Wednesday, June 15, 2016
Filled Under:
Berita
Jika Gaji RM3500 Hanya Layak beli Myvi Berapakah Sebenarnya Gaji Untuk Layak Beli Honda Civic 2016
Posted By:
Joe Suharto
on 3:04 AM
Nampaknya dua tiga hari ini satu persatu kereta baru muncul di pasaran Malaysia, dari kereta Honda Civic 2016 yang menjadi bualan dan kegilaan anak muda, hari ini pihak proton pula melancarkan kereta Proton Perdana Baru.
Ramai dilihat tertawan dengan kedua-dua kereta ini, ada yang bergaji RM3,000 sebulan mula bercita-cita handak beli kereta idaman mereka ini.
Admin akui itu hak anda, hak setiap individu, tetapi apa yang hendak disentuh di sini adalah mengenai masa depan kita, nak dengar atau tidak terpulang, ketahui kereta adalah keperluan tetapi kereta mahal dan hebat adalah kehendak.
Kereta merupakan aset, tetapi aset yang sentiasa susut nilai, jadi anda perlu merancang kehidupan untuk senang di kemudian hari, contoh yang terbaik sudah pastinya hartanah yang akan sentiasa naik dan tidak susut nilai.
Jika Gaji RM3,500 sebenarnya anda layak untuk beli kereta Produa Myvi sahaja, jadi berapa sebenarnya anda layak untuk beli kereta Honda Civic baru yang berharga RM130k++ ini.
Jom baca coretan saudaraHarith Faisal.
HONDA CIVIC 2016 IDAMAN HATI SAYA.
Sekarang tengah hangat cerita pasal Honda Civic 2016 yang berharga sekitar RM132,000. Saya pun tergugat dengan design dia yang sangat mengancam gila woi.
Honda Civic adalah kereta idaman saya masa zaman sekolah. Kalau ikut gaji saya dan isteri, boleh saja kami angkat satu kereta tu. Memang layak. Tapi disebabkan kami ada asas ilmu kewangan, tak jadi belilah.
Siapa sebenarnya yang mampu dan layak untuk memiliki kereta Honda Civic yang gojes sangat tu? Kita berbalik kepada kiraan asas kereta mampu milik.
Harga Honda Civic: RM132,000
Harga kereta mampu milik yang patut kita miliki mestilah kurang daripada gaji tahunan kita. Jika kita bergaji RM3,500 kita layak untuk beli Honda Civic tu. Bank boleh luluskan pembiayaan, tapi adakah kita mampu? Jom kira.
RM3,500 x 12 = RM42,000.
Jadi, kalau gaji anda RM3,500 pakai kereta Perodua Myvi RM42,000 sudahlah. Tak payah nak berangan pakai Honda Civic baru tu. Orang gaji berapa yang mampu beli kereta tu?
RM132,000 / 12 = RM11,000
Kalau gaji anda RM11,000 silakan angkat Honda Civic tu. Inilah matematik. Memang tak menipu. Yang selalu menipu adalah diri kita sendiri. Tak mampu, tapi acah-acah macam mampu. Rumah pun tak pernah beli lagi tu.
Pepatah kewangan ada mengatakan bahawa, “Jangan kagum sangat dengan Honda (Civic), kalau masih duduk menyewa”. Itupun ramai yang tak puas hati sebab fikir lurus sangat. Puncanya, tak faham maksud yang tersirat.
Jangan risau, jualan Honda Civic terbaru takkan terjejas pun dengan posting macam ni. Mungkin beratus-ratus anak muda akan setuju, tapi beribu-ribu lagi anak muda lain masih membeli kereta di luar kemampuan diri.
Wei, raya nak dekat dah ni! Sekarang ni masa yang sangat sesuai untuk beli kereta baru. Banyak promosi raya. Nanti raya pertama boleh melaram, boleh upload gambar raya sambil posing baring atas kereta.
Nak beli, silakan. Tapi buat kira-kira dulu ya. Untuk kemaslahatan kewangan anda sendiri juga. Tak nak ikut nasihat ni? Sekati koranglah. Haha. – HF
Ok lepas baca apa yang saudara Harith Faisal ni tulis, silalah ambil kalkulator dan ukur baju di badan sendiri. Mampu? Hah pergilah nak beli Lamborghini pun tak siapa nak marah. Tapi kalau tak mampu, duduk diam-diam sudah. Pakailah kereta yang lebih murah di dalam kemampuan diri.
Murah pun tak apa kerana tujuan kereta tu dicipta untuk bawa kita dari point A ke point B. Bukannya untuk tunjuk kita mampu walau hakikatnya, kita dan Allah sahaja yang tahu.
–Siakapkeli.my
Sumber: penhijaudaun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment