Monday, January 18, 2016

Filled Under:

Akhirnya Misteri Kehilangan Ayah Pin Terjawab



ISU ajaran sesat Ayah Pin kembali heboh diperkatakan dan di Terengganu, jualan sesetengah akhbar dilaporkan meningkat sejak seminggu dua ini ekoran minat orang ramai mengikuti perkembangan terkini kisah tersebut.

Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Mohamad, 65, sendiri mungkin tidak menyangka usahanya untuk `mengaktifkan' semula kegiatannya bermula tahun lalu berdepan dengan beberapa siri rintangan.

Antara rintangan itu adalah tindakan Pejabat Tanah Daerah Besut mengeluarkan notis pada April lalu untuk merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin di perkampungan `Kerajaan Langit' di Batu 13, Hulu Besut.

Bagaimanapun, isteri Ayah Pin selaku pemilik geran tanah di markas melalui peguamnya telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan notis tersebut. Setelah berjaya buat sementara waktu menghalang Pejabat Tanah merobohkan premis dan replika di markasnya, Ayah Pin dikejutkan pula dengan serbuan pihak berkuasa ke atas markasnya dan berakhir dengan penahanan 21 pengikutnya pada 2 Julai lalu.

Semua 21 pengikutnya bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM1,000 seorang. Ketika itu, banyak pihak hairan bagaimana kumpulan itu mendapat wang jaminan sebanyak RM21,000 dengan begitu cepat.

Pada ketika Ayah Pin leka sementara menunggu tarikh perbicaraan 21 pengikutnya, markasnya diserbu pula oleh sekumpulan 40 hingga 50 lelaki bertopeng pada 18 Julai dan dua hari kemudian oleh polis dan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT).

Kini, 45 pengikutnya terpaksa melalui proses perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Besut, manakala, tiga anak Ayah Pin dibebaskan dari tuduhan menghina agama Islam atas permohonan pihak pendakwa.

Ayah Pin dan keempat-empat isterinya sehingga artikel ini ditulis, tidak diketahui lokasi persembunyiannya dan gerakan memburu terus dilancarkan oleh JHEAT dan polis.

Walaupun kes membabitkan Ayah Pin ini semakin menarik perhatian masyarakat tetapi kisah hidup ketua ajaran songsang yang berasal dari Bachok, Kelantan, tidak banyak didedahkan oleh media terutama kehidupan era kanak-kanak dan remajanya.

Ayah Pin sendiri ketika ditemu bual oleh Utusan Malaysia pada 12 Julai lalu turut mengelak untuk bercakap mengenai latar belakang hidupnya kecuali mengakui dia buta huruf kerana sempat sekolah setakat darjah dua.

Selain itu, dia mengakui yang hobinya sejak dulu adalah berlaga ayam dan bertanding burung terkukur. Pada kebiasaannya apabila mahu berlaga ayam Ayah Pin akan memakai kain sarung dan di dalam lipatan gulungan kainnya dia akan membawa wang pertaruhan antara RM5,000 hingga RM7,000.

Tetapi peliknya, orang macam Ayah Pin masih mampu menarik sebegitu ramai pengikut terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pegawai polis, artis, profesional, warga asing dan penganut pelbagai agama selain Islam dan kesemuanya daripada golongan berada.

Menurut maklumat daripada pelbagai sumber termasuk bekas pengikutnya, Ayah Pin mula mendampingi ajaran seumpama itu ketika berguru dengan menantunya, Hassan Anak Limau atau juga dikenali sebagai Hassan Anak Rimau.

Dia mula menuntut ajaran ratib kuat sekitar tahun 1980-an daripada Hassan dengan pusat ajaran tersebut terletak di perkampungan Batu 13, Hulu Besut.

Bersama Ayah Pin, Hassan yang berbadan besar dan berkulit gelap turut berjaya mempengaruhi penduduk sekitar dan pada awal gerakan ajaran itu terdapat kira-kira 100 orang pengikut.

Menurut salah seorang penduduk, Abdul Rani Ibrahim, 50, dia sering melihat pengikut Hassan berkumpul di perkampungan itu pada setiap Sabtu untuk mengamalkan ratib kuat dengan unsur-unsur bertentangan dengan agama Islam.

Beliau berkata, tiba masa tertentu Hassan dan Ayah Pin yang merupakan murid kanan ajaran itu berada di kolam air panas Kampung La untuk melakukan acara mencium pusat Hassan oleh para pengikutnya.

Kemuncak kesesatan ajaran itu mula dikesan oleh penduduk kampung apabila Hassan dan Ayah Pin serta pengikut mereka tidak menunaikan sembahyang dan puasa secara terang-terangan dan dalam masa yang sama mengakui Hassan sebagai Tuhan.

Keadaan itu berterusan sehingga Hassan meninggal dunia pada awal 1990-an dan Ayah Pin berjaya mengambil alih kedudukan sebagai ketua ajaran sesat berkenaan selepas berlaku perebutan antaranya dengan seorang lagi murid kanan Hassan.

Apabila Ayah Pin mengambil alih ajaran itu, dia mula mengembangkan pengaruhnya dengan cara memperhebatkan lagi kegiatan ratib kuat pada setiap Sabtu untuk menarik minat orang ramai menyertai kumpulan tersebut.

Di pertengahan tahun 1990-an, pengikut Ayah Pin bertambah ramai dan ia semakin meningkat hingga ke jumlah ribuan terutama apabila seorang guru agama dikenali sebagai `ustaz Ya' dan isterinya yang merupakan ustazah menyertai kumpulan tersebut.

Gambar Ustaz Ya dengan berpakaian jubah putih turut menghiasi dinding dewan perhimpunan di markas Ayah Pin di Hulu Besut. Pada tahun 2000, pengaruhnya semakin meluas sehingga ia dikatakan mencecah 12,000 orang termasuk warga asing dan penganut pelbagai kaum serta agama.

Sejak tahun itu perkampungan Batu 13 di Hulu Besut berubah wajah selepas Ayah Pin dikatakan menerima banyak sumbangan daripada pengikutnya.

Replika gergasi cerek, payung, dewan perhimpunan, dataran untuk pengikutnya siap sepenuhnya pada tahun 2002 dengan kos sebanyak kira-kira RM2 juta tetapi persoalannya di manakah Ayah Pin mendapat wang sebanyak itu?

Yang lebih pelik, pengikut-pengikutnya juga terdiri daripada paderi, sami Buddha dan Hindu.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Shaikh Harun Ismail turut berasa hairan bagaimana lelaki yang tiada penampilan seperti Ayah Pin boleh menarik ramai pengikut termasuk warga asing dan golongan profesional.

``Saya percaya Ayah Pin adalah bomoh dan pengamal ilmu hitam berdasarkan penemuan benda-benda aneh di markasnya seperti tempayan berisi debu tulang haiwan.

``Biasanya orang akan cepat terpengaruh jika dapat melihat sendiri kehebatan seseorang bomoh itu,'' katanya.

Persoalannya, adakah Ayah Pin merupakan seorang bomoh?

Ketika Utusan Malaysia menemu bualnya, dia mendakwa boleh mengubati pelbagai penyakit termasuk penyakit jiwa dan ketagihan dadah, selain mampu mengubah suara seseorang itu dari `tidak enak didengar' kepada suara merdu seperti penyanyi.

Selain itu, dia turut mendakwa boleh bertukar wajah kepada pelbagai rupa yang dikehendakinya dan boleh menyakiti sesiapa jika dia mahu. Sukar untuk mempercayai apa yang didakwa oleh ketua ajaran sesat itu tetapi Ayah Pin berjaya memesongkan pemikiran dan akidah ramai orang Islam sehingga menjadi pengikut fanatiknya.

Dalam berdepan dengan pengikut fanatik yang boleh dianggap `masyarakat keliru' seumpama ini, menjatuhkan hukuman ke atas mereka bukan satu-satunya jalan penyelesaian.

Mereka akan kembali menjadi pengikut Ayah Pin setelah dibebaskan dari hukuman atau salah seorang daripada mereka akan meneruskan ajaran sesat tersebut sekiranya Ayah Pin meninggal dunia.

Selagi pengikut fanatik Ayah Pin menganggap ajaran ketua mereka benar, selagi itulah ajaran sesat itu akan menimbulkan barah dalam masyarakat.

Kerana itu, pihak berkuasa agama perlu mencari pendekatan lebih berkesan dalam menangani ajaran sesat termasuk mencari punca sebenar kenapa sesetengah orang Islam mengarah kepada ajaran songsang.

Pihak berkuasa agama tidak boleh keliru dalam mencari puncanya kerana sebarang kegagalan akan menimbulkan lebih banyak kekeliruan dalam masyarakat Islam sendiri.

Hakikatnya, hukuman bukannya penyelesaian dalam menangani umat yang keliru.




Kenyataan Sebenar

Artikel Penuh: Disini




0 comments:

Post a Comment