KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mendakwa isterinya dipaksa bertelanjang ketika bersalin di sebuah hospital yang tidak didedahkan di Sarawak.
Gambar yang dimuat naik oleh Bintu Martin itu menimbulkan pelbagai persoalan, apakah benar dakwaan lelaki tidak didedahkan nama itu.
Menurut lelaki berkenaan, dia pernah mendengar cerita makcik-makcik yang bersalin zaman 80an dan 90an, namun tidak menyangka bersalin dalam keadaan bertelanjang itu masih berlaku di Sarawak. Difahamkan, isterinya bekerja sebagai guru dan telah dua kali bersalin di Sarawak.
"Tak ada pilihan di sana, takkan tak nak beranak? Isteri saya minta kain untuk menutup payudaranya tetapi dimarahi oleh jururawat dengan alasan bukan isteri saya seorang saja yang tidak berpakaian. Suami pula tidak dibenarkan masuk ke dalam, hanya perlu menunggu di luar sahaja. Tetapi doktor lelaki dan doktor pelatih lelaki bebas keluar masuk.
"Ketika dalam Labour Room, ada 8-9 ibu-ibu yang menunggu masa untuk bersalin termasuklah isteri saya. Mereka semua tidak berpakaian dan diarahkan kangkang oleh jururawat. Payudara tidak boleh ditutup langsung. Saya bayar hantaran mahal, tetapi doktor tengok secara free saja. Hanya ada seorang doktor perempuan sahaja pada ketika itu.
"Bila isteri saya bersalin kali kedua lagi teruk, jururawat pelatih lelaki pun ada. Anak pertama dilahirkan 2010, anak kedua 2013. Selepas keluar dari Labour Room, baru dapat kain untuk menutup badan," katanya.
Menurut lelaki itu, dia mendapat tahu perkara itu yang dimaklumkan oleh ibu mertuanya yang masuk ke dalam Labour Room seketika bila isterinya melahirkan anak pertama.
Selain itu, dia pernah cuba meminta kebenaran jururawat untuk masuk menemani isterinya bersalin namun dihalang.
"Tak boleh sebab dalam itu semua perempuan tidak berpakaian," kata jururawat terbabit.
Dedah lelaki itu lagi, bila isterinya bersalin anak yang kedua, jururawat pelatih lelaki turut ada dalam Labour Room.
"Isteri saya malu dan terpaksa buat tayangan percuma. Saya rasa malu, geram dan dayus berbanding kali pertama sebab 3-4 jururawat lelaki yang keluar dari Labour Room itu ketawa kecil sesama mereka dan terdengar percakapan mereka,
"Susu (payudara) Puan Syam itu besar betul,"
"Saya tahu mereka maksudkan isteri saya kerana payudaranya memang besar. Bayangkan betapa malunya isteri saya dua kali bersalin tanpa berpakaian, diseluk dan dilihat oleh doktor pelatih lelaki dan jururawat pelatih lelaki.
"Seperkara lagi, semasa isteri bersalin anak kedua, dia terpaksa berjalan ke tandas dalam Labour Room untuk buang air kecil. Masa jalan balik itulah jururawat pelatih lelaki masuk. Punggung dia pun terdedah habis, tangan satu memegang drip, satu lagi jururawat perempuan pegangkan. Bayangkan isteri saya kata yang jururawat lelak itu terkejut melihat dia berjalan tanpa seurat benang. Isteri saya bertudung bagai, dapat pada mereka habis free show!" luahnya kesal.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mempunyai pengalaman bersalin di Sarawak menafikan perkara itu berlaku.
"Saya bersalin di Hospital Umum Sarawak, siap dalam bilik berasingan atau bilik khas, pakaian khas untuk bersalin seperti hospital yang lain. Doktor perempuan dan suami dibenarkan masuk tanpa perlu diminta. Doktor yang panggil sendiri," kata Hizh Qatrunnada.
"Tak tahulah, mak saya melahirkan saya pada tahun 1986 di hospital di Kuching tetapi tak ada pula menghadapi insiden seperti itu. Cuma mak cakap ayah tak dibenarkan masuk. Tak ada bogel-bogel," kata Kate Catherine.
"Saya tawaquf dengan cerita ini sebab isteri saya beranak empat kali dah di Hospital Umum Kuching. Tetapi okay saja, malah banyak perkara yang boleh dipuji dari segi layanan dan cara doktor serta jururawat di Sarawak melayani pesakit. Malah masa melahirkan anak kedua, saya ada bersama isteri untuk beri semangat," kata Gnostic Son.
Pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan lelaki ini kerana dakwaan itu seperti ini boleh mencemarkan nama baik pihak hospital di negeri Sarawak. - PIXEL MEDIA
0 comments:
Post a Comment