Thursday, April 21, 2016

Filled Under:

Bersuamikan Penipu - Kisah Wanita Ini Pengajaran Buat Mereka Yang Terlalu Mudah Percaya Lelaki


Orang kata, jangan terlalu mempercayai seseorang dalam masa yang singkat. Boleh jadi sifat yang dipamerkan hanya lakonan semata-mata.

________________________________________________________

Saya ingin kongsi 1 kisah hidup saya. Moga menjadi pedoman buat semua wanita di luar sana supaya lebih-lebih berhati-hati dengan lelaki.

Saya berkenalan dengan seorang lelaki dari seorang kakak angkat yang aturkan perkenalan kami. Selepas saling mengenali kami berjumpa bersua muka. Dan start tu kami kenal ahli keluarga masing-masing. Sebelum kami berjumpa, lelaki tersebut menyatakan dia seorang kontraktor, bergambar semua pakai kereta mewah. Tengok dia dan ibunya juga rapat, hormat pada ibunya. Permulaan percintaan semuanya sangat manis.

3 bulan perkenalan. Lelaki tersebut dah mula pinjam duit saya, sikit demi sikit setiap bulan sampai mencecah 1K. Saya dah rasa tak sedap hati bila dia selalu pinjam duit saya. Dari situ saya mula selidik tentang lelaki ni. Baru saya tau kisah sebenar. Rupanya lelaki ini setiap hari minum ketum dicampur ubat batuk, sebab tu setiap malam tak boleh tidur. Rupanya dia banyak menipu saya, dia tiada kerja yang betul-betul menjamin masa depan. Bukan dia yang kontraktor, tetapi adiknya yang kontraktor, dia pulak bekerja dengan adiknya, itu pun pemalas nak bangun pergi kerja. Semua kereta mewah yang dia naik dan dia bergaya mewah tu, semua kereta adik-adik dia. Dia apa pun takde. Kereta takde, motor pun takde. Semua milik adik-adik dia. Selama ni saya ingat dia seorang lelaki bertanggungjawab dan anak yang baik. Rupanya tak…

Mak dia sendiri banyak menangis kerana perangai dia. Selalu sakitkan hati mak dia, yang boleh saya anggap derhaka kepada mak. Di depan orang semua nampak dia anak mak yang baik. Tapi di belakang selalu memarahi dan maki hamun maknya. Saya selidik lagi tentang ex-ex girlfriend dia. Sebab dia selalu bercerita kepada saya, ex-ex girlfriend dia semua berperangai jahat dan curang. Rupanya dia memang suka meminjam duit semua ex-ex girlfriend dia termasuk duit saya. Bila pinjam tak reti nak bayar balik. Selain sifatnya yang playboy, suka melayan bagi harapan kat perempuan lain dan terlalu mengongkong kehidupan saya sampai nak keluar dengan kawan-kawan perempuan tak dibenarkan. Lama-lama membuatkan saya tak percaya kat dia kerana terlalu banyak pembohongan dalam perhubungan.

Kami sudah bertunang, merancang untuk kahwin lepas raya ni. Ramai yang dah tau kami nak berkahwin. Tapi bila saya fikir beribu-ribu kali. Saya tak nak bersuamikan lelaki seperti dia yang suka menipu dan buat cerita tipu. Dengan sifat panas baran yang suka maki hamun saya. Itu yang membuatkan saya semakin tawar hati dengan dia. Banyak peluang saya dah bagi. Tapi menghampakan. Dan sekarang saya decide. Saya nekad, beranikan diri gagahkan diri untuk putuskan hubungan kami. Bagi saya biar malu sekarang, jangan merana lepas kahwin. Saya rasa keputusan yang saya buat ni betul-betul 100%.

Tentang keburukan dia semua saya rahsiakan dari pengetahuan keluarga. Kepada yang bakal berkahwin selidik dulu bakal pasangan hidup betul-betul. Jangan sampai jadi macam saya. Ditipu dan dipergunakan.

Sumber : KRT




0 comments:

Post a Comment