GOSIP CALIPH BUSKER DIBAYAR MURAH, INI JAWAPAN PIHAK KRU MUSIC
Tarikh: 27 April 2016
Kumpulan Caliph Busker yang popular dengan lagu Hanya NamaMu, baru-baru ini timbul gosip tidak enak kononnya mereka dibayar murah oleh pihak pengurusan KRU Music.
Selaku Ketua Pegawai Ekskutif KRU Music, Rizal Sahimy berkata, pihaknya tidak tahu dari mana datangnya isu berkenaan dan bayaran RM800 kepada Caliph Busker juga tidak benar.
"Saya tidak tahu dari mana datang gosip itu datang, tapi saya ada terbaca dalam artikel hiburan mengenai gosip kononnya Caliph Busker dibayar dengan jumlah yang rendah.
"Sebenarnya selepas AJL tahun lalu lagi pembayaran purata Caliph sekitar dalam jumlah RM3,000 ke RM6,000. Jika dikira dengan betul RM800 itu sebenarnya bayaran yang diterima oleh setiap anggota selepas ditolak tambah dengan pengurusan.
"Mengenai pengurusan pula kami hanya menolak 30% dan 70% untuk artis dan segala perkara adalah atas dasar persetujuan kedua belah pihak termasuklah tawaran dan pembayaran pada setiap persembahan yang dibincangkan," ujar Rizal mengakhiri perbualan ketika dihubungi.
Sumber : Media Hiburan

0 comments:
Post a Comment