Tuesday, January 12, 2016

Filled Under:

Akhirnya Rozaimi Buka Mulut Dedah Kenapa Tidak Menyertai Pasukan Sabah



KOTA KINABALU: "Saya ke Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana Tunku Mahkota Johor (TMJ)," demikian kata bekas penyerang Sabah, Rozaimi Abdul Rahman yang membuat kejutan menyertai skuad juara Liga Super dan Piala AFC itu.

Walaupun sebelum ini dikhabarkan akan beraksi untuk negeri kelahirannya dalam saingan Liga Perdana, Rozaimi yang berehat panjang akibat kecederaan serta pemulihan selepas kemalangan jalan raya pada Julai tahun lalu, ketika dihubungi mengakui keputusan menyertai pasukan Harimau Selatan dibuat selepas perbincangan dengan keluarga.

"Saya datang ke JDT kerana TMJ mahu saya menjalani proses pemulihan di sini (Johor Bahru)...beliau mahu menjaga saya sehingga kembali kepada prestasi asal. "Saya tidak kisah untuk bermain dengan pasukan mana pun, tetapi saya perlu menjalani proses pemulihan yang terbaik dan berterima kasih kepada TMJ kerana sanggup menjaga saya selama tiga tahun...saya akan melakukan yang terbaik untuk JDT," katanya ketika dihubungi BH Sukan, sebentar tadi.

Laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers mengesahkan Rozaimi menandatangani kontrak tiga tahun dengan JDT, namun masih belum ditentukan sama ada dia akan beraksi bersama skuad utama JDT atau JDT II.





0 comments:

Post a Comment