Thursday, January 21, 2016

Filled Under:

Inilah 41 Syarat Pelik Dari Datuk Terlajak Laris Punca Selangor Tolak Tawaran

Pemilik D'Herbs Holding Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri, dilaporkan meminta 41 syarat yang ‘pelik’ dari Selangor. — Foto ehsan Instagram/Aliff SyukriPemilik D'Herbs Holding Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri, dilaporkan meminta 41 syarat yang ‘pelik’ dari Selangor. — Foto ehsan Instagram/Aliff SyukriKUALA LUMPUR, 17 Jan — Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berkemungkinan menolak tawaran tajaan pemilik syarikat kosmetik, D'Herbs Holding Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman kerana beberapa syarat “pelik” yang sukar ditunaikan.
Laporan Harian Metro yang memetik sumber dalaman FAS turut mendedahkan, Aliff Syukri mengenakan beberapa syarat tambahan sehingga berjumlah 41, menjadikannya enam syarat lebih banyak berbanding yang dikemukakan usahawan Qu Puteh kepada pasukan Kelantan.
“Sebenarnya beliau ada mengemukakan syarat tambahan dengan menjadikannya kini berjumlah 41 syarat,” kata sumber dilapor akhbar itu hari ini, merujuk kepada Aliff Syukri.
“Lebih enam syarat daripada apa yang dikenakan Qu Puteh ke atas pasukan Kelantan.”
Pemilik syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman menaja The Red Warriors sebanyak RM16 juta bagi dua musim dan mengenakan 33 syarat tambahan, selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersetuju mengecat stadium kepada warna merah jambu dan menukar nama pasukan itu.
Akhbar itu sebelum ini melaporkan beberapa syarat pelik dikemukakan D’Herbs sehingga mengundang rasa tidak puas hati penyokong setia skuad The Red Giants.
Antaranya menukar warna jersi pasukan kepada hijau, pemain Selangor juga perlu melakukan gaya “Terlajak Gol” setiap kali gol dijaringkan, dan stadium dicat warna hijau, tetapi telah dinafikan Aliff Syukri.

 
jangan salah faham . As salam semua kepada semua peminat2 bila sepak tanah air...byk yg tanya saya negeri mana jadi pilihan utk tajaan bola sepak.....setakat ni masih dalam perbincangan..belum ada kata putus.....sbb byk2 perkara yg perlu dipertimbangkan dan juga kekangan masa saya sendiri yg agak padat.....ada juga rumor2 yg mengatakan saya nak tukar jersey hijau la dan mcm2 lagi... . . setakat ni apa juga perancangan saya x pernah ada utk merubah warna asal jersey sbb saya menghormati warna2 kebanggaan negeri masing2...ada juga yg memberi pendapat supaya taja perkara2 yg baik seperti tahfiz surau dan lain2....saya x nak mereka salah faham...tajaan utk marketing adalah berbeza dgn amal jariah kita..harap anda semua faham dan tidak pandang negatif kepada semua penaja2 lain....... Terima kasih atas sokongan semua rakan2 di alam maya ni dan juga pengguna DHerbs..
A photo posted by abang terlajak laris (@aliffsyukriterlajaklaris) on
“Berdasarkan kepada perbincangan awal dalam kalangan pihak pengurusan, mungkin kami terpaksa menolak tajaan itu kerana syarat dikenakan agak sukar untuk dipenuhi.
“Ini kerana FAS lebih mengutamakan soal jati diri dan pasukan Selangor yang selama ini menjadi tunjang kepada keutuhan dan kekuatan pasukan,” katanya.
Kata akhbar itu lagi, penolakan tawaran “terlajak laris” itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Namun jika boleh mengurang atau membatalkan beberapa syarat, kemungkinan kami sedia mempertimbangkan semula tajaan mereka. Apa pun terpulang kepada D'Herbs untuk menukar syarat itu,” kata sumber itu lagi.
- Sumber : http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/terlajak-41-syarat-pelik-selangor-bakal-tolak-tawaran-dherbs#sthash.K92usobB.G49MPGVq.dpuf




0 comments:

Post a Comment