Thursday, September 22, 2016

Filled Under:

YA ALLAH!!! Mula-mula anak dia meninggal 2 thn lepas. Mak dia meninggal malam tadi. Arwah dn isteri pulak meninggal kerana kemalangan semasa iringi jenazah mak dia pulang kerumah mereka











AL-FATIHAH Anak Sempat Uruskan Jenazah Mak Sebelum Maut Bersama Isteri Ketika iringi jenazah mak pulang kerumah mereka.

Satu lagi episod sedih dalam hidup keluarga ini di mana dalam satu hari, tiga ahli keluarga tersayang mereka pergi buat selama-lamanya.

Mohd Rizal yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan arwah juga adalah satu-satunya anak lelaki bersama isterinya Siti Munawarah Mohd Zakri, 27, maut di tempat kejadian setelah kereta dipandunya terbabas dan merempuh laju pokok kelapa sawit di tepi jalan di Jalan Besar Jengka 20.

Kedua-dua mangsa tersepit dalam kenderaan sebelum dikeluarkan pihak bomba. 

Menceritakan kejadian tersebut, adik ipar mangsa  Azrul Azhar Abdul Aziz, 32 mangsa sebelum ini begitu sedih menangisi pemergian ibunya di Hospital Temerloh dan beliau tak menyangka ia adalah petanda bahawa dia juga akan menyusul ibu yang sangat dikasihinya pada hari yang sama. 

Mmereka dalam perjalanan mengiringi van yang membawa jenazah ibu mereka dari Hospital Temerloh menghala ke Kota Gelanggi Dua. "Waktu itu hujan renyai-renyai. Van jenazah di depan, saya di tengah dan abang di belakang. 

Tiba di Jengka 17, abang potong kereta saya dan ada sebuah kereta lain menyusuli kereta abang untuk pintas kereta saya. Tak lama selepas itu saya nampak kereta yang pintas saya tu berhenti di tepi jalan dan menunjuk ke arah pokok sawit. 

 "Waktu itu saya dah tak sedap hati tapi tak berhentikan kereta sebab tengah ikut van jenazah arwah mak. Sampai saja rumah kami hairan abang dan kakak tak sampai serentak padahal gerak sama-sama tadi. 

 "Pemandu van dapat panggilan telefon mengatakan ada kemalangan di Jengka 17. Masa tu saya dah syak itu abang. Saya datang ke lokasi untuk tengok. Waktu saya sampai kedua-duanya dah dikeluarkan dari kereta dan diberitahu sudah meninggal dunia," katanya. 

 Mangsa, Mohamad Rizal Puteh, 37, yang merupakan anak sulung dari lima beradik adalah orang yang paling lama meluangkan masa menjaga ibu mereka di Hospital Temerloh kira-kira dua minggu lalu kerana mengambil cuti panjang. 

 "Mak ditahan di wad kerana penyakit paru-paru berair dan lemah jantung. Dalam semua adik beradik arwah ambil cuti paling lama untuk jaga mak di hospital.

 "Malam tadi kami semua sebenarnya dah nak balik dari melawat mak di hospital. Arwah sempat bersalaman dengan mak, cium tangan dan dahi mak jam 9 malam dan memandu sampai ke lebuh raya dekat Temerloh menghala ke Rawang. 

 "Saya pula dah memandu sampai ke susur keluar Bandar Temerloh, juga nak balik Rawang. Apabila dapat tahu mak meninggal dunia jam 9.45 malam semua adik beradik patah balik menuju ke hospital. Arwah menangis teresak-esak. 

" Kali terakhir kami berjumpa di wad forensik jam 11 malam. Arwah uruskan semua perkara di hospital dan orang paling akhir bergerak dari hospital menuju ke Kota Gelanggi sebab uruskan lapor polis dan urusan tuntutan jenazah mak. Tak sangka itu petanda arwah akan pergi sama," katanya kepada Sinar Harian, malam tadi. 

Menurut Azrul, mereka sekeluarga memandu serentak mengikuti van jenazah menuju ke Kota Gelanggi untuk mengebumikan jenazah ibu keesokan harinya. 

 Dalam kejadian tersebut, 

 Pemergian arwah dan isterinya merupakan kesedihan berganda buat keluarga Azrul lebih-lebih lagi pasangan tersebut tidak meninggalkan zuriat kerana bayi mereka berusia dua tahun meninggal dunia dua tahun lepas akibat demam. 

 SINARONLINE




0 comments:

Post a Comment