Monday, June 6, 2016
Filled Under:
Berita
Kisah Student Universiti Ada RM1.20. RM1 Disedekahkan. Apa Jadi Lepas Tu Sangat WOW !!!"
Posted By:
Joe Suharto
on 12:48 AM
Kisah Student Universiti Ada RM1.20. RM1 Disedekahkan. Apa Jadi Lepas Tu Sangat WOW !!! | Seperti diceritakan oleh Busu. Harini 30.5 duit aku betul2 kering dah.dari semalam aku cuba withdraw tapi tak boleh sebab balance tak cukup.dlm bank islam baki ada rm50 memang xboleh keluar dah,dlm muamalat ada rm18,tapi xboleh kuar sebab mesin atm kuarkan gandaan 20 kkeatas je.
Dlm purse ada rm5.aku ni self sponsor.jadi setiap 1 hb tiap bulan family aku akan bank in duit.jadi nk tunggu 1 hb,aku kena ikat perut selama 2 hari lagi.tapi aku xrisau sangat,sebab aku still ada milo 3 in 1 tu,boleh la aku minum yang tu dulu untuk sekadar buat tenaga selama 2 hari ni.
Dengan rm5 yang aku ada,aku kena print asingment sebab kena hantar harini.aku dah kira setiap helain kertas asingment yang nak kena print,cukup la semua sekali rm3.20.jadi aku still ada balance rm1.20.lepas aku hantar asingment dekat lecturer aku,aku lalu depan masjid,aku mmg niat nak bersedekah,sebab aku yakin Allah akan tolong aku balik,lambat dengan cepat je.
Aku masukkan rm1 je dalam tabung masjid,then balance lagi 20 sen aku nak buat beli ice ketul dekat cafe aku.since aku ade milo 3 in 1,so just beli ice jela.ni berlaku petang tadi je dlm waktu lunch.lepas beli ais,habis lincin la duit aku dlm purse.sesen pun takdak.haha.ade jugak bimbang sebab aku ni gastrik,xboleh kalau xmkn.tapi aku yakin adalah lah tu rezeki Allah nak kasi,lagipun 3 in 1 milo tu ada.boleh alas perut.
Malam ni,pukul 10.30 tadi kakak aku call,dia cakap dia masukkan rm50 dlm bank islam aku,buat belanja sementara tunggu family bank in 1 hb nanti,sebab dia cakap hujung2 bulan ni takut aku kering.Allahuakbar,cepat sungguh Allah bagi rezeki dekat aku.aku fikir jugak kenapa awal sangat kakak aku bank in,padahal 2 hari lagi nak tunggu bulan depan.aku baru teringat,ni mungkin sebab rm1 aku sedekah dalam tabung masjid tadi.Allahurabbi,nikmat apa lagi yang ingin kita dustakan?terang2 dah Allah balas terus,kalau kita bersedekah.
Walaupun takde duit macam mana pun,jangan takut nak bersedekah.makin kau takde duit,makin kau kuat bersedekah.begitu jugak kalau makin kau berduit,makin kerap la kena bersedekah.yakin dengan rahmat dan pertolongan Allah ok.sebelum ni aku just baca cerita orang yang share pasal keberkatan bersedekah,ni kena dekat aku sendiri dan memang aku yakin Allah tu maha berkuasa lagi maha pemurah.
Saje je aku nak share biar semua dari kita jangan kedekut.bersedekahlah.jangan kau pergi senyum je depan tabung masjid tu,sebab senyum pun sedekah kan?entah dekat mana aku tengok orang buat viral senyum depan tabung masjid sebb senyum pun sedekah.jangan kau buat camtu pulak hokay.haha aku exam esok,doakan aku.terima kasih admin dan yang sudi baca.moga bermanfaat. KREDIT Busu via IIUM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment