Saudaraku..habis sahur memang mengantuk, tapi jangan langsung tidur ya…Ketika tidur, semua organ dalam tubuh akan melambat metabolismenya, seperti usus dan perut akan lambat dalam mencerna makanan. Akibatnya makanan tidak tercerna dengan sempurnaMakanan yang tidak tercerna dengan sempurna akan di “makan” oleh bakteria jahat –> jumlah bakteria jahat di perut & usus menjadi dominan, di mana sifat bakteria ini: anaerob (KURANG oksigen), hasil metabolisme bakteria bersifat asid.Bakteria akan menghasilkan asid nitrit yang bersifat SANGAT ASID
– Asid nitrit akan meningkatkan darjah keasidan tubuh
– Darjah keasidan tubuh membeban sistem metabolisme tubuh.
– Asid nitrat SANGAT, SANGAT, SANGAT beracun untuk liver (hati) anda!
– Liver akan bekerja keras melawan racun.Sel darah putih akan bekerja bersungguh-sungguh untuk melawan bakteria jahat ini. Tubuh akan bekerja keras hanya untuk menghilangkan racun.Terjadi pengumpulan gas racun amonia dalam tubuh anda akibat makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus & perut anda.Semua ini terjadi hanya kerana apa ??? Hanya karena anda tidur segera setelah bersahur..!!Kesimpulannya;
– Tidur setelah sahur akan menghalang terhadap tujuan puasa: iaitu ingin sihat.
– Tidur setelah sahur merosak liver
– Membuat dominan bakteria jahat.
– Menambah PH keasidan tubuh, INGAT, jika PH tubuh anda – Keadaan tubuh menjadi kurang oksigen, SEL KANSER AKAN TUMBUH PESAT PADA SEL TUBUH YANG PALING KURANG OKSIGEN.Rasulullah SAW tidak pernah tidur setelah sahur. Usahakan lawan mengantuk dengan bertadarus, mengaji, membaca buku, dan sebagainya.. Semoga kalian tambah pahala, dan sihat di bulan RAMADHAN ini.
Kami sediakan dalam bentuk point agar para pembaca senang faham.
1) Ketika tidur, semua organ dalam tubuh akan melambat metabolismenya, seperti usus dan perut akan lambat dalam mencerna makanan.
Penerangan:
Pencernaan makanan sebenarnya terletak dibawah satu sistem saraf dinamakan sebagai PARASYMPATHETIC NERVOUS system. Parasympathetic nervous system inilah yg akan menyebabkan mode badan bertukar kepada REST AND DIGEST. Iaitu setelah makan, selalunya badan mesti akan mengaktifkan saraf parasympathetic utk mencernakan makanan tersebut. Disebabkan saraf para sympathetic diaktifkan, maka kita pun akan merasa letih. Ini kerana seperti yg saya kata awal2 tadi, mode badan akan bertukar kepada ‘Rest'(rehat) and digest(pencernaan).
Saya nak bawa maksudnya di sini, apabila kita tidur atau pun rehat, sebenarnya waktu tulah proses pencernaan sedang berlaku dgn rancak. Bukan semakin lembab seperti dalam mesej tersebut. Jadi ianya bukan menjadi penyebab kepada ketidakcernaan makanan itu.
Tapi utk tidur sebaik selepas makan pun tidak baik. Ini kerana ianya akan meletakkkan kita pada posisi baring dimana makanan senang utk reflux naik balik ke dalam esophagus. Chronic reflux(atau lebih tepat lagi Gastroesophageal reflux disease/GERD) boleh menyebabkan cancer dibahagian bawah esophagus.
Nasihat admin, lepas makan tunggu dalam 1 jam ataupun 2 jam supaya makanan drpd perut itu boleh turun ke usus dahulu utk mengelakkan GERD. Lps tu, baru tidor
2) mesej itu mengatakan bacteria dalam usus adalah bersifat anaerob iaitu mereka menghasilkan tenaga tanpa memerlukan oksigen berlainan dgn kita. Mesej itu juga menyatakan bahawa bahan kumuh yg terhasil drpd proses anaerob tersebut adalah nitric acid
Penjelasan:
Betul yang dalam usus banyak bakteria yg jenisnya anaerobic. Ini disebabkan dalam usus kurangnya oksigen. Oleh itu, bakteria yg mampu menghasilkan tenaga tanpa oksigen seperti anaerob ini sahaja yg dpt hidup.
Yang menjadi kesalahannya adalah apabila mengatakan proses anaerob itu akan menghasilkan nitric acid. Fakta yg betul adalah proses anaeorob tersebut akan menghasilkan LACTIC ACID. Bukan nitric acid
Dan bukan bakteria sahaja yg boleh menghasilkan tenaga tanpa oksigen. Otot kita pun boleh menjalankan proses anaerob. Ianya berlaku apa bila kita menggunakan otot kita utk melakukan kerja2 yg berat ataupun bersenam. Pada ketika itu, oksigen tidak sempat dibekalkan kepada otot utk melakukan fungsinya. Maka, sel otot terpaksa melakukan proses anaerob utk menghasilkan tenaga supaya sels tersebut masih boleh berfungsi. Hasilnya adalah lactic acid yg berkumpul di dalam otot. Sebab tu kalau org dah lama tak bersenam, tiba2 dia bersenam balik. Selpas itu dia mesti sakit2 otot. Sebab lactic acid berkumpul.
3) Terjadi pengumpulan gas racun amonia dalam tubuh anda akibat makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus & perut anda.
Penjelasan: Ada beberapa bakteria dalam usus kita yg menghasilkan ammonia. Benda ini adalah sesuatu yg normal dan hati dgn senangnya dpt menguraikan ammonia ini.
Masalah hanya akan berlaku apabila hati tersebut gagal berfungsi(liver failure). Waktu itu kandungan ammonia dalam badan boleh meninggkat tinggi dan menyebabkan kesedaran(conciousness) seseorang pesakit itu semakin kurang ataupun pesakit itu akan meracau. Keadaan ini dipanggil sebagai Hepatic Encephalopathy
Nak stresskan di sini. Tiada istilah makanan akan membusuk dalam perut dan menyebabkan bakteria itu membiak dgn lebih banyak ketika tidur. Ianya adalau sesuatu yg sgt normal.
4) Menambah PH keasidan tubuh akan menyebabkan kanser. Terutamanya bila pH<4
Penerangan: pH
Dan pH badan yg rendah(asid) tidak menyebabkan kanser. Sebenarnya kanser itu sendiri yg menyebabkan pH badan menjadi rendah. Ini disebabkan sel2 kanser yg aktif membiak, membuatkan sel2 baru jauh drpd saluran darah. Ini menyebabkan supply oxygen kepada sel2 kanser tersebut berkurangan. Oleh itu, sel2 kanser itu akan menghasilkan tenaga secara anaerob(tanpa memerlukan oksigen) dan menghasilkan bahan kumuh iaitu lactic acid seperti penerangan di atas . Inilah yg akan menyebabkan pH berkurangan
Kesimpulannya
1) Tidor selepas sahur tidak akan menyebabkan bakteria membiak dan menghasilkan NITRIC ACID. Malah keadaan berehat/tidor akan menjadikan pencernaan makanan lebih rancak
2) Tapi tidak dpt dinafikan kalau tidur lepas makan boleh menyebabkan penyakit GERD
3) pH asid tidak menyebabkan kanser
4) Tidak perlu menyebarkan kesesatan atas nama Nabi SAW yg suci. KREDIT Pseudoscience Watch
0 comments:
Post a Comment