Thursday, September 22, 2016

Filled Under:

‘Kereta Ni Aku Sambung Bayarlah, Kenapa Ko Nak Tarik Pulak?

kereta-ni-aku-dah-sambung-bayarlah-kenapa-ko-nak-tarik-pulak

Malam tadi aku dihubungi rakan minta tolong aku buat satu surat perjanjian. Orang putih kata agreement.
Aku tanya surat apa. Dia jawab surat perjanjian sambung bayar kereta. Dia kata kawan dia tidak mampu bayar jadi kawan dia offer pada dia kereta untuk disambung bayar secara bulanan.
Aku cakap, tindakan kau tu bagus sebab nak tolong kawan tapi minta maaf sebab aku tidak boleh buat surat perjanjian sebegitu.
Aku cakap sangat berisiko. Aku tak nak orang lain cakap, loyer mana yang ‘tidak berapa cerdik’ yang buat perjanjian kat kau ni?
Kereta tu kau sambung bayar tetapi hak milik kereta masih kawan kau. Kau akan menghadapi masalah terutama jika berlaku kematian kepada tuan kereta atau kecurian.
Aku cakap walau berjela dan beratus muka surat pun surat perjanjian aku tulis , ianya tidak akan membantu jika berlaku sebarang masalah kerana tuan asal masih mempunyai hak mutlak kepada kereta tersebut.
Aku cakap surat begini tidak sah,orang putih kata not valid, loyer sebut ‘ void ab initio’ , sekalipun dibuat peguam kerana ianya tidak mengikat pihak sebenar iaitu bank kerana perjanjian ini antara kau dan kawan kau dan bukan bank.
Jadi aku cakap aku bukan tidak mahu tolong kau tapi apa guna aku buat surat tetapi tidak laku dan tiada ‘legal effect atau implication’
Aku cakap jika tuan kereta mati, engkau lagi susah kerana waris yang layak boleh mengabaikan surat perjanjian ini yang termeterai dan berhak menuntut kenderaan pada bila-bila masa.
Kesian kan? Kau bayar bulan bulan tapi bila tuan mati waris senang senang pergi ambil kereta tersebut dan engkau terkebil kebil. Nak sekat memang tiada kuasa.
Engkau buat report polis pon, mereka tidak akan layan.
Tidak adil bukan? Memang tidak adil tetapi adil juga kerana membuat sesuatu tanpa mengetahui akibat yang mungkin berlaku di depan hari.
Aku cakap lagi kalau kereta dicuri atau accident teruk, dan kau nak buat claim insuran maka insuran hanya layan claim dari tuan kereta yang sah atau berdaftar aje.
Kalau total lost pun, lepas tolak baki pinjaman, insuran company akan bayar kepada tuan kereta. Yang kau akan melopong.
Aku cakap kalau kau nak tolong juga kawan kau, pergi bank dan buat penjadualan semua atau bincang dengan bank, cakap tuan kereta sudah tidak mampu bayar dan bank ada cara menolong pembeli kereta macam engkau ni.
Jadi aku minta maaf pada kawan aku sebab aku tidak mampu membuat surat perjanjian yang tidak sah.
Aku cakap mana sah kau nak kawin dengan bini orang. Maksud aku ‘laki’ dia tu bank dan bank tak tau apa apa, pas tu kau pulak pandai pandai bawa bini orang kawin lari. Aku sinis aje tapi aku yakin kawan aku tak sedikit pun terasa. Kalau nak terasa pon elok jugak..hihihi
Aku cakap lagi agreement macam ni salah dan jual beli kereta begini mengikut Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) jika disabitkan boleh disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Tambahan pula prinsip undang-undang adalah jelas, seksyen 24 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan jenis-jenis perjanjian yang void ab initio (batal dari permulaan lagi) di antaranya jika perjanjian itu menyalahi mana-mana undang-undang, contohnya Hire Purchase Act atau Perjanjian Sewa Beli 1967 seperti yang kawan aku nak buat ini.
Jadi mungkin ‘khutbah’ aku ini dapat menyedarkan kawan aku atau kawan kawan aku yang lain yang sudi membaca coretan aku ini.
Sumber : Hasif Hasan




0 comments:

Post a Comment