Monday, September 26, 2016

Filled Under:

Ini Buktinya Rakyat Malaysia Sememangnya Sombong Bila Berada Di Luar Negara

ini-buktinya-rakyat-malaysia-sememangnya-sombong-bila-berada-di-luar-negara2
Gambar Hiasan sahaja ye...
Adakah anda pernah terdengar ada yang mengeluh kerana apabila berjumpa warganegara Malaysia di luar negara mereka sombong, lokek dengan senyuman,tidak ramah, ego dan sebagainya.
Pasti pernah kan? Ini merupakan antara secubit pengalaman saya apabila berjumpa dengan rakan serumpun.

Kisah 1 : Prague


Ketika berbaris untuk menaiki kapal terbang RYANAIR dari London (Stansted) ke Prague, saya ternampak kelibat 3 orang yang iras- iras seperti orang Nusantara.
Saya memberanikan diri untuk menegur mereka. Ayat yang biasa semua memulakan perbualan adalah ” Orang Malaysia ke? Nak kemana? “.
Memang betul jangkaan saya, mereka adalah rakyat Malaysia yang merupakan pelajar dari University of Southampton. 2 daripadanya adalah pelajar PhD dan seorang pelajar perubatan tahun ke 4.
Pada mulanya agak kekok untuk berbual mesra. Maklumlah baru sahaja berkenalan. Tetapi kami tidak mengambil masa yang lama untuk menjadi kawan.
Oleh kerana saya mengembara berseorangan, mereka mengajak saya untuk bersama- sama mereka meneroka Kota Prague. Sebenarnya, saya tiada perancangan yang tetap mahu ke lokasi mana.
Jadi, saya bersetuju. Disebabkan kami tinggal di hostel yang berbeza, kami bercadang untuk berkumpul di salah satu Costa cafe keesokan harinya.
Ajaibkan? Walaupun kami baru sahja berkenalan tetapi akhinya kami berjaya travel bersama-sama .

Kisah 2 : Paris

ini-buktinya-rakyat-malaysia-sememangnya-sombong-bila-berada-di-luar-negara4

Saya berkeseorangan lagi dan saya ke Paris. Pada petang yang hening, saya bercadang untuk ke Sacre Coeur Basicilic untuk melihat pemandang seluruh Bandar Paris.
Tetiba perut berkeroncong menandakan ianya perlu disini. Saya ternampak ada satu restoran makanan segera halal di sana. Semasa saya sedang enak melayan perasaan, saya di sapa dengan penuh lemah lembut oleh 3 orang perempuan.
Rupanya orang kita juga. Ketiga-tiga mereka adalah pelajar MBA dari UiTM yang membuat pertukaran pelajar di University of Stuttgart, German.
Saya mengajak mereka untuk menikmati hidangan makan malam bersama. Saya bertanya apa perancangan mereka untuk keesokkan harinya. Katanya, pada waktu pagi mereka akan ke Sacre Coeur Basicilic untuk melihat matahari terbit.
Mereka mempelawa saya untuk bersama -sama mereka. Pada keesokkan harinya, saya mengagahkan diri untuk bangun pada jam 5 pagi. Bayangkan pada waktu tersebut adalah musim sejuk untuk ke gereja tersebut.
Apabila sampai di sana, saya tidak berjaya berjumpa dengan mereka. Ada sedikit kehampaan di situ. Sampai sahaja di hostel, saya terus membuka Whatapps.
Rupanya mereka tidak jadi pergi ke sana kerana cuaca teramat sejuk.
Jadi mereka mencadangkan agar kami boleh berjumpa di sekitar Notre Dome pada jam 3 petang. Mungkin sudah jodoh, kami berjumpa sekali lagi.
Saya cuma mengekori ketiga-tiga anak gadis tersebut. Mereka semua berjiwa kental, cuma berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan akhirnya sampai di Eiffel Tower.

Kisah 3 : Sarajevo

Selepas menunaikan solat Jumaat di masjid utama di Sarajevo, saya memasuki ruang solat utama untuk melihat keindahan masjid tersebut.
Ada seorang mamat menepuk bahu saya.
“Orang Malaysia ke ?” katanya sambil melontar senyuman yang manis. Seraya saya membalas ” Ye, saya”. Mamat tersebut merupakan seorang doktor gigi berasal dari Johor Bharu.
Kami mula bercerita, maklumlah kami berada dalam bidang yang sama. Dia merupakan graduan UM tahun 2010. Kami bersama-sama berjalan meneroka bumi Sarajevo.
Sangat seronok. Nak tahu kenapa? Sebab saya dapat berbahasa Melayu. Rindu sangat nak bercakap menggunakan bahasa ibunda. Dia akan bergerak ke Istanbul dan saya pula akan ke kotor.
Jadi, pada pendapat saya rakyat Malaysia tidak sombong sebenarnya. Apa yang penting adalah macam mana kita menilai seseorang.
Saya sudah terputus hubungan dengan kesemua mereka kerana saya bertukar nombor telefon. Kami juga tidak mengambil satu gambar pun sebagai memori, cukuplah sekadar dalam ingatan sahaja.
Bagaiman pula dengan anda? Pernah alami situasi seperti saya semasa travel? Kongsikan di ruangan komen.
Sumber : ohmymedia.tv




0 comments:

Post a Comment