Thursday, June 9, 2016
Filled Under:
Berita
Ketika Saya Kerja TESCO, Orang Kampung Termasuk Keluarga Hina Saya Sehinggalah....
Posted By:
Joe Suharto
on 1:00 AM
Ketika Saya Kerja TESCO, Orang Kampung Termasuk Keluarga Hina Saya Sehinggalah…. | Hari ini sy nak share cerita kehidupan sy danbukti bahawa perancangan Allah adalah yg super duper terbaik. sy ada dua situasi utk diceritakan. first, soal jodoh. second, soal rezeki.
1. Jodoh
Dulu masa masih student, sy ada becinta bagai nak rak dgn sorg mamat ni. da berjanji sehidup semati. lautan api sanggup kami renangi supaya hubungan kami ni di restui keduadua family. sbb kami ni berasal dari dua negeri yg berlainan yg mempunyai adat resam dan budaya yg juga berlainan. walaupun da berjanji gitu gini, dia tinggalkn sy juga without valid reason. masa tu rasa mcm nak mati. rasa mcm terumbang ambing. bila ingat balik, rasa macam how bodoh nya aku dulu. gitu2 la cerita kekeciwaan itu.
Masa tu sy fkir, kenapa Allah takdir kan hidup sy mcm ni? kenapa kami tak dapat bersama? dan macammacam lagi persoalan sy mempersoalkn takdir Allah (Nauzubillah).
Selepas lebih kurang setahun, sy berkawan rapat dgn seorang lelaki which is he is my husband now. dia bukan lelaki idaman sy. malah banyak sikap dan sifatnya yg bertentangan dgn wishlist sy. kecuali 2, dia tak merokok dan dia sembahyang 5 waktu. kawan mula2, lepas tu kami tukar hubungan kpd tunang dan kahwin. sebelum tunang dan kahwin, kami bercinta about 3 years.
Setelah hidup dengan dia selama bertahun2 ni, baru sy nampak betapa hikmahnya Allah tidak menjadikan hubungan sy dulu dengan lelaki pertama itu hingga ke jinjang pelamin. suami sy ini sangat2 sabar dgn karenah gila sy ni. bukan tu saja, dia juga sangat bersabar dgn karenah keluarga sy yg banyak kali menyusahkan dia. dia sangat memahami. kelakar. nakal. handsome. ahlong sy. hehehe. banyak lagi la yg terbaik pada dia. sy tak rasa, lelaki dulu tu boleh jadi sesabar dia dalam rumah tangga. Janganjangan setahun perkahwinan, dia dah ceraikan sy agaknya.
Betapa Allah sygkan sy. Dia sediakn sy masa depan yang baik dengan lelaki yang tidak perfect tapi melengkapi kehidupan sy perfectly.
2. Rezeki
Setelah habis belajar, sy tidak terus dapat kerja tetap. sy bekerja di manamana sahaja asalkan mendapat rezeki yg halal. dan sy juga pernah bekerjadi TESCO sematamata utk menampung keperluan harian. masa tu, orangorang kampung terutamanya memandang serong pd sy. kata mereka, belajar tinggi. last2 keje kt Tesco. sy abaikan katakata org. tapi yang paling sakit hati, bila saudara kandung sendiri menghina, mengkeji sy kerana sy tiada kerja yg tetap, tidak berharta. siap halau sy keluar dari rumah mak sbb katanya sy tak layak duduk dalam rumah tu kerana sy jobless and tidak berkereta. sy menangis sungguhsungguh. sy betul2 terluka masa tu. Alhamdulillah, Allah ubati hati sy. lepas sebulan kejadian penghinaan itu, sy dapat tawaran kerja kerajaan sbg penolong pengarah (boleh google utk gred seorang penolong pengarah).
Kehidupan sy sekarang jauh lebih baik dari orangorang yang pernah menghina sy dlu. sy da ada rumah sendiri, ada kereta sendiri, ada suami yg sangat2 sy sayangi dan yang paling penting, sy dapat sumbangkan sedikit kepada parents sy.
Kadangkadang sy memandu sendiri, menatap langit. sy ingat setiap nikmat yg telah Allah berikan despite perangai sy pada Dia selama ini. betapa perancangan Allah yg terhebat. yang terbaik. yang tercantik. dan sy mula dari itu, sy sentiasa bersangka baik denganNya, yakin dgn perancanganNya walaupun adakalanya ada masanya sy terluka, terkecewa, sakit dan sebagainya, sy tetap akan bersangka baik pada Allah.
Sebab itu kawankawan, apabila terjadi sesuatu pada kalian, jgn terus melatah. muhasabah diri. kenang kembali segala nikmat yg Allah berikan. Allah tidak akan menyusahkan hambaNya. Tidak sesekali. tiap apa yg terjadi, pasti tersembunyi nikmat dan hikmah. sabar dan tabah menunggu reward dari Nya.
Semoga kita beroleh keberkatan di bulan mulia. Amin.
Assalamualaikum dan salam ramadhan. – bawang putih via IIUM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
untung la dpaat kerja gov..alhamdulillah..tp sy pun sama nasib cm awk..sy xtau nk merayu dan berdoa pada Allah,,sb saya ni bukan bijak sgt..semoga Allah murahkan rezeki sy cm kt awk..aamiin aamiin..
ReplyDelete