Friday, May 13, 2016
Filled Under:
Inilah Respon Mengejutkan Jurulatih Bengaluru Setelah Terpukau Melihat Persembahan Safiq Rahim
Posted By:
Joe Suharto
on 9:00 AM
Kehebatan ketua pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim, diperakui penolong jurulatih Bengaluru, Matt Holland, selepas pemain tengah itu menjadi nadi dalam kemenangan 3-0 JDT ke atas Bengaluru dalam saingan Piala AFC di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.
Sebaik masuk pada minit ke-59, Safiq hanya mengambil masa selama 10 minit untuk meledak jaringan pertama selain menjadi perancang kepada gol kedua oleh Safee Sali, pada minit ke-78.
Holland yang pernah mengenali Safiq ketika berlatih di Cardiff City berasakan kualiti yang ada pada pemain itu menyamai apa yang ada pada pemain import.
"Dia pemain tempatan dan dia masih mempunyai kualiti yang ada pada kebanyakan pemain import. Dalam pertandingan yang tinggi, dia masih boleh mengubah permainan dan menjaringkan gol," katanya.
Selain Safiq dan Safee, Shakir Shaari turut menjadi penjaring gol JDT melalui sepakan penalti pada masa kecederaan separuh masa kedua.
Sementara itu, ketua jurulatih JDT, Mario Gomez, turut memuji pengaruh besar Safiq di atas padang walaupun sekadar beraksi dalam 30 minit terakhir permainan.
"Safiq seorang pemain yang berbeza kerana dia pemain yang baik dan menjadi tonggak penting untuk pasukan. Namun, yang paling penting semua pemain kami juga berkualiti. Kami bermain dengan 11 pemain, bukan seorang pemain," katanya.
JDT muncul pasukan teratas Kumpulan H, dengan 18 mata maksimum dan akan meneruskan cabaran Piala AFC musim ini dengan menentang Kaya FC pada 25 Mei nanti di Larkin.
Walaupun tewas, Bengaluru masih mengiringi kemaraan ke pusingan kalah mati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment