Monday, August 22, 2016

Filled Under:

Misteri Disebalik Rumah Sewa

Misteri Disebalik Rumah Sewa

Assalamu’alaikum, aku seorang student ipt tapi bukan uia laa..
Student disebuah kolej yg baru dinaiktaraf jadi universiti. Haha
Aku nak cerita pasal benda yg jadi time aku first masuk rumah sewa ni sampai lah sekarang.
Aku sem 1 lagi dah blah duduk rumah sewa sebab aku malas nak duk asrama.
Rumah ni atas bukit.. Kawasan perumahan baru. Rumah 2tingkat, selesa lah sebab besar lagi satu dekat semua bilik ada tandas.
Sewa dia pun memang umphhh jugak laa nak bayar tiap² bulan.
Haha.
First aku masuk rumah ni, aku dapat master bedroom, rumah ni memang kosong, takda apa² furniture pun.. Katil apa semua memang takda kami masuk sini selai sepinggang .. Tidur pun hanya beralaskan Toto narita.
Mula masuk rumah ni memang aku dah rasa seram sejuk, bukan apa.. Aku ni jenis boleh nampak, boleh rasa kalau ada benda (makhluk halus) ..
Sebab sini kawasan perumahan baru, tak banyak org lagi time tu tak macam skrg, dah ada org yg duduk. Boleh kata setiap malam anjing akan menyalak depan rumah kami. Bukan setakat depan rumah, tapi kat blkg rumah pun ada. Bukan sekor dua tapi banyak. Yg pelik, anjing selalu menyalak dekat rumah ni ja..
Nak dijadikan cerita, hari first aku tidur okay laa. Takda apa² gangguan lagi, tapi lepas selang 2-3 hari aku dah mula rasa, dah mula nampak something.
Benda pertama aku nampak dalam rumah ni time aku nak tido, dalam pukul 12 macam tu. aku nampak ada benda terapung atas badan salah sorang housemate aku ni..
Dia macam lembaga, besar sangat terapung betul² atas housemate aku ni.. Time tu aku dengan dia tidur berjarak laa satu tilam. Kiranya tilam tengah² tu kosong sebab housemate aku yg sorg tu balik rumah dia.
Memang cuak gila, jantung aku berdegup kencang bagai nak pecah ..
Tapi aku tak cerita dekat sapa² sebab aku takmau takut kan org lain.. Ya lah, kadang ada yg jenis tak kuat kan.. So aku diam² dulu ja laa..
Oh ya. Satu lagi aku ada nampak ada benda bertenggek dekat atas almari housemate aku tu.
Tak mampu nak berkata²..
(Aku dah cerita benda ni dekat housemate aku yg aku nampak atas dia tu, dia selamba ja.. Tak gentar pun, padahal orang dia kecik jaa.. Kurus kering, tapi hati kental)
New sem, aku tukar bilik, aku pindah pergi bilik hujung sekali,
Tempat aku dekat dgn tandas. So aku akan dengar orang keluar masuk bilik air.
Pukul 3 pagi aku dengar bunyi orang bukak shower mandi dalam bilik air siap nyanyi pulak tu tapi mendayu², padahal aku tengok semua tengah nyenyak lena dekat tempat masing²..
Aku dah rasa semacam dah. Aku buat taktau, aku pasang earphone bukak lagu kuat² lepastu tertidur tapi dalam keadaan yg tak tenang .
Ada satu hari ni, time tu tengah cuti sem, aku plan nak balik rumah ni sekejap sebab nak amek beg baju, nak bawak balik, aku balik lah dengan Kawan aku yg sorang ni.
Time kami dah sampai dari penang ke kuale ni, kami dah rasa tak sedap hati tapi masing² diam kan diri, nak sedap kan hati masing²..
Malam tu kami lepak dekat ruang tamu ja sebab rumah kosong kan takdak orang, makan la kejap dekat ruang tamu tu.. Tengah best sembang² tetiba dengar bunyi orang macam bukak gate .. Kami pun apa lagi memang cuak laa. Bunyi dia punya la kuat.. Kawan aku ni dah tanya aku banyak kali dah “dah lock pintu kan?”
Aku pun macam berlagak cool la. Bajet tenang. Kami makan tak habis lepastu terus lari tidur dekat bilik atas.
Kawan aku ni time bila nak jadi something dia akan cepat mengantuk n tidur awal. Yang sengsara nya aku wey.
Tengah best² dia tidur, aku dengar bunyi orang berlari² dekat balkoni, lepastu yg paling tak boleh blah. Aku dengar bunyi tapak kaki orang naik tangga ke bilik yg kami tidur tu. Bunyi dia bukannya slow, kuat kot. Bunyi orang naik tangga hentak² kaki. Lama jugak la bunyi tu.. Dah laa time tu ada kami berdua ja dalam rumah tu. Aku dah seram dah.. Aku dah fikir bukan².. Kalau bukan manusia mesti benda tu.
Aku buat² tak dengar mcm takda apa, tak jadi malam tu nak packing² baju.
Esok pagi tu baru aku kemas baju, blah cepat² terus drpd rumah tu walaupun tiket tren pukul 12 lebih. Dalam pukul 10 tu kami dah keluar.. Punya seram laa
Aku tak tahan duk bilik tu aku tukar tidur dekat ruang tamu dekat bawah pulak. Sampai sekarang aku menapak dekat ruang tamu bawah ni.
Aku ingatkan aku kurang sikit laa nampak² kat bawah ni, ternyata lagi teruk adalah. Hahaha.
Lagi banyak aku nampak.
Sebab furniture dalam rumah ni tak lengkap so aku boleh nampak sampai ke dapur.
Yg agak seram dekat bawah ni time aku nampak benda tu dekat meja makan. Aku tidur atas sofa, sofa ni pulak boleh mengadap ke meja makan tu, memang terkejut ah nampak baju putih rambut panjang tengah duduk ja dekat situ.
Nasib baik dia duduk pandang belah sana bukan belah aku. Kalau tak taktau apa kejadian aku kat situ.
Lepastu ada jugak satu hari tu, aku nampak lembaga tinggi, besar macam orang tengah perhati dekat tingkap dapur tu lama pulak tu. Dia macam tenung dekat ruang tamu ni jaa. Tempat aku tidur. Serius cakap, memang besar and tak mungkin orang sebab belakang rumah tu gelap, sunyi. Mana ada orang lalu lorong belakang rumah tu.
Ada orang cakap tu mungkin hantu raya aku pun taktau laa..
Pernah haritu aku nampak kepala terbang. Apa orang panggil, penanggal ka ? Aku baru balik drpd kedai runcit, malam tu baru dalam pukul 8 lebih.. Takda lah malam sangat, aku nampak benda tu ada dekat rumah jiran aku, aku mula tu sekali pandang ja ingat orang aku tak kisah laa. Lepas 2kali pandang dia terbang. Terus aku lari masuk rumah.
Satu lagi, aku baru balik drpd kedai makan, malam dalam pukul 9 lebih macam tu. Takpa lah aku straight balik rumah sewa terus la sebab kedai makan tu tak jauh pun dgn rumah sewa, bawak moto slow² jaa depan rumah, tetiba aku nampak baju putih rambut panjang tunggu dekat dengan pintu rumah, aku pun apa lagi buat² tak nampak aku terus jalan straight pusing² dulu. Aku memang takmau lagi la nak masuk rumah, aku taktau la dia perasan aku ka tak lepas aku dah tak larat nak pusing² ingat nak balik rumah, punya la berharap benda tu dah takda sebab dah pukul berapa dah takkan aku nak tidur luar kot.
Aku terpaksa tabahkan hati buat mcm tak ada apa², parking moto betul² sebelah dia. Aku turun, lalu buat macam tak nampak, tak perasan dia, lepastu terus kunci pintu rumah.Time tu memang cuak gila la wey, dekat sebelah aku ja! Muka macam takda apa tapi jantung dah berdegup kencang macam baru lepas marathon dengan usain bolt.
Setakat tu ja lah, sebenarnya banyak lagi, dengar bunyi guli, rasa macam orang lalu blkg kita, cawan tiba² jatuh, suis lampu/kipas tetiba tertutup, tudung saji yg kukuh atas meja tu pun tetiba jatuh. Banyak sangat tiba² nya pun.. Haha.
Banyak lagi kejadian aneh yg jadi.. Tambah² lagi baru ni.. Baru sangat jadi ni.
Ya lah lepas habis short sem ada cuti 2minggu, aku dgn Kawan aku org yg last balik kami dah kemas rumah cantik bersih tapi bila balik sini minggu lepas, (aku org first balik sini sorg²) tengok keadaan rumah ni macam bersepah.. Serius aku cakap, tak macam yg kami tinggalkan sblm balik.
Aku masuk rumah, bau rumah busuk sangat macam bau bangkai yg berulat / sampah yg dah berminggu² tak buang.
Kawan aku simpan moto dia dalam rumah sebab dia sorang ja yg tak bawak balik moto, aku taktau macam mana boleh ada pisau dalam raga moto dia. Lepastu, bilik bawah punya bilik air terbuka paip air. Tak tutup.. Melimpah air dalam tandas tu. Padahal aku org terakhir yg guna tandas tu. Aku masuk pun bukannya mandi ka apa, aku cuma salin baju sebelum nak balik Penang. Lantai dekat bilik air tu pun dah kering. Tapi Sapa yg buka paip air tu? Sedangkan org yg last balik aku?
Benda yg agak menakutkan aku bila aku nampak dekat dapur tu, benda tu macam tengah selongkar tong sampah. Dia macam berkeliaran dekat dapur. Bila aku nak pergi check dekat dapur benda tu macam perasan aku, dia lari duk atas rak pinggan mangkuk. Lepastu jatuh la satu cawan plastik.. Aku pun dah rasa tak sedap hati, aku tak jadi pergi ke dapur, aku buka lampu ruang tamu. Tidur lah aku dalam cahaya .. Haha
Oh ya, ada setengah aku cerita dekat housemate aku, ada yg aku simpan sendiri sebab ada kisah yg seram sangat .. Lepas aku cerita, mula lah sorang demi sorang housemate aku buka cerita. Pernah rasa lah, pernah nampak la.. So setiap kali depa nampak ka, rasa tak sedap hati ka, mesti depa cerita dekat aku dulu.
Haha. Nak kata aku hati tabah, tak jugak tapi sebab dah selalu nampak kita terpaksa kawal diri drpd nampak macam takut sangat.
Kalau nampak tu, reaction kena buat macam takda apa².. Padahal dalam hati ni, hanya Allah yg tahu.
Apa yg aku cerita ni hanya yg aku nampak dekat sini ja laa.. Pengalaman aku sendiri sebenarnya dah terlampau banyak. Dekat asrama pun aku pernah nampak sebelum masuk rumah sewa. Banyak jugak la yg aku nampak time dekat asrama. Kadang dekat rumah aku sendiri pun aku nampak. Balik kampung pun aku nampak, aku dengar macam².. Hehe
Drpd info yg aku dapat drpd org sini, dulu area kawasan perumahan kami ni hutan belantara. Depa kata dulu orang banyak buang benda dekat sini.. Ada yg kata selalu ada bungkuih(pocong) laa area sini..
Depa kata depa sendiri takut nak mai area sini sebab seram dia lain macam sikit. Depa terkejut jugak la kami student berani mai sewa area sini.
Sekian, ni ja lah luahan hatiku..
Goodnight, Assalamu’alaikum..
– Makcik karipap
Sumber : iiumc.com




0 comments:

Post a Comment