Tuesday, March 22, 2016

Filled Under:

SERAM ! Rupanya Ini Punca Sebenar Lelaki Ini Bawa Mayat Anaknya Merata Tempat Hingga Ditahan Polis

LELAKI yang ditahan polis selepas membawa mayat anaknya di dalam beg galas.


Bangkok: Polis menahan seorang lelaki selepas menemui mayat bayi yang baru dilahirkan di dalam beg galas yang dibawanya.

Lelaki berusia 35 tahun terbabit ditahan polis, kelmarin selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan ketika menunggang motosikal di daerah Lat Krabang.

Jurucakap polis, Thanongsak Loyha berkata, ketika pemeriksaan dilakukan polis menemui mayat bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan itu di dalam beg galas yang dibawa lelaki berkenaan.

Katanya, lelaki itu mendakwa bayi berkenaan adalah anaknya yang mati ketika dilahirkan.

“Lelaki ini mendakwa isterinya baru hamil tujuh bulan dan tidak pernah menjalani pemeriksaan kehamilan kerana tidak mampu.

“Apabila dia terjaga daripada tidur pada petang Khamis lalu, dia mendapati isterinya sudah melahirkan anak mereka, tetapi malangnya bayi itu meninggal dunia,” katanya.

Dia berkata, lelaki terbabit yang terkejut seterusnya mengambil keputusan meletakkan mayat bayinya itu di dalam beg galas untuk dikebumikan.

“Lelaki ini memberitahu, dia mencari lokasi untuk mengebumikan mayat anaknya itu sebelum ditahan polis.

“Mayat bayi ini kami bawa ke hospital untuk dibedah siasat bagi menentukan punca kematiannya.

“Sekiranya terdapat unsur jenayah, kami akan mendakwa lelaki ini,” jelasnya. - Agensi




0 comments:

Post a Comment