Kebiasaan ini sering terjadi di kalangan masyarakat sehingga diberi gelaran dengan nama hip-pocket syndrome atau wallet-neuropathy. Sindrom atau penyakit ini sering terjadi kepada kaum lelaki kerana sudah terbiasa meletakkan dompet di saku belakang mereka.
Ahli Fisioterapi Buckhurst Hill di Essex, Julian Forth menyatakan bahawa terdapat peningkatan jumlah kaum lelaki yang menderita atau mengeluh sakit punggung dan ternyata sebab utama penyakit itu adalah posisi dompet itu diletakkan.
"Ramai pesakit yang datang ke klinik saya sering mengeluh perkara yang sama iaitu sakit di bahagian belakang pinggul mereka. Keadaan ini disebabkan oleh posisi dompet yang menekan saraf di bahagian belakang tubuh hingga menyebabkan sakit," katanya.
Meletakkan dompet di belakang akan menyebabkan saraf tubuh menekan tidak kira seseorang itu sedang duduk atau memandu. Keadaan ini dapat mengakibatkan rasa sakit pada pergelangan kaki, tumit dan menimbulkan rasa sakit ketika berjalan, duduk atau baring. Selain itu ia juga membawa ketidakseimbangan pada otot, tulang dan paling penting adalah sistem saraf. Pada peringkat awal sakit itu tidak rasa sangat tetapi akan rasa pada masa yang panjang. Kamu boleh rasa sakitnya bermula daripada pinggang sehingga rasa ke bahagian kaki.
0 comments:
Post a Comment