Thursday, September 15, 2016

Filled Under:

Akhirnya Dato Aliff Bongkar Buka Mulut Rahsia Syarikatnya Terus Gah Hingga Kini

Terkenal dengan tag line 'terlajak laris'. Dato' Aliff Syukri pengasas D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd dengan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan berdiri gah tidak hanya di dalam Malaysia malah turut mendapat liputan di luar negara.


Kejayaan Dato' Aliff Syukri tidak terus bermula dari atas, tetapi beliau sendiri bermula dari bawah.Berbekalkan azam yang kuat, beliau bermula dengan hanya menjual produk beliau sendiri kepada sahabat handai dan juga rakan-rakan sepejabat.

Tidak reti duduk diam, Dato Aliff Syukri mengambil kesempatan  memasarkan produk beliau di Pasar Tani Seksyen 13, Kelana Jaya & Sri Andalas pada masa terluang.  Dengan gaya tersendiri, produk Dato Aliff mendapat sambutan ramai justeru memikat hati pelanggan.


Syarikat D'Herbs berjaya ditubuhkan Dato Aliff pada tahun 2010 dengan 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir. Pada masa itu beliau hanya beroperasi di kedai 2 tingkat dengan pekerja seramai seorang sahaja.


Kini Dato Aliff  berjaya mengorak langkah dengan 90 rangkaian produk baharu dan telah  dinobatkan sebagai penerima anugerah 'Putra Brand Awards 2015'. Anugerah ini adalah anugerah jenama terulung di Malaysia dan ia merupakan anugerah jenama tunggal di Malaysia untuk pengurus jenama dan pemilik jenama.

Sehingga sekarang produk D'Herbs bukan sahaja dapat perhatian di dalam negara malah turut menjadi pilihan di negara Singapura, Brunei dan terbaru Thailand. 


Seiring dengan perkembangan teknologi terutamanya media sosial, Dato Aliff mengambil langkah awal dengan menubuhkan anak syarikat iaitu Viral Media Sdn Bhd untuk memasarkan produk secara atas talian. 

Syarikat tersebut berfungsi untuk memviralkan produk pelanggan dengan cara lebih berkesan dan singkat. Setakat ini antara pelanggan yang telah menggunakan khidmat syarikat tersebut termasuklah Astro, Toshiba, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan banyak lagi. 

Untuk lebih info mengenai Viral Media Sdn Bhd anda boleh ke website : www.viralmediahq.net

Pemasaran produk secara online adalah salah satu rahsia terbesar D'Herbs Holding terus mengaut untung yang tinggi setiap tahun bagi hasil penjualan produk selain iklan kormesial dan offline.

Selain daripada itu, rahsia lain kejayaan Dato Aliff terus gah terus memacu perniagaan kosmetik di Malaysia dikongsikan dalam bukunya yang telah dilancarkan oleh beliau sebelum ini bertajuk Dato Aliff Syukri Bermula Sebuah Kisah.





0 comments:

Post a Comment