Tuesday, May 17, 2016

Filled Under:

Kakak Mangsa NGERI Dilanggar ETS Dedah Cerita Sebenar Lepas Tak Tahan Arwah Adiknya DIHINA


Kakak Mangsa NGERI Dilanggar ETS Dedah Cerita Sebenar Lepas Tak Tahan Arwah Adiknya DIHINA

Kakak Mangsa NGERI Dilanggar ETS Dedah Cerita Sebenar Lepas Tak Tahan Arwah Adiknya DIHINA


JITRA - Kakak kepada remaja yang terbunuh akibat dilanggar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Megat Dewa kelmarin, meluahkan rasa sedih dan sayunya akan tanggapan netizen yang mendakwa adiknya membunuh diri, sakit mental serta mempunyai masalah sosial.

Hajar Yaziz, 27, sebagai kakak yang paling rapat dengan arwah Mohd Afendy, 20, dia tahu arwah seorang yang taat pada agama, tidak pernah melawan atau meninggikan suara kepada mereka sekeluarga.

"Sedih baca komen netizen di Facebook yang mengatakan adik saya macam-macam, sedangkan kami tahu dia macam mana.

"Dia selalu melawat saya di Sungai Petani, malah menjaga saya ketika berada dalam pantang. Dia bukan jenis yang keluar malam, sebaliknya suka duduk di rumah dan menghabiskan masa bersama dengan keluarga," katanya.

Justeru itu, Hajar meminta orang ramai berhenti menyebarkan gambar arwah adiknya yang hancur berkecai itu di landasan itu.

Lapor Harian Metro, anak keenam dari sembilan adik beradik itu dikatakan baru saja selesai solat Asar dan mahu melintas laluan tren untuk membeli roti di seberang jalan. Namun, Afendy tidak sempat mengelak tren ETS itu menyebabkan dia dilanggar dan diseret sehingga satu kilometer.

Ibu mangsa, Saripah Kassim, kini trauma dengan bunyi tren yang lalu di landasan tren yang hanya 50 meter dari rumah mereka.

"Ketika kejadian itu, saya ada urusan di Padang Sera. Hanya Afendy, adiknya Nurjannah, 15, serta neneknya tinggal di rumah. Selepas berlaku kejadian itu, nenek dia kelam kabut terus pergi tengok dan panggil Nurjannah datang. Lepas itu panik dan tak tahu nak buat apa," katanya.

Sebulan sebelum kejadian, arwah ada membuat catatan di Facebook mengenai tanda-tanda 100 hari sebelum kematian.





0 comments:

Post a Comment