KUALA LUMPUR - Video seorang kanak-kanak lelaki dilayan seperti kucing jalanan yang mengemis makanan, dikecam netizen.
Video berdurasi 1 minit 6 saat itu telah ditonton 617,000 kali dan mendapat 11,481 share di Facebook, dimuat naik oleh Clare Joe.
"Lokasi tidak diketahui. Wahai ibu bapa dan yang bakal bergelar sebagai ibu bapa, tengok dalam video ini, apa yang kamu nampak? Jangan sesekali memperlakukan anak anda seperti ini. Tak salah/susah minta pinggan kosong dari kedai. Jangan ingat perut sendiri sahaja," katanya.
Tindakan ibu bapa kanak-kanak terbabit mencetuskan kemarahan netizen yang menganggap mereka melayan si kecil itu seperti kucing jalanan.
"Ya Allah. Itu di luar, kalau di rumah ? Entah macam mana layanan terhadap si kecil ini agaknya. Mungkin lebih teruk lagi," kata Azizah Saad.
"Tak fikir ke meja itu kotor? Kalau aku nampak saja makanan atas meja, cepat-cepat aku buang sebab aku tahu anak aku mesti akan kutip makanan masuk mulut," kata Zara Hani Nazrin.
"Kasihan budak tu. Sedangkan kucing saya bagi makan beralaskan pinggan, inikan pula anak sendiri? Menitis air mata saya melihat kebodohan ibu bapanya ini," kata Rendy.
"Saya jenis ibu yang garang pun tak ada sampai hati nak buat anak macam ini. Ini dah tahap melampau dan kurang ajar. Di tempat awam berani buat begitu, di rumah mungkin si kecil itu tidak diberi makan," kata Roslyn Nara. - PIXEL MEDIA
sabar jela tengok perangai dorg tu, kepada muslim jangan lah ada berperangai seperti itu.
ReplyDelete