Friday, December 4, 2015

Filled Under:

Luahan Nabil, Menangis Secara Live Di Meletop Bercerita Tentang Yus Jambu


Rakan pelawak Pak Yus Jambu iaitu Nabil telah menangis secara spontan apabila bercerita tentang Pak Yus Jambu.

Nabil tidak dapat menahan menangis ketika mula bercerita tentang pengalaman bersama Pak Yus Jambu dan menceritakan kalil terakhir berjumpa dengan arwah.

Nabil kali terakhir berjumpa arwah ketika di pentas GegarVaganza, yang mana Yus Jambu datang sebagai artis jemputan. mereka sempat berborak tentang kasut, dan Yus ingin membawa Nabil berjumpa rakannya untuk membeli kasut.

Nabil juga memberitahu, ketika dia 'down' dan patah semangat sewaktu pertandingan Maharaja Lawak Mega, Yus Jambu merupakan antara sahabat yang tepuk belakangnya dan terus memberi semangat.

"Bagi saya Yus Jambu bukan sahaja pelawak, malah dia sahabat, diasaudara, dia abang, tapi kini dah tiada dah, kita rasa kehilangannya" - kata Nabil.

Nabil juga antara individu yang memandikan arwah Yus.

Jom lihat video dibawah ini: atau tonton di sini (KLIK SINI)



Nabil Menangis Bercerita Tentang Yus Jambu
Tangisan Nabil bercerita tentang arwah Pak Yus Jambu
Posted by Dubsmash Malaysia on 2hb Disember 2015




0 comments:

Post a Comment