Ramai lelaki yang mahukan perhatian anda, hingga anda susah nak pilih calon yang sesuai.
Pada sesetengah orang, lelaki bujang tak matang dan kurang memahami berbanding lelaki yang dah berkahwin. Sejauh mana betulnya, hanya orang yang alaminya saja yang tahu.
Kami senaraikan tips untuk anda bezakan karakter lelaki bujang vs lelaki yang dah berkahwin supaya anda tak tertipu nanti.1. Lelaki bujang biasanya suka curi-curi pandang dan akan melihat pada wajah seseorang perempuan. Manakalah lelaki yang dah berkahwin selalunya lebih tertarik dan gemar melihat pada bentuk tubuh seseorang perempuan.
2. Lelaki bujang biasanya akan segera alihkan padangan bila diperhatikan oleh seorang perempuan. Manakala lelaki berkahwin selalunya tetap memandang wanita tersebut.
3. Lelaki bujang akan tunduk ke bawah bila diperhatikan oleh wanita. Suami orang pula akan tunjukkan reaksi bersahaja.
4. Lelaki bujang agak malu bila makan di depan wanita dan badannya akan kaku bila bercakap. Manakala suami orang pula biasanya tunjukkan reaksi bersahaja dan makan seperti biasa.
5. Jantung lelaki bujang akan berdegup kencang bila dia tahu ada perempuan yang suka padanya dan memuji dia. Suami orang pula akan lebih bersemangat “jual minyak” bila hal yang sama terjadi
6. Lelaki bujang agak degil bila bercinta, asyik dengan kesukaanya yang tersendiri dan suka berlagak untuk tarik perhatian pasangannya. Manakala suami orang biasanya lebih tahu bila dia perlu diam dan dengar saja kata-kata perempuan yang ingin “dipancing”.
7. Lekaki bujang selalunya sensitif. Mereka akan rajin hubungi pasangannya bila ada sesuatu terjadi atauatau untuk cerita tentang hari-hari mereka. Suami orang pula hanya akan hubungi anda bila perlu atau bila dia ingin “dimanja” kerana terpaksa berebut perhatian isteri dengan anak-anak.
8. Lelaki bujang selalunya lebih teruja dengan pasangan mereka. Bila bercakap dengan orang lain, mereka rajin memuji-muji kebaikan dan kecantikan pasangan masing-masing. Tapi bagi suami orang, biasanya mereka cuma bersetuju bila orang lain memuji isterinya, tapi dia sendiri tak turut keluarkan apa-apa pujian.
Apa-apa pun, kedua-dua golongan ini ada keistimewaan tersendiri jadi semuanya pilihan masing-masing. Ada sebab Allah SWT benarkan lelaki ada hingga empat orang isteri.
Nasihat kami, bila memilih antara dua, pastikan pilihan itu dibuat dengan mata yang terbuka. Jangan nanti kahwin dengan lelaki yang diingatkan bujan, tapi sebenarnya suami orang!
Sumber : Bercintaselepasnikah.my
0 comments:
Post a Comment