Saturday, August 20, 2016

Filled Under:

Kisah Sedih Dato Lee Chong Wei Sebelum Bergelar Pemain No1 Dunia



MISBUN

Sekitar tahun 1999, pada usia 17 tahun, Lee Chong Wei terpilih menyertai latihan pusat skuad badminton negara.

Misbun Sidek antara tenaga jurulatih skuad negara ketika itu.
Misbun lontarkan persoalan pada anak muda asal Perak itu, apa yang Lee Chong Wei impikan apabila bergelar pemain kebangsaan dan berpeluang mewakili Malaysia.

Lee Chong Wei, remaja naif yang minat badminton, jawabnya, beliau mahu cari duit.

Misbun tanya lagi, apa yang Lee Chong Wei mahu gapai.
Lee Chong Wei jawab yang beliau mahu dapatkan duit banyak-banyak untuk beli kereta.

Misbun sedikit pun tidak terkejut dengan jawapan Lee Chong Wei, kerana itu lah jawapan lazim oleh mana-mana remaja sekalipun.
Legenda badminton negara era 80an itu kemudiannya tanya lagi dan minta Lee Chong Wei beri lagi satu sebab apa yang beliau mahu capai setelah dapat mewakili negara.

Baharu lah Lee Chong Wei jawab, yang beliau mahu jadi pemain badminton terbaik di dunia.

Misbun beri nasihat pada Lee Chong Wei, bahawa untuk berjaya dan jadi yang terbaik, Lee Chong Wei perlukan korbankan masa mudanya dan pertaruh komitmen tinggi, selebihnya seperti rejim latihan biar Misbun selaku jurulatih yang akan jaga.

Pernah juga, disebabkan rejim latihan Misbun yang rigid, Lee Chong Wei sampai menangis kepenatan.

Lebih tujuh tahun Misbun bimbing Lee Chong Wei, dan dalam tempoh itu lah Misbun menggilap dan membentuk Lee Chong Wei.
Sebab itu, usai tamat final Sukan Olimpik 2012 yang lalu, meskipun beliau tewas kepada Lin Dan, dan meraih pingat perak, antara orang pertama yang Lee Chong Wei hubungi adalah Misbun Sidek.
Lee Chong Wei sekarang, adalah apa yang Misbun gilap dahulu.

Bintang gilap bintang, jadi terang biarpun siang!

Perkongsian daripada R.Bola Sepak

#forsilvermedal




0 comments:

Post a Comment