Sunday, May 15, 2016
Filled Under:
Sukan
Rupanya jurulatih import Kelantan baru bukan calang2 orang... Ini sebab kenapa Annuar Musa ambik Popov jadi coach baru Kelantan
Posted By:
Joe Suharto
on 3:34 AM
Ketua jurulatih baharu Kelantan, Velizar Popov, memulakan latihan pertamanya dengan skuad itu di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, semalam selepas tiba di Kota Bharu 13, Jumaat lalu.
Menggalas tugas berat untuk memulihkan prestasi The Red Warriors (TRW) yang sedang merudum, jurulatih kelahiran Bulgaria itu membawa bersamanya semangat dan impian yang tinggi untuk mengembalikan kepercayaan penyokong.
"Mustahil adalah perkataan besar yang dilontarkan oleh individu kecil yang mencari jalan mudah untuk hidup sedia ada di dunia, bukannya mencari jalan menggunakan sepenuhnya kekuatan untuk mengubahnya.
"Mustahil bukan fakta, ia adalah pendapat. Mustahil bukalah perisytiharan, ia adalah cabaran. Mustahil adalah potensi. Mustahil adalah sementara. Mustahil tidak ada makna," katanya yang dipetik dalam laman Facebook TRWFC.
Memiliki pengalaman luas, tidak mustahil kenapa Popov menjadi jurulatih yang dipercayai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
Bekas jurulatih skuad kebangsaan Maldives itu diumumkan sebagai jurulatih baharu TRW oleh Annuar pada 12 Mei lalu, sehari selepas K. Devan mengambil keputusan meletakkan jawatan.
Popov bakal menempuhi ujian pertamanya dalam aksi terakhir pusingan pertama Liga Super 2016, menentang Selangor di Stadium Shah Alam, pada 18 Mei ini.
Selain membimbing kelab Oman, Sur Club pada 2013 dan kelab Thailand, Suphanburi FC pada 2014, Popov turut pernah mencipta sejarah bersama kelab Maldives, New Radiant, muncul juara liga Dhivehi dengan rekod 100 peratus kemenangan tanpa seri atau kalah, pada 2013.
Bintang PDRM FA, Ali Ashfaq, yang juga pemain kebangsaan Maldives, melabelkan Popov sebagai antara jurulatih terbaik yang dia pernah bekerjasama.
Kelantan kini berada di kedudukan keenam liga, mengumpul 12 mata hasil dari tiga kemenangan, tiga seri dan empat kekalahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment