Tuesday, April 26, 2016

Filled Under:

Masih Tak Dapat Anak.. Ini Jawapan Dari Fizo Omar Yang Buat Ramai Tumpang SAYU !!!

1
Fizo Omar dan Mawar Karim bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan lagi, boleh dikatakan setiap perkara yang dilakukan oleh pasangan ini menjadi perhatian ramai.
Hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, ada pihak mula bertanya bila agaknya pasangan ini akan dikurniakan cahaya mata? Adakah Fizo dan Mawar mempunyai masalah kesihatan sedangkan adik Fizo yang baru sahaja berkahwin sudah memiliki seorang anak.
Menjawab segala persoalan dan spekulasi, Fizo yang tidak cepat melatah dengan pertanyaan sebegitu menafikan dirinya dan Mawar ada masalah untuk mendapatkan zuriat, cuma belum rezeki untuk mereka berdua bergelar ibu dan bapa.
Bila orang terus bertanyakan soal ini selepas hampir tiga tahun berkahwin, jujur saya katakan tidak ada rasa marah atau malu untuk menjawab. Kami tidak ada masalah kesihatan atau apa, cuma hal ini berbalik kepada rezeki. Tetapi dalam masa yang saya kami tetap berusaha. Buat masa sekarang juga kami sedang mendapatkan khidmat nasihat dari pakar dalam hal ini.
Walaupun tiada kehadiran anak kecil yang mampu menceriakan lagi kehidupan mereka suami isteri, Fizo bagaimanapun merasa syukur dengan kurniaan lain yang diberikan kepada mereak berdua.
Bagi sesetengah orang mungkin di usia perkahwinan sekarang dia sudah mempunyai zuriat, tetapi itu rezeki dia yang saya tidak perlu pertikaikan. Sebabnya dalam waktu sekarang juga Allah sudah kurniakan kami dengan bermacam rezeki lain, yang harus kami syukuri.
Tidak apalah Fizo, lagipun anda berdua kini sedang sibuk dengan perniagaan masing-masing, mungkin belum waktu yang sesuai untuk mendapatkan cahaya mata. Perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik. Teruskan berdoa dan berusaha.




0 comments:

Post a Comment