Friday, August 19, 2016

Filled Under:

Percutian Bajet 3 Hari 2 Malam Di Boracay Island Hanya RM 350 Je! Tak Percaya? Jom Baca

boracay island header

Bagi korang yang teringin sangat nak keluar release tension tapi ada kekangan masa dan tak cukup bajet tu, apa kata ke Boracay Island. Brader ni hanya belanja RM 350 seorang selama 3hari 2malam! Itu termasuk transport pergi dan balik ke pulau, entrance fee, makan minum dan aktiviti-aktiviti pulau. Tapi tak termasuk tiket flight ya.
Nak tiket murah, kenalah cepat-cepat grab tiket masa promotion. Yang brader ni pergi hanya RM150 return. Jom baca, macam-macam aktiviti best dorang buat. Enjoy sakan!

3 hari 2 malam ke Boracay Island, RM 350 sahaja

2 bot di jetty caticlan, ke jetty boracay pulak
Saya nak share itinerary mengenai Trip bajet Boracay Island, Philippine. Total hangus hanya RM350 sahaja selama 3 Hari 2 Malam.
Ok, baru-baru ini kami pergi ke Boracay Island pada tarikh 11/8/16 – 13/8/16 . Kami seramai 7 orang, Semuanya adalah kaum adam yang ajet-ajet backpackers.
Untuk pengetahuan semua, sekarang ini musim hujan di sana, nasib kami sangat baik kerana pada hari aktiviti pulau cuaca agak baik dan tidak hujan. Kami agak risau juga jika hujan berterusan semasa kami di sana. Musnahlah percutian kami nanti, huhu. Selama 3 hari di sana, hujan turun pada waktu pagi around 6 pagi dan berhenti sebelum jam 9 pagi. Selepas itu cuaca jadi panas semula dan hujan turun pula pada waktu petang around jam 5 – 7 mlm, dan kembali hujan pada jam 12 pagi tetapi sekejap sahaja.
Berdasarkan pada kajian cuaca, musim hujan di Boracay Island berterusan sehingga bulan September. Jadi, kalau korang bercadang untuk pergi ke Boracay pada bulan ini atau bulan depan, berdoa-doalah supaya cuaca baik pada hari aktiviti pulau korang.

Hari Pertama – Menginap di Boarding House Boracay RM 60/head untuk 2 malam

10 day 1 island hoping
Hari Pertama ( 11/8/16 )
10.35 am : Berlepas ke Kalibo dari KLIA2, semestinya fly dengan Air Asia, kami dapat tiket murah-murah jer. Hehhe. Korang kena la selalu alert dengan promo Air Asia. Baru-baru ini Air Asia ada buat tiket promo ke Boracay hanya RM150 return. Sebab itulah waktu kami pergi ramai warganegara Malaysia terbang ke Boracay. Kemungkinan sebab promo tersebut agaknya.
Perjalanan ke sana mengambil masa 4 jam, sakit leher jugak wei kalau tiada bantal leher, nasib baik la aku beli bantal leher semalam sebelum bertolak. Kekke.. Kawan-kawan aku yang tiada bantal leher, memang terasa kesengalan leher depaAku tidak beli pun meal dalam flight, sebab aku dah melantak nasi lemak pagi tu sebelum depart.. Hahha.. Jimat dah di situ. So, aku hanya tidur sahaja sepanjang perjalanan.
2.40 pm : Selamat tiba di Airport Antarabangsa Kalibo, semasa landing tu, kiri kanan sawah padi hijau terbentang, sangat cantik dan sangat sejuk mata memandang, dalam hati aku kata ini kedah ka Kalibo? Hahaha tapi memang serius lawa.
Turun dari kapal, kami kena masuk untuk pemeriksaan imegresen, korang kena isi dua borang imegresen, borang tersebut beri kepada pegawai imegresen. Selesai urusan dalam airport, kami terus keluar dan di depan airport tu ramai tour guide datang mempromosikan perkhidmatan dan pakej mereka. Majoriti perkhidmatan mereka adalah penghantaran ke Jetty Caticlan menaiki van serta boat ke boracay island.
Semua harga mereka tawarkan sama sahaja, iaitu 250 peso per pax untuk van & boat. Kami ini masing-masing kaki kecek, kami tawar menawar sampai la dia kasi 200 peso per person untuk van & boat. Ok kami pun deal, jadi dalam van tu kami 7 orang sahaja, Dah macam private van cakap kau.
3.30 pm : Menaiki van menuju ke Jetty Caticlan, perjalanan ke jetty tersebut mengambil masa 1 jam 30 minit, jika tiada kesesakkan lalulintas hanya 1 jam dah boleh sampai dah. Condition van kami naik tu sangat selesa, aircond sejuk, kerusi lembut dan empuk, radio sedap di dengar walaupun lagu philippine.
Sepanjang perjalanan kami tidak tidur, sebab sudah puas tidur dalam flight tadi wei, hahha. Lagipun rugi la kalau korang tidur, sebab sepanjang perjalanan menuju ke jetty, korang boleh tengok suasana pekan Kalibo dan telatah orang2 di sana, banyak tricycle mundar mandir, dan polis traffic depa bukan seperti di Malaysia, depa pakai baju macam coach bola wehh. Sempoi kott.
5.00 pm : Tiba di Jetty Caticlan, kami dibawa oleh tour guide kami, brader Junnil. Sebelum naik boat, kami kena bayar Enviroment Fee 75 peso per pax dan Terminal Fee 25 peso per pax. Bayar dua-dua fee tersebut pada satu kaunter sahaja. Selesai buat bayaran terus kami naik boat.
5.30 pm : Naik boat dari Jetty Caticlan ke Jetty Boracay Island. Hanya 5-10 minit sahaja dah sampai.
Sampai di Jetty Boracay, brader junnil mencari tricyle untuk kami pergi ke tempat penginapan kami di station 2 iaitu Boarding House Boracay. Tricycle kami naik memang sesuai untuk 7 orang, 200 peso per tricycle. So, kating sorang hanya 28 peso sahaja. Kalau korang datang berdua ada juga tricycle untuk 2 penumpang.
Perjalanan dari jetty Boracay ke tempat penginapan kami hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja.
6.00 pm : Tiba di Boarding House Boracay. Sebenarnya kami hanya booking mulut sahaja sebelum ini sebab aku deal dengan owner Homestay ini di facebook page dia (Boarding House Boracay). Aku cakap kami nak walk in, tidak mahu buat bayaran deposit. Korang pun boleh sahaja datang walk in sebab di sini banyak hotel bajet, homestay murah-murah. Dijadikan cerita, nasib baik available untuk room yang muat 7 orang. Hehhe. Ok, room kami sewa ni hanya 4470 peso sahaja untuk 2 malam termasuk breakfast dan dinnerJadi, sorang jatuh 640 peso sahaja. Around RM60 sorang. Murah la kan sebab include makan brekfast dan dinner.
Condition room agak selesa, walaupun agak padat tapi kami tidak kisah pun. Facilities dalam room tersebut ada 2 katil double decker, 1 katil queen dan 1 sofa panjang. Muat-muat la kami 7 orang. Huhu. Juga dilengkapi dengan aircond, kipas, TV LCD, bilik air dan tandas, shower hot water, towel 7 helai, sinki, peti ais dan almari baju. Berhadapan pintu room kami juga disediakan kerusi dan meja kayu untuk bersantai. Kami memilih katil masing-masing dan mengemas diri , ohh ya lupa nak beritahu korang, staff di situ sangat friendly, cakap ja nak apa, diorang kasi servis baik punya. Senyuman tidak lokek di bibir mereka. Boleh jatuh hati wehh.
8.00 pm : Waktu dinner, depa mai hantar makanan dan letak di meja depan room kami, dinner malam tu menu nasi putih, ayam masak kicap dan air masak. Kicap agak masin sedikit, hahha. Tapi tidak mengapa, semua benda boleh jadi sedap kalau dah lapar kann?
9.00 pm : Malam tu kami hanya berjalan-jalan tepi pantai, D’Mall nama tempat tersebut. Hanya 5-10 minit sahaja berjalan kaki dari homestay kami. Night life kat situ sangat-sangat meriah sekali. Sepanjang pantai tu berderet restaurant makan, kedai souvenir, night club, live band dan macam-macam ada, memang meriah sangat. Dan juga terkejut sebab ramai geng2 k-pop kat sini, semua muka sefesyen ja, Korea kan. Paham2 jela. Oh ya, semua orang-orang di sini cakap kami semua muka macam pinoy, dan paling tidak tahan, depa tidak percaya kami ini orang asing, terpaksa tunjuk ic aku kasi bukti aku ni orang Malaysia, bukannya pinoyKami lepak-lepak minum sambil layan live band kat situ serta bercuci mata melihat karenah dan telatah pengunjung di situ. Be careful, bapok pun banyak juga, jangan sampai depa tarik tangan korang.
12 am : Kami balik ke homestay kami semula, tidur rehatkan diri untuk bersiap sedia aktiviti esok.
Total hangus untuk 1st Day :
Van & Boat : 200 peso
Enviroment Fee : 25 peso
Terminal Fee : 75 peso
Tricycle : 28 peso
Boarding house boracay : 640 peso
Total : 968 peso ( RM 84 )

Hari Kedua – Island Hoping, Cliff Jumping & Parasailing

FotorCreated
Hari kedua ( 12/8/16 ) Jumaat
6.00 am : Waktu ni cuaca memang dah terang benderang. Macam waktu di Sabah. Pagi itu hujan membasahi bumi Boracay, dalam hati memang tengah risau jika hujan tidak berhenti.
7.30 am : Breakfast disediakan oleh staff homestay, menu nasi putih, telur mata dan sosej tapi kuah tiada, bayangkan makan nasi macam itu sahaja wehMasa ini hujan masih belum berhenti lagi, berhuhuu la kami semuaa.
8.30 am : Alhamdulillah, hujan sudah pun berhenti, sudah nampak matahari, dengan perasaan lega dan bersyukur kami mula bersiap-siap untuk aktiviti pulau. Sebelum itu, kami hendak bayar duit penginapan, tetapi owner itu cakap duit peso itu duit lama, diorang tak ambik kiranya duit lama bagi diorang memang tidak laku, pelik betul, kalau dekat Malaysia duit lama la berebut-rebut orang nak tetapi di sini sebaliknya berlaku. Owner suruh kami pergi tukar duit lama tersebut di bank yang berdekatan selepas aktiviti pulau nanti.
9.00 am : Bermulanya aktiviti Island Hoping (snorkling di Crocodile Island, Cliff Jumping di Magic Island, Crystal Cove, dan Parasailing ) *semua aktiviti ini kami bayar 1800 peso sahaja seorang termasuk boat dan lunch. Exclude entrance Fee di Magic Island dan Crystal Cove.
Kami bermula dengan aktiviti Snorkling di Crocodile Island.. Sewa alatan snorkling 50 peso seorang. Semasa snorkling arus ombak agak deras, sebab selam ja timbul2 dah jauh dari boatKami diberi roti untuk fish feeding semasa snorkling, ikan-ikan disitu takdela besar2 sangat. Ikan nemo pun boleh tahan banyaknya. Air laut tidak sejernih pulau-pulau terkenal yang lain. Rating untuk snorkling aku bagi 3/5 bintang. Oh ya, area snorkling ni ada ranger yang menjaga, kena bayar pada ranger tu selepas habis bersnorkling iaitu 20 peso seorang.
10.00 am : Selepas snorkling, kami ke Magic Island untuk Cliff Jumping. Ok, kat sini ada entrance fee, seorang 150 peso. Di sini korang boleh lompat atas titian yang disediakan, bermula dari ketinggian 3m, selepas itu 5m, 7m, 9m dan paling tinggi adalah 10 meter. Air laut bawah tu memang dalam, tidak nampak dasarnya. Ok, dalam hati aku cakap mati laa, aku dah la tidak pandai berenang, life jacket pun tidak disediakanIni kalau aku terjun, entah timbul entah tidak ni. Burn duit tiket aku bayar tadi kalau tidak terjun sekali. Tapi bila tengok member-member aku yang pandai berenang terjun dengan gembiranya, Rasa macam seronok jer. Dalam hati aku bermonolog. Aii, takkan hendak tengok saja kot, tambahan pula member-member aku pakat dok panas line, tercabar kejantanan aku ni beb, jadi tanpa berpikir panjang dan segala kemungkinan yang berlaku, aku nekad untuk membuat juga aksi terjunan, aku suruh member aku jaga di bawah, kalau-kalau aku lemas mintak tolong diorang selamatkan aku
Jadi, aku terus terjun dari ketinggian 7m okaii. Hahha. Dengan secebis keberanian pada diri aku ini, aku dah tidak kisah dah apa nak jadi jadilah. Nasib baik la aku terjun tu terus timbul.. Ehh tak tenggelam la plak? Kaki aku kuak sikit-sikit dan berenang naik tangga kat tepi tu. Yess!! I do it !! Walaupun perut aku kecut semasa lompat tu, hahaha. Selepas itu aku sudah tidak takot lagi, terus lompat berkali sehingga mata jadi merah dan telingaku dimasuki air. Hahha.
Pada waktu itu, kamilah pengunjung terawal datang situ, lepas itu barulah makin ramai pengunjung tiba, mat salleh ada, abang arab pun ada, kakak negro pun ada, geng-geng korea pun ada. Tengah seronok melompat dan terjun selama satu jam main cliff jumping ini, tour guard kami panggil untuk lunch. Perut memang dah lapar sebab badan penat dok main air. Bila tengok hidangan lunch kami, fuhhh melelehh air liur kami. Ikan Terubuk bakar 3 ekor, Ayam bakar 20 ketul, dan air asam. Fuhh mercik hawau. Melahap kami makan.
12.00 pm : Kami menuju ke Crystal Cove pula, dekat sahaja dengan Magic Island. Dalam 5 minit sahaja sudah sampai. Ok, kat Crystal Cove ini kami hanya ambil gambar di pintu gerbang Crystal Cove sahaja kerana kalau hendak masuk kena bayar entrance fee iaitu 200 peso seorang. Sebenarnya kami ingat pakej kami ini termasuk duit tiket, rupa-rupanya tidak, itulah sebab kami tidak mahu masuk Crystal Cove tersebut kerana kami tidak mahu keluarkan lagi duit, nampak tak betapa kedekutnya kami, lagipun di Crystal Cove hanya berjalan menikmati keindahan gua dalam tu, kami semua ini bukan jenis hipster mahupun ravers nak bergambar-gambar bagai, hahha (padahal rasa menyesal juga weh tak masuk dalam crystal cove tersebut)
12.15 pm : Kami terus kembali ke tempat mula-mula kami naik boat untuk aktiviti parasailing pula. Aktiviti yang paling kami nanti-nantikan. Tiba kami di pantai tersebut, kami naik boat company Milky dan mereka membawa kami ke tempat persinggahan parasailing, orang korea sajaa di situ. Huhuu. Selepas itu, kami kena naik boat parasailing itulah. Dibawanya kami di tengah-tengah lautan, dan bermulalah aktiviti parasailing dengan dua orang dahulu, satu sesi around 15-20 minit dan seterusnya. Memang terbaik wa cakap lu parasailing ini, memang gayat gila. Dari atas nampak kecil jaa boat kami naik tu. Sekali angin tiup, terhuyang hayang kami dibuatnya di atas tu. Kecut perut juga la, kalau tali terputus memang naya wei. Kalau jatuh dalam air laut tu buat dimakan jerung nayaa, dalam kepala asyik fikir bukan-bukan ja, fikir ikan paus la, macam2. Hahahaha.. anyway memang best parasailing ini, korang wajib cuba tau bila datang sini.
2.00 pm : Tiba di pantai station 3 semula, kami bergegas pergi ke bank yang berdekatan untuk menukar duit lama kepada duit baru, selepas itu kami balik ke homestay kami semula untuk beristirehat. Main dengan air laut ini badan memang cepat letih. Rasa baraii juga la tetapi apa yang penting kami semua puas hati.
8.00 pm : Dinner time, menu dinner kami malam itu ayam masak kurma dan nasi putih. Menu kali ini rasanya sedap. Tidak terlalu masin macam menu semalam. Hehhe. Lepas dinner kami berjalan kaki ke D’Mall untuk membeli ole-ole bawa balik Malaysia.. Targeted kami awai-awai lagi nak beli Fridge Magnet, Baju tshirt Boracay, dan Keychain. Nak pergi D’Talipapa kena naik tricycle, jadi kami putuskan hanya pergi D’Mall sahaja. Bajet trip kan. Hahahha.
Hasil yang aku dapat malam tu, aku beli fridge magnet boracay 40 peso, tshirt hitam boracay 250 peso, keychain boracay siap tulis nama 100 peso for 7 pcs. Itu sahaja aku beli untuk ole-ole bawa balik. Jadi, total untuk ole-ole sahaja 390 peso. Oh ya, aku beli fridge magnet dan keychain tersebut dari kedai yang penjualnya adalah muslim, penjualnya suami isteri, nama lelaki tu aku sudah lupa, tapi nama bini dia aku ingat, Nur Fatimah namanya. Berhijab comel sangat, sekilas pandang macam mek kelantan. Baju tshirt pula aku beli dekat lorong masuk Ombak Inn, lorong tersebut kebanyakkanya menjual baju tshirt, fridge magnet, bag handmade, kraftangan dan banyak lagi dengan harga yang murah. Di situ ramai juga peniaga yang berpurdah tau.
Kami berjalan sambil bercuci mata menikmati night life di situ sepuas-puasnya sehingga jam 2 pagi.
3.00 am : Kemas baju dalam bag masing-masing, Esok tidaklah terburu-buru.. Selepas selesai mengemas kami terus tidur.
Total hangus 2nd day :
Island hoping dan parasailing with private boat and lunch : 1800 peso
Alatan snorkling : 50 peso
Charge snorkling ranger : 20 peso
Entrance fee cliff jumping : 150 peso
Total : 2020 peso ( rm174 )

Hari Ketiga – Perjalanan pulang ke KL

34
Hari Ketiga( 13/8/16 ) Sabtu
8.00 am : Breakfast menu nasi putih, telur mata, sosej dan air masak.
8.30 am : Bersiap-siap untuk check out homestay, bergambar dengan owner dan staff-staff homestay kami. Seriuosly mereka sangat friendly dan baik-baik belaka, dan pandai bergurau pula tuu. Hehhe
9.00 am : Naik tricycle dari homestay kami ke jetty Boracay. 200 peso per tricycle, muatan untuk 7 orang kami. Jadi, seorang kongsi 28 peso untuk tricycle. Perjalanan sepertimana kami datang sebelum ini.
9.30 am : Sampai di jetty Boracay, kami bayar untuk boat & van sekaligus iaitu 200 peso per person, dan bayar enviroment fee 25 peso dan terminal fee 75 peso.
12.00 pm : Tiba di Kalibo Airport, kami ambik gambar sekeping dua berlatar belakangkan Airport Kalibo. Semasa kami disitu, memang ramai gila orang korea, jadinya kami pun turut beratur di belakang mereka. Owh ya, yang bawa lighter. Korang kena serahkan pada pegawai imegresen, diorang check okai. Lighter not allowed, also mineral water. Lepas dah check in dan dapatkan boarding pass flight Air Asia, no flight kami AK 609 dan waktu departure jam 3 petang.
Selepas itu, korang kena beratur pula ke kaunter bayaran airport tax, 700 peso okai. Jangan pula korang belanja habis duit peso, simpan siap-siap dalam sampul untuk bayar airport tax, nanti korang terguna pula. Dan lepas tu scanning banggage kali kedua dan masuk dalam gate. Airport Kalibo ni kecik sahaja, ada dua tingkat. Tingkat atas ada kedai-kedai makan dan souvenir serta kedai telco.
Disebabkan masing-masing perut sudah lapar, kami beli manggi cup jenama apa entah yang berperisa seafood, yang halal punya okaii. Harga megi cup tu 100 peso. Mahal siak. Hahha. Aku tambah air chocolate ais harga 100 peso juga. Huhuuu. Sementara menunggu flight kita mamam dululah.
3.00 pm : Annoucement bahawa flight delayed 20 minit.
3.20 pm : Ok, kapal sudah sampai dan kami masuk dalam kapal terus lentok tidak sedarkan diri. Bangun-bangun kapten annouce sudah hendak landing.
6.30 pm : Safely landed KLIA2, laju betul kapten bawak, sepatutnya 4 jam jadi 3 jam jaa.
Total hangus 3rd Day :
Tricycle : 28 peso
Van & boat : 200 peso
Enviroment fee : 25 peso
Terminal fee : 75 peso
Airport tax : 700 peso
Total : 1028 peso ( RM89 )
Total hangus selama 3 hari :
4016 peso (RM 347)
Sebarang pertanyaan korang boleh komen di bawah ataupun pm personal saya, InsyaAllah saya jawab mana yang tahu.
FB : Mohd Amir Izzat
Instagram : amir_duniagadget
sumber: Mohd Amir Izzat




0 comments:

Post a Comment