Pengamalan memakan daging manusia digelar sebagai kanibalisme dan amalan ini pernah diamalkan oleh masyarakat pada zaman dahulu kala, terutamanya bagi para pahlawan yang percaya akan kepercayaan karut di mana mereka akan menjadi lebih kuat dan mewarisi kekuatan si mati apabila memakan dagingnya.
Kini, amalan ini semakin berkurangan dan bagi merasai apa itu rasa daging manusia, dua pengacara Belanda ini dengan beraninya memotong sebahagian dari daging mereka untuk digoreng.
Sepasang pengacara sebuah rancangan TV Belanda telah memakan daging masing-masing bagi mengetahui sendiri apa rasanya daging manusia di dalam sebuah segmen kontroversi ini. Pengacara, Dennis Storm dan Valerio Zeno telah memotong secebis daging mereka dari bahagian abdomen dan bahagian punggung sebelah kiri dengan menggunakan pisau.
Segmen itu, yang ditayangkan di BNN dalam rancangan “Test Rabbits”, mempunyai seorang tukang masak yang telah menggoreng kepingan kecil daging tersebut di dalam minyak panas di hadapan penonton yang hadir ke studio. Storm memberitahu ABC News bahawa tiada apa yang perlu ditulis mengenai daging tersebut, tetapi ia tetap “pelik untuk melihat ke dalam mata rakan apabila anda mengunyah daging perutnya.”
Sebuah video turut dimuat naik ke YouTube yang menunjukkan pengacara rancangan tersebut yang memakai kot membau ketulan daging mentah di dalam beg plastik sebelum ia digoreng dan dimakan dengan sudu di meja makan yang dihiasi dengan lilin.
0 comments:
Post a Comment