Tuesday, September 27, 2016

Filled Under:

Tak Sangka! Inilah Sebabnya Kenapa JDT Mampu Membayar Gaji Ratus-Ratus Ribu Kepada Pemain Tempatan Di Liga Malaysia



KELAB JDT AMAL 'FINANCIAL FAIR PLAY'
'Financial Fair Play' bermaksud sesebuah kelab bola sepak akan berbelanja mengikut kemampuan wang yang mereka ada sahaja. Mereka tidak boleh berbelanja lebih hingga menyebabkan gaji pemain tertunggak dan terjadinya masalah-masalah lain sehingga akhirnya kelab terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu membayar hutang. Jika kelab mempunyai dana peruntukan sebanyak RM100 juta, mereka boleh berbelanja mengikut dana yang mereka ada.
Begitu juga dengan JDT. Jika JDT mempunyai dana peruntukan sebanyak RM100 Juta, tiada masalah jika JDT hendak menawarkan gaji RM50,000, RM70,000, RM80,000 malah lebih RM100,000 sebulan kepada pemain. Begitu juga jika kelab ingin berbelanja untuk menaiktaraf apa-apa kemudahan infrastruktur.
Kelab-kelab yang mempunyai masalah kewangan sehingga berhutang dengan pemain atau organisasi lain sepatutnya disekat atau dilarang daripada membeli pemain-pemain baharu melalui 'Financial Fair Play' kerana mereka sudah ada rekod buruk dalam menguruskan kewangan kelab. Mereka bukan sahaja memburukkan nama dan menjejaskan masa depan kelab, tetapi menganiayai individu lain.
Usaha meletakkan had kepada gaji pemain tidak akan berjaya kerana industri bola sepak profesional bersifat 'pasaran terbuka' melalui konsep 'wiling seller-willing buyer' (persetujuan diantara penjual-pembeli, dalam kes bolasepak ialah diantara pemain dan pemilik kelab) dimana Kerajaan tidak akan campur tangan dalam urusan gaji pemain atau yuran perpindahan pemain.
Walaupun 'Financial Fair Play' tidak diamalkan secara rasmi di Malaysia, tetapi ia telah digunakan dalam Union of European Football Associations (UEFA) sejak 2009. Pemimpin-pemimpin kelab dan persatuan bolasepak sepatutnya belajar tentang dunia bolasepak daripada orang yang arif dan berani membuat pelaburan dalam ilmu pengetahuan bola sepak, bukan hanya inginkan kemenangan dan keuntungan segera.
Peminat bola sepak Malaysia sudah semakin celik dan pandai tentang bola sepak. Jangan pandang rendah atas kemampuan intelek kami apabila ada orang ingin bercakap tentang isu gaji pemain dan 'Financial Fair Play'.




0 comments:

Post a Comment