Gambar hiasan | Kisah kek ini pun menarik, rujuk sini |
Sekarang, banyak nampak tajuk resepi kek seperti "Kek murah dengan bahan-bahan yang mudah". Tajuk seperti ini akan memberi persepsi yang kurang tepat pada netizen.
"Alahh, murah saja kek ni. Apsal kek itu mahal? Modal tak sampai pun RM10? Buat sendiri sajalah,"
Okay, teringat beberapa bulan lepas di mana ada seorang kawan baker ini meluahkan perasaan. Dia nak kongsi di Facebook, dah cerita sepupu sendiri, habis semua saudara mara tahu.
Kisahnya, kek wedding. Dia berilah harga saudara mara. Bila dah dekat hari majlis perkahwinan, sepupu dia membatalkan tempahan. Alasannya, mahal dan dia ada resepi yang murah diperolehi dari internet serta mudah untuk dibuat.
Jadi dia pun mula bake tiga hari awal dengan bantuan adik beradiknya. Dah bake, call pula kawan saya ini, loyang tak cukup besar katanya. Okay tak apa, bagi pinjam loyang. Bila dah dapat loyang, oven pula tak cukup besar. Nak pinjam oven pula.
Okay, dari sini kita dapat lihat bahawa baker yang keluarkan modal beli loyang dan oven.
Oleh kerana tiada ilmu, kek yang dibuat oleh mereka pecah semasa nak potong tengah. Nak alihkan kek pun tak reti. Jadi, baker keluar duit nak mencari ilmu. Itu pun wang ringgit dilaburkan.
Sekali lagi mereka call, tanya macam mana nak buat icing.
"Buka dan cari di Google," kata kawan saya.
"Tak jadi," alasannya.
Itu pun, baker RnD bertahun-tahun untuk menguasai teknik yang sesuai dengan keserasian baker itu sendiri. Lain baker, lain dapur, lain teknik dan lain cara pegang spatula dan kesemua itu bermodalkan wang ringgit.
Kemudian mereka call buat kali ketiga, kek yang dibuat oleh mereka pecah-pecah dan tak boleh nak angkat letak atas icing. Adik beradik pengantin datang ke rumah kata pengantin sudah melalak kek tiga tingkat berterabur, icing cair, kek retak. Sudahlah majlisnya esok hari.
Kawan saya kata dia boleh buat tetapi harga biasa ditambah dengan overtime sebab nak buat overnight.
Esok sebelum majlis, kek dihantar dengan jayanya. Menurut kawan saya itu, di sebalik sepupunya nak buat kek sendiri, sepupu dia itu telah menghabiskan ratusan ringgit untuk membeli bahan-bahan basic seperti spatula, loyang dan lain-lain.
Fuh! Lama dah tak tulis status panjang. Dedicated to all my fellow bakers friends. Harap cerita ini akan menceriakan hari anda semua. - Izwani Latif | The Reporter
0 comments:
Post a Comment