membunuh diri atau melarikan diri kerana saya sangat2 yakin pasti ada hikmah dsebalik semua ini.
Selang seminggu si lelaki menghubungi saya, bermacam2 alasan yang dia beri, family saya yakin pasti ada perkara yang dia sorokkan, dengan cara baik family putuskn tali pertunangan dengan tunang saya melalui panggilan telefon dengan cara yang baik, ramai juga yang menyuruh ayah saya untuk failkan saman, tapi ayah n mak enggan n mereka yakin pasti ada balasan yang lagi setimpal yang akan dia perolehi selepas ini…
3 bulan selepas kejadian tersebut saya terima panggilan dari seorang perempuan, memaki,menghina n mencaci saya dengan kata2 kesat,saya pelik hairan bin tekejut,kenapa saya kena maki hamun tiba2, saya dengan tenang membaca semua caci maki perempuan tersebut, rupa2nya dia isteri kedua kepada bekas tunang saya, dia tuduh saya merampas suami dia, dalam keadaan tu, saya nak gelak n nangis pun ada😂, bukan apa dia tuduh saya rampas padahal saya tak jadi kahwin pun dan saya tidak tahu menahu pun yang dia sudah beristeri dua n mempunyai anak seorang berusia 1 bulan .
Saya mangsa penipuan, oleh lelaki penipu yang bersumpah bahawa dia bujang, kalau perempuan lain maybe bole jadi gila sebab tak jadi kahwin. Selepas isteri dia dah puas maki hamun saya, saya send semua bukti2 gambar pertunangan, majlis rewang, pelamin nikah inai n persiapan kahwin yang lain terutama sekali kad jemputan kahwin, tak cukup dari tu semua bukti2 resit pembayaran/perbelanjaan persiapan kahwin saya send dengan isteri dia, tekejut tak terkata si isteri, saya jelaskan dengan nada yang lembut tanpa berkasar walau sedikit pun saya faham perasaan dia sebagai perempuan, saya slowtalk dengan dia agar dia tidak salah faham dengan situasi saya, alhamdulillah dia terima dengan baik, dan dia sedia bermadu dengan saya katanya dia yakin saya perempuan yang baik untuk suami dia tapi “Oh Tak Mungkin” cukup dengan apa yang bekas tunang buat pada saya dengan keluarga saya, cukup2 memalukan saya….
Dipendekkan cerita, kawan saya telah send keratan akhbar pada whatpapps saya,tekejut juga bila saya terbaca akhbar tu, si lelaki telah ditangkap polis kerana menipu tak perlu la saya aibkan apa penipuan yang telah dia buat sehingga dimuat naik dalam surat khabar tak kurang juga diviralkan di facebook, keluarga saya menadah tangan tanda syukur pada Allah swt akhirnya dia terima balasan atas apa yang telah dia lakukan selama ini, dalam kegembiraan tersebut mak n adik saya menangis melihat wajahnya yang terpampang d surat khabar, walaupun masih marah tapi……


PERMINTAAN TERAKHIR BANDUAN YANG AKAN DIHUKUM MATI INI BUATKAN POLIS PUN MENANGIS




 BU…,

Sekiranya terdapat LEBIH keadilan di dunia ini, kita berdualah yang seharusnya dihukum bunuh, dan bukan hanya saya seorang. Ibu juga bersalah ke atas liku kehidupan yang saya jalani.

INGATKAH IBU ketika saya mencuri basikal milik seorang budak lelaki yang sebaya saya? Ibu yang membantu saya menyorokkan basikal itu dari pengetahuan ayah.

INGATKAH IBU ketika saya mencuri wang dari dompet jiran kita? Ibu juga yang pergi bersama saya ke sebuah pasaraya untuk membelanjakannya.

INGATKAH IBU ketika saya bertengkar dengan ayah dan kemudian ayah pergi meninggalkan kita? Ayah sekadar mahu memperbetulkan diri saya kerana perbuatan saya mencuri keputusan akhir sebuah pertandingan yang menyebabkan saya dibuang sekolah.

IBU…

KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak, yang tidak lama selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah. Dan sekarang, saya hanyalah seorang lelaki yang rosak.

KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak yang memerlukan pembetulan, bukannya keizinan (untuk berbuat kerosakan).

TETAPI, SAYA TETAP MEMAAFKAN IBU….

Saya mohon agar surat ini sampai kepada seberapa banyak ibubapa di dunia ini, agar mereka tahu yang menjadikan seorang anak itu baik atau jahat adalah… PENDIDIKAN IBUNYA!!!.

Terima kasih ibu kerana MEMBERIKAN ‘nyawa’ kepada saya dan juga menyebabkan saya KEHILANGANNYA.

Dari anakmu,
(Seorang Banduan Hukuman Mati)
***********************************************

PELAJARAN BUAT IBUBAPA

Perkara paling sukar dalam usaha memperbetulkan masyarakat sekarang ini ialah untuk membuatkan seorang ibu SEDAR akan kesilapan diri mendidik anaknya. Lebih sukar lagi untuk menerima teguran tentang tabiat buruk yang telah berlaku pada anaknya sekalipun bukti terang nyata di depan mata.

Tiada guna adanya ayah yang tegas dan bijaksana sebagai ketua keluarga jika si ibu tidak telus dan tulus merujuk dan berkongsi maklumat mengenai perkembangan anak-anaknya. Apabila sedar, keadaan sudah terlambat…. “Rebung sudah menjadi buluh”.

Lebih sulit lagi jika si Ayah juga jenis yang tidak ambil kisah. Hal ehwal keluarga dan urusan anak-anak diserahkan kepada isteri semata-mata. Urusan mencari rezeki dan persekolahan anak semuanya si ibu uruskan. Apabila anak bermasalah, mencuri, merempit, merogol, hisap dadah bahkan dilokap polis pun minta isteri juga yang uruskan.

Ramai sekali suami yang hanya tahu meniduri isteri sahaja. Lebih berat lagi jenis yang hari-hari minta duit isteri dan asyik keluar bersama rakan-rakan sampai ke tua. Ada pula yang kaki joli, ketagihan dadah, arak dan judi. Ada pula yang hanya mahu mencukupkan quota poligami sahaja. Kemudian dikuda pula semua isteri yang ada untuk turut ‘membaiayai’ dirinya. Hidup tidak ubah seperti ‘jantan sewaan’ sahaja.

Ada ibu yang berjaya melepasi ujian ini. Ada pula yang terpaksa membiarkan bukan sahaja anak, malah diri sendiri untuk ikut mencuri. Mungkin dia ‘terpaksa’ kerana itu sahaja punca nafkah buat mereka.

Apapun, perlu diingat bahawa tugas utama ibu adalah mendidik anak. Jika berjaya ibu melangkah ke syurga, maka jejak yang sama jugalah bakal diikuti oleh anaknya. JEJAK KAKI IBU itulah yang menjadi hakikat di sebalik ungkapan, “syurga itu di telapak kaki ibu”. Kisah Siti Hajar dan Ismail a.s. adalah antara contohnya.

Jika ibu sampai bersikap degil dan mungkar, maka jejak yang sama jugalah bakal ditiru oleh anak-anaknya. Kisah isteri dan anak-anak Nabi Noh a.s. adalah rujukannya.

Sumber Asal : 
beritagempakbeb.blogspot.my


SUAMI BELASAH ISTERI SAMPAI MATI, TAPI LEPAS DIA BACA DIARI ISTERINYA NI, DIA MENYESAL SEUMUR HIDUPNYA

Suami Belasah Isteri Sampai Mati, Tapi Lepas Dia Baca Diari Isterinya Ni, Dia MENYESAL Seumur Hidupnya

Suami Belasah Isteri Sampai Mati, Tapi Lepas Dia Baca Diari Isterinya Ni, Dia MENYESAL Seumur Hidupnya

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri."Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.



Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran.

Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar "Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati .

Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa.

Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.

Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.

"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.

Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.

Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.

"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. 

Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. 

Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. 

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.



Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.

Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.

"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.

Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.

"YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa..


Inilah 10 Pemain Tempatan Yang Mempunyai Larian Paling Laju Di Liga Malaysia



1.) Rizal Ghazali (Kedah)
2.) Hadin Azman (Felda United)
3.) Chanturu (JDT)
4) Gopi (Selangor)
5.) Aznie Taib (JDT)
6.) Farhan Roslan (Kedah)
7.) Wanzahrulnizam (Kelantan)
8.) Kunanlan (JDT)
9.) Kogi (Pahang)
10.) Shamie Iszuan (Sarawak)



Monday, August 22, 2016

Siapa Tak Kenal Si Charlie Yang BERBISA Ni. Doktor DEDAHKAN KELEMAHANNYA Yang Korang Pasti TERKEJUT !!!

Siapa Tak Kenal Si Charlie Yang BERBISA Ni. Doktor DEDAHKAN KELEMAHANNYA Yang Korang Pasti TERKEJUT !!! | Kenal tak Mr. CHARLIE? Kacak Handsome tu. PENGGODA! Sapa rapat dgn dia PASTI jadi MANGSAnya. Ia Cassanova BERBISA!!! hihihi……

char

Mai doc bagi info sapa Cassanova ni supaya anda tak jadi mangsa durjananya.

A.Mr. Charlie( nama glamournya)….. handsome kacak. Tpi sapa tergoda… mangsanya akan dpt habuan Racun dr Mr Charlie bersamaan 12 kali ganda racun Cobra / Ular Tedung. Rove Beetle atau Charlie ni kita panggil SEMUT SEMAI / SEMUT KAYAP.

B.Charlie ni duk di sawah padi, padang & hutan. Nak tau dak….. dlm badan Mr. Chalie ni ada sejenis TOKSIN terbisa di dunia, dipanggil ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) . Jika racun tu kena kulit kita…kulit kita merah kehitaman mcm terkena api..ia pedis, sakit & gatal.. dipanggil “whiplash atau lineris dermatitis”.
  1. Doc nak bagi tau apa yg Mr. Charlie suka:
    1.Tertarik pada cahaya lampu waktu malam. Elok tutup lampu & tutup semua pintu & tingkap supaya gang2 Mr. Chalie tak mai serbu pd cahaya.
    2.Gunakan jaringan nyamuk untk elak Mr Charlie masuk rumah.
    3. Jgn guna semburan aerosol serangga sbb Mr Chalie kebal dgn Aerosol.
    4. Kalau le Mr. Charlie merayap atas badan anda, kuis je, jangan menjerit / jangan pukul sampai perutnya TERBURAI pecah….ni le kesilapan kita pi hentam cassinova tu sampai terburai isi perut !! Tau tak BISA/RACUN dlm perut dia tu ada HAEMOLIF tu yg 12 X bisa ular senduk akan lekat pd kulit anta lalu TERBAKAR KULIT ANDA. KULIT JADI KEMERAHAN atau GELEMBUNG. Lalu Kulit jadi PEDIH,SAKIT dan KEHITAMAN. Kadang GATAL….Aduui emak Sakiiitnya.
  2. Apa patut anda buat bila kena Racun Mr. Charlie.
    1. PI MANDI TERUS….Buang bekas racun tu secepat mungkin. Jangan jari kita menggatal tu pi garu di kulit tu.
    2. Ada yg kena ALAHAN kulit yg teruk mesti dapat rawatan perubatan.
  3. Senjata yg dpt JAUHKAN Carsanova ni bukan PERFUME HIGH CLASS YG WANGI SEMERBAK …tapi…hihihi …UBAT GEGAT je… dia lari lintang pukang.
  4. Hihihi… Nasihat doc
    Lebih baik mencegah drp mengubati kan !
    Bawa lah UBAT GEGAT selalu dalam poket anda….doc melawak je.
Ada soalan, doc jawapkan.
Drp Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda.
Bayan Lepas. Penang.
Tel: 04-6444181
Kredit:- Abdul Rahim Nor


Misteri Disebalik Rumah Sewa

Misteri Disebalik Rumah Sewa

Assalamu’alaikum, aku seorang student ipt tapi bukan uia laa..
Student disebuah kolej yg baru dinaiktaraf jadi universiti. Haha
Aku nak cerita pasal benda yg jadi time aku first masuk rumah sewa ni sampai lah sekarang.
Aku sem 1 lagi dah blah duduk rumah sewa sebab aku malas nak duk asrama.
Rumah ni atas bukit.. Kawasan perumahan baru. Rumah 2tingkat, selesa lah sebab besar lagi satu dekat semua bilik ada tandas.
Sewa dia pun memang umphhh jugak laa nak bayar tiap² bulan.
Haha.
First aku masuk rumah ni, aku dapat master bedroom, rumah ni memang kosong, takda apa² furniture pun.. Katil apa semua memang takda kami masuk sini selai sepinggang .. Tidur pun hanya beralaskan Toto narita.
Mula masuk rumah ni memang aku dah rasa seram sejuk, bukan apa.. Aku ni jenis boleh nampak, boleh rasa kalau ada benda (makhluk halus) ..
Sebab sini kawasan perumahan baru, tak banyak org lagi time tu tak macam skrg, dah ada org yg duduk. Boleh kata setiap malam anjing akan menyalak depan rumah kami. Bukan setakat depan rumah, tapi kat blkg rumah pun ada. Bukan sekor dua tapi banyak. Yg pelik, anjing selalu menyalak dekat rumah ni ja..
Nak dijadikan cerita, hari first aku tidur okay laa. Takda apa² gangguan lagi, tapi lepas selang 2-3 hari aku dah mula rasa, dah mula nampak something.
Benda pertama aku nampak dalam rumah ni time aku nak tido, dalam pukul 12 macam tu. aku nampak ada benda terapung atas badan salah sorang housemate aku ni..
Dia macam lembaga, besar sangat terapung betul² atas housemate aku ni.. Time tu aku dengan dia tidur berjarak laa satu tilam. Kiranya tilam tengah² tu kosong sebab housemate aku yg sorg tu balik rumah dia.
Memang cuak gila, jantung aku berdegup kencang bagai nak pecah ..
Tapi aku tak cerita dekat sapa² sebab aku takmau takut kan org lain.. Ya lah, kadang ada yg jenis tak kuat kan.. So aku diam² dulu ja laa..
Oh ya. Satu lagi aku ada nampak ada benda bertenggek dekat atas almari housemate aku tu.
Tak mampu nak berkata²..
(Aku dah cerita benda ni dekat housemate aku yg aku nampak atas dia tu, dia selamba ja.. Tak gentar pun, padahal orang dia kecik jaa.. Kurus kering, tapi hati kental)
New sem, aku tukar bilik, aku pindah pergi bilik hujung sekali,
Tempat aku dekat dgn tandas. So aku akan dengar orang keluar masuk bilik air.
Pukul 3 pagi aku dengar bunyi orang bukak shower mandi dalam bilik air siap nyanyi pulak tu tapi mendayu², padahal aku tengok semua tengah nyenyak lena dekat tempat masing²..
Aku dah rasa semacam dah. Aku buat taktau, aku pasang earphone bukak lagu kuat² lepastu tertidur tapi dalam keadaan yg tak tenang .
Ada satu hari ni, time tu tengah cuti sem, aku plan nak balik rumah ni sekejap sebab nak amek beg baju, nak bawak balik, aku balik lah dengan Kawan aku yg sorang ni.
Time kami dah sampai dari penang ke kuale ni, kami dah rasa tak sedap hati tapi masing² diam kan diri, nak sedap kan hati masing²..
Malam tu kami lepak dekat ruang tamu ja sebab rumah kosong kan takdak orang, makan la kejap dekat ruang tamu tu.. Tengah best sembang² tetiba dengar bunyi orang macam bukak gate .. Kami pun apa lagi memang cuak laa. Bunyi dia punya la kuat.. Kawan aku ni dah tanya aku banyak kali dah “dah lock pintu kan?”
Aku pun macam berlagak cool la. Bajet tenang. Kami makan tak habis lepastu terus lari tidur dekat bilik atas.
Kawan aku ni time bila nak jadi something dia akan cepat mengantuk n tidur awal. Yang sengsara nya aku wey.
Tengah best² dia tidur, aku dengar bunyi orang berlari² dekat balkoni, lepastu yg paling tak boleh blah. Aku dengar bunyi tapak kaki orang naik tangga ke bilik yg kami tidur tu. Bunyi dia bukannya slow, kuat kot. Bunyi orang naik tangga hentak² kaki. Lama jugak la bunyi tu.. Dah laa time tu ada kami berdua ja dalam rumah tu. Aku dah seram dah.. Aku dah fikir bukan².. Kalau bukan manusia mesti benda tu.
Aku buat² tak dengar mcm takda apa, tak jadi malam tu nak packing² baju.
Esok pagi tu baru aku kemas baju, blah cepat² terus drpd rumah tu walaupun tiket tren pukul 12 lebih. Dalam pukul 10 tu kami dah keluar.. Punya seram laa
Aku tak tahan duk bilik tu aku tukar tidur dekat ruang tamu dekat bawah pulak. Sampai sekarang aku menapak dekat ruang tamu bawah ni.
Aku ingatkan aku kurang sikit laa nampak² kat bawah ni, ternyata lagi teruk adalah. Hahaha.
Lagi banyak aku nampak.
Sebab furniture dalam rumah ni tak lengkap so aku boleh nampak sampai ke dapur.
Yg agak seram dekat bawah ni time aku nampak benda tu dekat meja makan. Aku tidur atas sofa, sofa ni pulak boleh mengadap ke meja makan tu, memang terkejut ah nampak baju putih rambut panjang tengah duduk ja dekat situ.
Nasib baik dia duduk pandang belah sana bukan belah aku. Kalau tak taktau apa kejadian aku kat situ.
Lepastu ada jugak satu hari tu, aku nampak lembaga tinggi, besar macam orang tengah perhati dekat tingkap dapur tu lama pulak tu. Dia macam tenung dekat ruang tamu ni jaa. Tempat aku tidur. Serius cakap, memang besar and tak mungkin orang sebab belakang rumah tu gelap, sunyi. Mana ada orang lalu lorong belakang rumah tu.
Ada orang cakap tu mungkin hantu raya aku pun taktau laa..
Pernah haritu aku nampak kepala terbang. Apa orang panggil, penanggal ka ? Aku baru balik drpd kedai runcit, malam tu baru dalam pukul 8 lebih.. Takda lah malam sangat, aku nampak benda tu ada dekat rumah jiran aku, aku mula tu sekali pandang ja ingat orang aku tak kisah laa. Lepas 2kali pandang dia terbang. Terus aku lari masuk rumah.
Satu lagi, aku baru balik drpd kedai makan, malam dalam pukul 9 lebih macam tu. Takpa lah aku straight balik rumah sewa terus la sebab kedai makan tu tak jauh pun dgn rumah sewa, bawak moto slow² jaa depan rumah, tetiba aku nampak baju putih rambut panjang tunggu dekat dengan pintu rumah, aku pun apa lagi buat² tak nampak aku terus jalan straight pusing² dulu. Aku memang takmau lagi la nak masuk rumah, aku taktau la dia perasan aku ka tak lepas aku dah tak larat nak pusing² ingat nak balik rumah, punya la berharap benda tu dah takda sebab dah pukul berapa dah takkan aku nak tidur luar kot.
Aku terpaksa tabahkan hati buat mcm tak ada apa², parking moto betul² sebelah dia. Aku turun, lalu buat macam tak nampak, tak perasan dia, lepastu terus kunci pintu rumah.Time tu memang cuak gila la wey, dekat sebelah aku ja! Muka macam takda apa tapi jantung dah berdegup kencang macam baru lepas marathon dengan usain bolt.
Setakat tu ja lah, sebenarnya banyak lagi, dengar bunyi guli, rasa macam orang lalu blkg kita, cawan tiba² jatuh, suis lampu/kipas tetiba tertutup, tudung saji yg kukuh atas meja tu pun tetiba jatuh. Banyak sangat tiba² nya pun.. Haha.
Banyak lagi kejadian aneh yg jadi.. Tambah² lagi baru ni.. Baru sangat jadi ni.
Ya lah lepas habis short sem ada cuti 2minggu, aku dgn Kawan aku org yg last balik kami dah kemas rumah cantik bersih tapi bila balik sini minggu lepas, (aku org first balik sini sorg²) tengok keadaan rumah ni macam bersepah.. Serius aku cakap, tak macam yg kami tinggalkan sblm balik.
Aku masuk rumah, bau rumah busuk sangat macam bau bangkai yg berulat / sampah yg dah berminggu² tak buang.
Kawan aku simpan moto dia dalam rumah sebab dia sorang ja yg tak bawak balik moto, aku taktau macam mana boleh ada pisau dalam raga moto dia. Lepastu, bilik bawah punya bilik air terbuka paip air. Tak tutup.. Melimpah air dalam tandas tu. Padahal aku org terakhir yg guna tandas tu. Aku masuk pun bukannya mandi ka apa, aku cuma salin baju sebelum nak balik Penang. Lantai dekat bilik air tu pun dah kering. Tapi Sapa yg buka paip air tu? Sedangkan org yg last balik aku?
Benda yg agak menakutkan aku bila aku nampak dekat dapur tu, benda tu macam tengah selongkar tong sampah. Dia macam berkeliaran dekat dapur. Bila aku nak pergi check dekat dapur benda tu macam perasan aku, dia lari duk atas rak pinggan mangkuk. Lepastu jatuh la satu cawan plastik.. Aku pun dah rasa tak sedap hati, aku tak jadi pergi ke dapur, aku buka lampu ruang tamu. Tidur lah aku dalam cahaya .. Haha
Oh ya, ada setengah aku cerita dekat housemate aku, ada yg aku simpan sendiri sebab ada kisah yg seram sangat .. Lepas aku cerita, mula lah sorang demi sorang housemate aku buka cerita. Pernah rasa lah, pernah nampak la.. So setiap kali depa nampak ka, rasa tak sedap hati ka, mesti depa cerita dekat aku dulu.
Haha. Nak kata aku hati tabah, tak jugak tapi sebab dah selalu nampak kita terpaksa kawal diri drpd nampak macam takut sangat.
Kalau nampak tu, reaction kena buat macam takda apa².. Padahal dalam hati ni, hanya Allah yg tahu.
Apa yg aku cerita ni hanya yg aku nampak dekat sini ja laa.. Pengalaman aku sendiri sebenarnya dah terlampau banyak. Dekat asrama pun aku pernah nampak sebelum masuk rumah sewa. Banyak jugak la yg aku nampak time dekat asrama. Kadang dekat rumah aku sendiri pun aku nampak. Balik kampung pun aku nampak, aku dengar macam².. Hehe
Drpd info yg aku dapat drpd org sini, dulu area kawasan perumahan kami ni hutan belantara. Depa kata dulu orang banyak buang benda dekat sini.. Ada yg kata selalu ada bungkuih(pocong) laa area sini..
Depa kata depa sendiri takut nak mai area sini sebab seram dia lain macam sikit. Depa terkejut jugak la kami student berani mai sewa area sini.
Sekian, ni ja lah luahan hatiku..
Goodnight, Assalamu’alaikum..
– Makcik karipap
Sumber : iiumc.com