Saturday, June 11, 2016

Filled Under:
,

Dulu Sibuk Sampai Tiada Masa Ke Masjid, Kini Shamsul Ghau-Ghau Sudah Berubah. Ini Kisahnya..

pnh
pnh
Siapa yang tak kenal dengan pelawak terkenal tanah air Shamsul Ghau-Ghau. Pada waktu dahulu dia pernah jadi ahli kumpulan Senario dengan lawak slumber dia. Selepas itu dia pernah juga jadi juri untuk program Raja Lawak dan terkenal dengan tagline ‘MANTOOOP’. Tapi itu semua sudah berlalu.
Sejak kebelakangan ni, kita selalu nampak foto wajah Shamsul Ghau-Ghau berada di masjid dan majlis agama. Tapi pasti anda semua nak tahu titik tolak bagaimana Shamsul akhirnya ambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seni dan ingin meluangkan masa untuk belajar agama.

Sedih tak dapat baca ayat Al-Quran depan Kaabah

Screen Shot 2016-05-23 at 4.02.39 PM
Shamsul ketika berkongsi kisahnya di hadapan kira-kira 300 penonton yang terdiri daripada kakitangan hospital sewaktu program Quran Hour yang diadakan di Hospital Sungai Buloh baru-baru ni menyatakan bahawa dia sudah khatam Al-Quran seawal umur 12 tahun.
Tetapi hatinya sedih apabila tidak mampu nak bacanya di depan Kaabah ketika kali pertama menunaikan umrah pada tahun 2001. Dia sebak dan sedih sehingga tidak dapat menahan air matanya dari mengalir.
Saya khatam al-Quran masa umur 12 tahun tapi tak mampu nak bacanya depan Kaabah ketika menunaikan umrah pertama pada 2001.
Saya fikirkan apa akan terjadi sekiranya saya mati nanti atau sekiranya ibu saya sakit, mampukah saya membacakan al-Quran buatnya?
ALLAH SWT mudahkan rezeki saya, bermula gaji RM300 sebulan semasa kerja sebagai polis sehingga pernah mendapat RM100,000 sebulan sebagai artis walaupun hanya ada SPM, tapi hati saya jauh dari-Nya.

Pengalaman lalu sebagai pembuka jalan

Screen Shot 2016-05-23 at 3.48.49 PM
Foto kredit: Utusan online
Menurut Shamsul, kesilapan yang dilakukan pada waktu dahulu bukan lah detik hitam, tapi sebagai pembuka jalan baginya untuk berubah jadi insan yang lebih baik. Ingin lupakan perkara yang dah lepas, Shamsul kini giat berdakwah berkongsi pengalaman hidupnya demi memberikan kesedaran kepada masyarakat.
Saya berpeluang menunaikan umrah pertama pada 2001 bersama rakan-rakan dan berdoa empat benda yang tak mungkin saya lupakan.
Doa pertama saya nak kahwin, kemudian ada anak, ketiganya mahu ada rumah depan masjid dan keempat dibuka hati untuk mengaji serta mendekatkan diri dengan ALLAH SWT.
Alhamdulillah, pada 2003 saya berkahwin dan dikurniakan anak setahun kemudiannya. Pada 2006 semasa beli rumah ditakdirkan lokasinya betul-betul depan masjid.

Sibuk sehingga tiada masa ke masjid

Screen Shot 2016-05-23 at 3.49.26 PM
Tambah Shamsul, disebabkan kesibukan kerja serta jadual hariannya yang sangat padat membataskan masanya untuk beribadah di masjid.
Setiap hari saya dengar rakaman surah Ar-Rahman yang dipasang di masjid sebelum masuknya waktu Maghrib sampai sudah menghafalnya serba sedikit tapi tak tahu maksudnya.
Ditakdirkan pada satu hari saya pergi ke kedai buku dan semasa membelek buku tafsir al-Quran, bukaan saya betul-betul pada surah Ar-Rahman yang salah satu maksudnya berbunyi, ‘nikmat mana satu yang engkau dustakan’.

Harap dapat lapangkan kubur ibu dan ayah

Screen Shot 2016-05-23 at 3.48.23 PM
Ketika membuka buku tafsir Al-Quran tersebut, hatinya jadi sebak dan tiba-tiba teringat akan janji yang tidak ditunaikan iaitu untuk mengaji semula serta belajar agama dengan lebih mendalam.
Sekarang saya berguru dengan tiga ustaz yang mengajar tajwid, taranum dan tafsir. Kita hidup sudah berpuluh tahun tapi kita tak tahu maksud bacaan dalam solat kita.
Saya berharap perubahan ini dapat melapangkan kubur mak ayah saya yang sudah tiada. Saya tak menolak perubahan saya hari ini adalah hasil doa arwah mak saya yang tak jemu memberi nasihat semasa hayatnya.

Mahu ajak lebih ramai orang Islam mendekati Allah


Tambah Shamsul lagi, dia berharap dengan berkongsi pengalaman hidup atas tiket artis dapat menarik lebih ramai orang untuk berubah jadi umat Islam yang lebih baik.
Al-Quran itu perlu dibaca, difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Cuba tanya diri kita dalam sehari berapa banyak kita pegang al-Quran berbanding telefon pintar?
Saya bukan mahu buka aib diri saya, sebaliknya mahu mengajak lebih ramai orang Islam mendekati ALLAH dan memberikan pahala kepada mak ayah saya yang sudah tiada.
Sumber: Sinar Harian




0 comments:

Post a Comment