Wednesday, February 17, 2016

Filled Under:

Akhirnya Faiz Subri Tampi Dedah Bagaimana Beliau Lakukan Sepakan Hingga PUKAU 1 DUNIA

faiz-subri-freekick-500x261.jpg

PETALING JAYA, 17 Feb: Pemain skuad Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri, yang menjaringkan gol memukau seluruh dunia baru-baru ini akhirnya memberi respons terhadap perhatian yang diperolehnya hasil dari sepakan percuma itu.

Menurut Faiz Subri, dia sendiri tidak menduga sepakan percuma itu boleh melencong sedemikian rupa sehingga menerjah gawang gol pada sudut yang sukar.

Tambah Faiz, sepakan itu lebih kepada nasib kerana tidak selalu menjadi biarpun dia pernah mencuba beberapa membuat sepakan seperti itu.

Ketika mengambil sepakan percuma itu malam tadi, fokus saya hanyalah untuk menjaringkan gol dan tiada apa-apa teknik istimewa yang saya guna ketika itu, katanya sebagaimana lapor Utusan Malaysia.

Faiz Subri menjadi tumpuan dunia apabila gol yang dihasilkan olehnya itu viral di internet dan dipetik beberapa portal sukan sehingga ada yang menggelar sepakan itu setanding dengan sepakan percuma Roberto Carlos pada 1997. –Siakapkeli.my


Sumber: ss-rakyat




0 comments:

Post a Comment