Sunday, January 24, 2016

Filled Under:

Inilah Pesanan Mengejutkan Lee Chong Untuk Iskandar Zulkarnain Setelah Muncul Naib Juara GP Emas Malaysia Masters



GEORGETOWN: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengingatkan Iskandar Zulkarnain Zainuddin agar tidak lupa diri dan fikir dirinya sudah cukup bagus biarpun mempamerkan peningkatan yang luar biasa sepanjang saingan Grand Prix (GP) Emas Malaysia Masters yang berakhir, hari ini. Chong Wei yang mengatasi Iskandar 21-18, 21-11 dalam aksi final untuk meraih gelaran kelima Malaysia Masters, hari ini 

mahu Iskandar mengekalkan semangatnya untuk tampil lebih cemerlang bagi menghadapi kejohanan seterusnya. "Selepas perlawanan saya beritahu Iskandar yang dia perlu kekalkan semangat seperti ini dan jangan cepat berpuas hati. Jangan fikir dia sudah cukup bagus biarpun orang ramai sekarang bercakap mengenai dirinya, lupakan itu semua. 

"Semua latihan keras yang diberikan jurulatih selama ini, inilah hasilnya untuk Iskandar, dia sudah dapat apa yang dia mahukan," kata Chong Wei yang berharap Iskandar menggunakan pengalaman diraihnya sepanjang kejohanan ini untuk meningkatkan prestasi. Chong Wei yang turut menjadi juara Malaysia Masters pada 2009, 2010, 2011 dan 2012, berkata corak permainan Iskandar sudah berubah dengan dia kini lebih sabar dan tidak mudah putus asa. 

"Hari ini dia bermain luar biasa, dia berjaya memberikan saingan kepada saya. Corak permainannya banyak berubah, jika dulu dia mudah berputus asa tetapi kini dia lebih banyak bersabar dan sebab itu dia mendapat peluang untuk melakukan serangan," kata Chong Wei. Sementara itu, Iskandar, 25, berjanji tidak akan lupa diri dalam usahanya bergelar pemain terbaik dunia suatu hari nanti. "Saya pun memang tidak mahu orang terlalu memuji saya atau memberikan tekanan kepada saya. Saya mahu semua sentiasa memberikan sokongan tidak kira ketika saya naik atau jatuh. 

"Sekarang ini, saya sudah lebih jelas dengan perjalanan ini kerjaya saya berbanding dulu yang masih samar-samar. Sekarang peluang pun sudah banyak diberikan terutama daripada Pengarah Teknikal BAM (Persatuan Badminton Malaysia), Morten Frost Hansen dan saya mahu membalasnya," kata Iskandar yang akan berlepas ke Lucknow, India esok bagi menghadapi GP Emas India yang bermula Selasa ini. Iskandar akan membuka tirai saingan RMV Gurusaidut dari India untuk aksi pusingan pertama, Rabu ini.





0 comments:

Post a Comment