Thursday, April 14, 2016

Filled Under:

Bagaimana Lelaki Ini Ubahsuai Proton Iswara Menjadi AE86


Sekiranya anda seorang peminat kereta, pasti anda tahu manga Initial D yang memaparkan perlumbaan kereta khususnya aksi drift di jalan berbukit.

Dan kereta ‘terbaik’ yang dipandu oleh hero manga itu (Takumi Fujiwara) adalah AE86. Takumi menggunakan kereta itu untuk menghantar tauhu dan dari situlah dia mengasah skill memandunya.
Sedikit Sejarah AE86

Kereta Toyota dua pintu AE86 ini menjadi kegilaan remaja di negara kelahirannya, Jepun. Walaupun hanya diperkenalkan di era 80an, namun kereta Toyota AE86 ini kembali gemilang dengan kemunculan manga Jepun, Initial D, karya Shuici Shigeno.



Selain itu, AE86 juga merupakan saudara kandung Toyota Levin dan Toyota Sprinter Trueno yang merupakan kereta Sport sejati.

Sehingga kini, AE86 dan manga Initial D masih digilai ramai apatah lagi dengan kemunculan filem adaptasinya yang turut digilai ramai.
Ubahsuai Proton Iswara Menjadi AE86 di Malaysia

Jika di Malaysia, pasti sahaja anda sering melihat kereta diubahsuai menjadi kereta lain. Antara yang paling selalu anda lihat adalah ubahsuai Proton Waja kepada Mitsubishi Lancer.

Bagai tidak terlintas di fikiran, lelaki ini, Adrian Lo Dejavu telah mengubahsuai kereta Proton Iswara miliknya menjadi AE86.



Selain mengubahsuai Iswaranya, Adrian juga ‘mengubahsuai’ ayahnya menjadi Bunta Fujiwara (ayah kepada Takumi).


Bagaimana Saya Modified Iswara Jadi AE86?


Kata Adrian: Only in Malaysia. Gua bukan sahaja modified iswara gua jadi ae86. Gua tarik bapa gua modified jadi Bunta juga hahahahahahaha



Berikut merupakan gambar-gambar Modifikasi Iswara kepada AE86 yang dikongsikan Adrian.




Untuk info, Adrian sangat terkenal di Malaysia dan kini sudah di tahap selebriti. Selain giat dalam industri vape, beliau juga sering menghiburkan fansnya dengan video lawak lakonannya. Sebagai info tambahan, Iswara AE86 milik Adrian ini telahpun dijual.




0 comments:

Post a Comment