Monday, February 15, 2016

Filled Under:

Dulu Gaji I RM1700 Walapupun Bapak Saya Bukan Menteri Tau



Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri (TPM) mempertahankan kenyataan bapanya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau mencabar belia melakukan kerja 3D iaitu ‘dangerous’, ‘difficult’ dan ‘dirty’ jika tidak mahu pekerja warga asing dibawa masuk.

Zahid juga menyatakan belia tempatan hanya mampu bertahan selama sebulan sahaja bekerja di sektor perkilangan berbanding dengan pekerja dari Bangladesh.

“Ingat TPM tu cakap suka2 dia? Ingat dia bercakap sebab dia lahir terus jadi TPM? Dia bercakap dari pengalaman dia. Berbanding dengan zaman 70’s dia, rakyat Malaysia sekarang memang semakin malas n memilih kerja,” tulisnya di Instagram menggunakan akaun @limatangonovzulu, hari ini.

Nurulhidayah turut menceritakan mengenai pengalamannya bekerja dengan hanya menerima gaji sebanyak RM1,700 sebulan selepas menamatkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
“U tak nak tahu berapa gaji I lps (lepas) grad dulu? My gaji was RM1,700 and back than my dad was not even a minister!

“Masa zaman sekolah dulu i curi-curi kerja medan selera kat Jaya Jusco Alpha Angle, Wangsa Maju sebab nak tambah duit poket. Cuti semester i kerja ikut production house cari pengalaman,” ujarnya.

sumber




0 comments:

Post a Comment