Saturday, August 20, 2016

Filled Under:

Dato Lee Chong Wei Akhirnya Buat Pengumuman Mengejutkan Setelah Tumpas kepada Chen Long Di Final Olimpik



Official: Lee Chong Wei akan beraksi pada kejohanan dunia 2017

"Yes, I'm sure, this will be my last Olympic. I probably will play for another year and observe how Malaysian young players doing. The most I can think of could only be next year World Championships" said Lee Chong Wei


#worldbadmintonnews #LeeChongWei #RioOlympics2016

Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, sudah melakukan yang terbaik, namun rezeki ternyata belum memihaknya untuk merangkul emas Sukan Olimpik apabila tewas kepada pemain China, Chen Long, 21-18, 21-18 di Riocentro Pavilion 4, malam ini.Namun, pingat perak miliknya-- kali ketiga berturut-turut sejak temasya Beijing 2008 -- tetap memberikan kebanggaan buat negara pada ketika pemain sehebat Lin Dan pun pulang dari temasya Rio 2016 dengan tangan kosong.

Ini bermakna Malaysia perlu menunggu sekurang-kurangnya empat tahun lagi untuk 
menyempurnakan impian menggapai pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik sejak penyertaan sulung kontinjen negara 60 tahun lalu. 

"Maaf, rakyat Malaysia, saya perlu terima kekalahan ini, lawan saya ternyata bermain dengan lebih baik malam ini," kata Chong Wei sejurus selesai upacara penyampaian pingat sambil dia jelas menahan sebak pada penghujung saingan Olimpik yang sudah diumumkan sebagai yang terakhir buatnya.

Pada awal pertarungan dalam perlawanan akhir itu,Chen Long hanya membenarkan Chong Wei memungut mata pertama ketika dia sudah mendahului empat mata. Bermula detik itu, Chong Wei berupaya untuk mendahului lawannya buat pertama kali dengan kedua-dua pemain itu saling berbalas serangan.

Chong Wei mula menjarakkan kedudukan dengan lawannya 13-9. Namun, gangguan Chen Long yang mencabar keputusan penjaga garisan dua kali berturut-turut, seakan-akan mengganggu rentak pemain nombor satu dunia itu sebelum berjaya menyamakan kedudukan 13-13. 

Kesilapan demi kesilapan di depan jaring membenarkan Chen Long menamatkan pertarungan selama 35 minit itu 21-18. 

Sekali lagi skrip yang sama berulang pada set kedua buat Chong Wei. Permainan Chen Long ternyata lebih kemas sambil Chong Wei terus memberikan mata mudah kepada lawan yang mendahului selesa  20-16  dengan empat mata penamat dalam tangan.

Chen Long hanya membenarkan lawannya merapatkan kedudukan dengan dua mata lagi sebelum memuktamadkan kemenangan pingat emasnya.

"Saya kena terima juga, memang saya kalah kerana pemain lawan bermain lebih bagus. Saya cuba berikan 100 peratusyang terbaik.

"Takut dan gemuruh itu memang ada, saya bermain seperti biasa dan menikmati aksi Olimpik kali ini.  

"Berbanding Olimpik 2008, 2012, saya rasa permainan kali ini yang terbaik. Lawan saya lebih bagus, saya perlu terimalah," kata Chong Wei. 

"Chen Long dapat membaca permainan saya. Semasa saya mendahului, dia ubah permainannya dengan membuat hantaran yang saya tak suka dan tak selesa untuk saya. 

"Set pertama penting untuk saya. 

"Saya kena terima dapat tiga kali pingat perak. Saya tahu bukan saya seorang, rakyat Malaysia juga kecewa. Saya minta maaf kepada semua yang menonton dan menyokong saya.

"Rakyat Malaysia akan kecewa. Saya tak boleh buat apa, saya minta maaf, saya sudah cuba yang terbaik."




0 comments:

Post a Comment