
Hangat diperkatakan mengenai pelajar universiti yang ‘tahan lapar’ ekoran dengan kesempitan wang beberapa hari yang lepas.
Susulan itu, seorang mahasiswa daripada Universiti tempatan menzahirkan rasa bengangnya mengenai segelintir sikap pelajar Universiti sekarang.
Bukanlah rasa itu ditujukan sewenang-wenangnya kepada semua pelajar, tetapi ada sesetangah ‘insan lapar’ yang kuat menyalak ini seolah-olah tidak fikir panjang dalam menguruskan perbelanjaan mereka.
Makan megi sambil layan facebook guna iphone 6…menghentam sekalian hartawan yang menaja pasukan bola sepak negeri

Dana khas untuk menyediakan paling tidak sebungkus nasi untuk perut kosong kau isi. Tapi nasi tak hipster mana kau peduli

Biasanya yang betul tak cukup makan ni dia diam dan cuba cari jalan nak urus diri

Wahaiiii insan lapar, semoga kau ingat ada lagi orang lain yang walau sekali pun dia susah nak jejak kaki makan kepci tapi dia sedar diri

BUKAN SEMUA..Hanya sebilangan kecil sahaja.

Sumber : Mohammad Asyraf Khalib

0 comments:
Post a Comment