Tahukah Anda? Perkara ini jarang difikirkan oleh kita semua, namun itulah hakikatnya kenapa orang tidak waras selalu sihat. Untuk itu mari kita berfikir dan mencari jawapanya.
Mengapa orang gila tidak pernah atau jarang sakit dan mungkin fakta dibawah ini adalah beberapa versi jawapan dari pertanyaan tersebut.
Tidak pernah memilih. Orang gila tidak pernah sakit kerana tidak berfikir macam-macam. Memakan apa sahaja makanan yang boleh makan. Tidak seperti kita selalu banyak pilihan, sudah ada nasi goreng masih mencari ayam goreng dan masih banyak contoh yang lainya.
Menerima seadanya. Orang gila itu selalu qona'ah atau menerima apa-apa sahaja pemberian daripada Allah. Tidak pernah menuntut macam-macam. Tidak seperti kita, yang sudah punya basikal ingin motor. Sudah ada motor nak kereta pula, sudahnya hutang keliling pinggang terkumpul dan akhirnya membuat seseorang terlalu banyak fikiran dan jatuh sakit.
Sentiasa sentum. Orang gila itu selalu bahagia, buktinya mereka selalu nampak tersenyum, betul tak? Orang yang selalu tersenyum pasti hatinya bahagia dan damai. Semuanya ceria sentiasa. Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu hanyalah sebagai hiburan yang menyenangkan. Dia sentiasa nampak ceria, selalu gembira dan tersenyum.
Apa yang boleh kita pelajari ialah, jadilah "Orang Gila", tapi jangan berfikir negatif dulu, maksudnya jadilah manusia yang Qona'ah atau menerima apa yang diberikan oleh Allah kepada kita, tak usah nak berangan macam-macam kalau memang kita tidak mampu.
Selalu tersenyum agar hati kita bahagia, mudah-mudahan dengan begitu akan membuat kita selalu sihat.
Sumber: Akuanakpahang.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment