Bekas penyanyi yang dahulunya aktif dalam dunia seni, Ina Naim kini tampil dengan imej terbaru yang sungguh mengejutkan. Untuk makluman Ina Naim telah berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang juga merupakan seorang penyanyi nasyid Mohd Suhaimi Saad dan sah menjadi pasangan suami isteri pada tanggal 12 Ogos 2007.
Menurut Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian.
"Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.
"Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami," katanya.ARTIKEL MENARIK:- Masih Ingatkah Dengan Ku Yusry Pelakon Drama SUTUN? Inilah Imej Terbaru Beliau Yang Mengejutkan!
Tambah Ina, keputusannya untuk berpurdah juga bagi mengelak daripada difitnah individu yang tidak bertanggungjawab. Diharapkan semoga wanita lain diluar sana mengambil lankah positif seperti Ina.
0 comments:
Post a Comment