Saturday, February 13, 2016

Filled Under:

Memang Makan Dalam Untuk Org Melayu... Ini luahan tokey kedai kenapa TAKMAU ambik orang Melayu bekerja



Ini luahan pengusaha restoran Zahed Saidin mengenai "Antara Bangladesh, Nepal, Philipine dan Vietnam" Baca ini, pasti jika anda Melayu seperti yang beliau katakan, anda akan makan dalam. Berubahlah!

Masa Pakcik buka Restoran dulu perkara paling pening sekali adalah nak cari pekerja Melayu. Puas pasang iklan. Yang datang pun mintak gaji tinggi giler. RM100 - RM200 sehari. Sijil tak ada. Cuma pandai tebar roti canai jer pun. Tapi kalau Myanmar, Thailand, Indonesia RM40-RM50 sehari diorng sanggup kerja. Asalkan ada tempat tinggal dan makan free.

Kawan Pakcik dapat kontrak sapu sampah dgn Majlis Perbandaran sampai terpaksa tolak tender sebab susah cari pekerja Malaysia. Projek Pakcik di Labuan delayed 40% sebab pekerja tempatan Sabahan tak perform. Banyak rehat dari kerja. Last sekali terpaksa import pekerja Indonesia dari Semenanjung baru jalan balik. Projek dah delayed banyak. Nak catch-up balik tak boleh. Kena bayar denda lewat. Dah rugi tambah rugi.

Masa Pakcik jalan2 ke Dubai dan negara Arab, Mesir, Jordan pun sama. Mereka banyak import Philipinos. Sampai Pakcik pun diorng ingat Philipina. Rakyat tempatan tak nak kerja2 tengah panas, kotor-kotor dan tak glamour. Padahal mereka pun tengah cari kerja. Realitinya Pakcik sendiri dulu pun lepas SPM tak nak kerja sapu sampah, cuci pinggan, kerja kontrak sebab boleh kerja kilang. Ada aircond. Ada motor. Ada aweks. (Heheh).

Di Melbourne, Pakcik lihat Mat Saleh pekerja kutip sampah mereka cuma satu orng. Dia bawak lori sampah. Dia jugak yg angkat sampah. Semua boleh berlaku sebab rakyat mereka berdisiplin. Semua buang sampah dlm tong. Jadi kerja pembersihan jadi cepat dan efesien dgn sorng shj pekerja. Dibantu dgn mesin robotik di lori sampah, tukang sampah tak berbau sampah. Wangi mcm keje opis. Sejak Indonesia mengetatkan syarat kemasukan pekerja asing mereka, Malaysia terpaksa mencari alternatif lain. Antaranya adalah Bangladesh, Nepal, Philipine dan Vietnam. Didapati Bangladesh adalah yg terbaik selepas Indonesia.

Kesimpulan: kita boleh kurangkan pekerja asing jika ada kerjasama semua. Majikan-pekerja, rakyat-pemerintah. Kita masih jauh dari tahap itu kerana faktor2 semasa terutamanya kerjasama rakyat. Mereka banyak komplen pada perkara2 yg bukan terkena diri mereka. Kalau org potong Q dia marah. Kalau dia potong Q dia kata nak cepat. Kalau peniaga naikkan harga barang dia suruh Kerajaan ambil tindakan keras.

Kalau dia kena saman sebab langgar speed trap dia kata Kerajaan jahat. Apabila Kerajaan nak bawa masuk lebih ramai Bangladesh dia marah. Tapi di rumah dia pakai pembantu rumah asing jugak. Ramai yg pandai komplen. Tak ramai yg pandai bagi solution. Paling kurang pun tolong jangan buang sampah merata2 pun cukuplah. Kalau sampah tak ada, tukang sapu pun tak adalah. Sejak anak 1 sampai anak 5, Pakcik tak pernah pakai Pembantu Rumah. Semua kerja rumah buat sama2 dgn Makcik engkau dan anak2. So, tak perlulah import pekerja asing.

Nukilan Zahed Saidin di Facebook




0 comments:

Post a Comment