Sunday, April 17, 2016

Filled Under:

Wanita Yang Baik Akan Menjaga 13 Perkara Ini


Menjadi wanita bukanlah sukar jika kita sentiasa menjaga batas-batas yang dituntut oleh agama Islam. Namun, ada sesetengah wanita menganggap, hidup hanyalah sekali. Oleh itu, perlu lalui kehidupan dengan bahagia dan mencuba segala yang ada di dunia ini.
Namun, wanita bagaikan permata. Jika permata itu kusam dan pecah, ia tidak lagi dianggap bersinar cantik selamanya.
Apa yang harus wanita perlu jaga adalah 13 perkara ini. Jadilah pelindung sentiasa melindungi.

1. Bulu kening

Jangan cukur dan nipiskan bulu kening.

2. Loceng di kaki

Jangan memakai gelang kaki yang berloceng.

3. Wangian


Jangan berlebih-lebihan dalam memaki minyak wangi.

4. Dada


Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Wanita Yang Baik Akan Menjaga 13 Perkara Ini5
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya dan dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.

6. Muka dan leher


Jangan bersolek berlebih-lebihan dan memakai tudung sehingga nampak leher seperti zaman jahiliah.

7. Muka dan tangan


Menutup aurat dan hanya muka dan tangan sahaja boleh dilihat.

8. Tangan

Wanita Yang Baik Akan Menjaga 13 Perkara Ini8
Jangan menyentuh atau disentuh oleh bukan mahram.

9. Mata

Wanita Yang Baik Akan Menjaga 13 Perkara Ini9
Wanita hendaklah menundukkan sebahagian dari pemandangannya agar tidak menggoda dan tergoda oleh lelaki.

10. Suara

Wanita Yang Baik Akan Menjaga 13 Perkara Ini10
Janganlah melunakkan dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.

11. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

12. Pakaian


Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

Wanita perlu menutup atau selindungkan rambutnya agar tidak terlihat oleh lelaki bukan mahram. -CARI Infonet




0 comments:

Post a Comment