Surat Lin Dan Buat Chong Wei Ini Bakal Buatkan Mata Anda "Berkaca", Memang Sahabat Sejati !
Pagi ini, bila terbaca comment-comment netizen, tertarik dengan satu info perkongsian dari laman Retro Bola Sepak. Perkongsian yang menceritakan tentang bagaimana Misbun Sidek melatih dan mendidik Lee Chong Wei sehingga menjadi pemain nombor satu dunia.
MISBUN II
"Kalau Misbun hebat sangat kenapa tak lahirkan lebih ramai Chong Wei?"
"Misbun bertuah ada pemain istimewa seperti Chong Wei yang berlatih bawah dia."
"Nak menyibuk nasihat apa lagi Misbun ni. Latih lah anak tu jadi juara dunia dulu"
Ini adalah komen-komen yang acapkali muncul bilamana ada bingkisan mengenai hubungan Misbun Sidek dan Lee Chong Wei. Itulah orang kita. Habis madu, sepah dibuang.
-------------------------------------------
Sekitar tahun 1999, Lee Chong Wei diletakkan di bawah pengawasan Misbun Sidek. Misbun dikatakan sebagai seorang yang sangat menitikberatkan aspek ketahanan fizikal. Latihan yang dijalankan sangat menguji bukan sahaja fizikal, malah mental disamping mengetengahkan disiplin yang sangat tinggi.
Pernah sekali, Chong Wei hilang kesabaran dalam gelanggang akibat kehilangan mata dan menghempas raket ke lantai sehingga patah dua. Misbun sangat marah dan tersinggung dengan perbuatan Chong Wei yang tidak menghormati senjata atas gelanggangnya itu. "Jangan jejak kaki ke tempat latihan selama seminggu!" Ujar Misbun kemarahan.
Pemain biasa, mungkin dah melepak di kompleks membeli belah, berpeleseran bersama kawan-kawan selama seminggu selepas itu. Tidak bagi Chong Wei. Malam tersebut, beliau menyesali apa yang terjadi dan bertekad untuk datang juga keesokkan hari untuk merayu dan meminta maaf.
Keesokkan harinya, ketika Misbun sampai di tempat latihan, sedikit pun dia tidak mempedulikan Chong Wei. "Kau dah hebat sangat kan? Pergi lah berlatih sendiri!" Berlalu pergilah Chong Wei menunggu di luar. Selama seminggu, Chong Wei hanya dibenarkan masuk untuk membantu mengutip bulu tangkis.
Sedikit demi sedikit, Chong Wei menyedari yang Misbun sedang mendidik beliau kepentingan untuk kekal tenang dan mengawal emosi ketika dalam gelanggang di samping rasa rendah diri tanpa perlu bermegah-megah.
Menjelang Kejohanan All-England 2003, Misbun menerapkan latihan yang tertumpu pada kekuatan kaki. Chong Wei merasakan diri beliau ditekan secara berterusan oleh Misbun dan sering mencari alasan untuk mengelakkan diri dari latihan.
Minggu tersebut, Chong Wei mengalami radang yang melibatkan tulang kaki akibat latihan keras yang berterusan. Doktor menasihatkan Chong Wei untuk berehat. Mana mungkin dengan kejohanan besar yang menghampiri, beliau boleh berehat. Chong Wei berfikir ini mungkin boleh dijadikan alasan untuk Misbun mengeculikan dirinya dari latihan.
Sebaik kembali ke pusat latihan, Chong Wei melaporkan kecederaan yang dialami beliau. Misbun berfikir panjang sambil merenung Chong Wei, lalu menghubungi ketua pasukan untuk menggugurkan namanya dari skuad All-England. Chong Wei tergamam. Beliau fikir Misbun bergurau sebaliknya Misbun serius dengan keputusannya
Misbun sedar yang Chong Wei berkata jujur tentang kecederaanya, namun Misbun juga sedar perubahan sikap Chong Wei yang semakin sambil lewa terhadap latihan. Chong Wei sangat marah. Rayuan beliau langsung tidak diendahkan. Hasilnya, Chong Wei terlepas aksi di kejohanan All-England tahun itu.
Pemain biasa, mungkin dah bungkus beg balik kampung. Atau jika dari keluarga berpengaruh, mungkin sudah menghubungi YB menteri sukan atau menggunakan 'kabel' orang kenamaan untuk menempatkan diri semula dalam pasukan. Tidak bagi pemain istimewa seperti Chong Wei.
Sedikit demi sedikit, beliau muhasabah diri, dan sedar akan apa yang Misbun lakukan adalah untuk kebaikan dirinya sendiri. Misbun mengajar Chong Wei agar tidak cepat mengalah biarpun apa cabaran yang perlu dihadapi.
------------------------------------------------
Hati kami menggelegak setiap kali membaca komen-komen negatif yang dilemparkan pada Misbun. Mana mungkin, lagenda badminton Malaysia yang memberikan lebih dari masa dan kudrat yang dikurniakan tuhan untuk negara tercinta, dilemparkan kata-kata negatif.
"Kalau kau hebat sangat, kenapa kau tak pergi berlatih di bawah Misbun?"
"Lee Chong Wei sangat bertuah. Pemain istimewa yang digilap oleh jurulatih yang istimewa."
"Pemain dari serata dunia seperti skuad juara Piala Thomas 2016 Denmark pun datang menuntut ilmu dengan dia, kau siapa nak sombong tak dengar cakap dia?"
Itulah persoalan yang kami lemparkan semula. Soalnya bukan kenapa Misbun gagal membentuk bintang lain seperti Chong Wei, tapi mampukah generasi baru, generasi media sosial sekarang ini bertahan di bawah latihan Misbun yang sememangnya sangat rigid sehingga membuatkan Chong Wei menangis kepenatan satu ketika.
Ini tidak, bila tidak terpilih, gunalah alasan anak orang tu ada 'kabel', sebab tu terpilih. Alasan. Alasan. Alasan. Kau yang tak berdisiplin, tidak menepati masa, besar kepala bila nama dah naik sedikit, kau taknak ambil kira pula? Moga ada sinar buat badminton Malaysia selepas Chong Wei bersara, dan semoga diberikan jalan dan peluang buat Misbun untuk terus berbakti kepada negara.
Kredit : BulletinMedia
0 comments:
Post a Comment