Thursday, December 31, 2015

Filled Under:

BORANG PERMOHONAN BR1M 2016 DAN PENDAFTARAN ONLINE PEMOHON BARU MELALUI EBR1M

Permohonan BR1M 2016 online
Kerajaan terus menunjukkan keperihatinan terhadap rakyat apabila meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) malah jumlah bantuan itu dinaikkan dan akan dinikmati oleh golongan sasar mengikut syarat kriteria ditetapkan

Kenaikan kadar BR1M bagi tahun 2016 diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2016 yang berlangsung di Parlimen pada 23 Oktober 2015

Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M berdasarkan kriteria ditetapkan

BORANG PERMOHONAN BR1M 2016 DAN PENDAFTARAN ONLINE PEMOHON BARU MELALUI EBR1M

Berikut adalah informasi tentang syarat kelayakan kategori berserta nilai atau jumlah bantuan kewangan yang bakal diterima dan cara permohonan terutamanya kepada pemohon baru BR1M

KATEGORI ISI RUMAH
RM1,000
Status Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)
Kriteria Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas

Pendapatan Kasar Bulanan
RM3,000 dan ke bawah (termasuk dengan warga emas)
Jadual Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat (bulanan) pada tahun 2016

  • Ansuran Fasa 1 (28 Januari) RM250
  • Ansuran Fasa 2 (28 April) RM250
  • Ansuran Fasa 3 (23 Jun) RM250
  • Ansuran Fasa 4 (28 September) RM250
RM800
Status Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)
Kriteria Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas

Pendapatan Kasar Bulanan
RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk dengan warga emas)
Jadual Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat (bulanan) pada tahun 2016

  • Ansuran Fasa 1 (28 Januari) RM200
  • Ansuran Fasa 2 (28 April) RM200
  • Ansuran Fasa 3 (23 Jun) RM200
  • Ansuran Fasa 4 (28 September) RM200

Nota
Kategori isi rumah dan warga emas layak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun
Info Skim Khairat Kematian
Skim Khairat Kematian akan diberi kepada waris penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016

Maklumat waris perlu didaftarkan secara online atau manual (guna borang)
Hubungan waris dengan pemohon BR1M adalah terhad kepada suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak sahaja

KATEGORI BARU : E-KASIH
RM1,050
Status Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)
Kriteria Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan
Nota: Untuk layak menerima bantuan bagi kategori e-kasih maklumat penerima mesti berada dalam pangkalan data senarai e-Kasih (Data Kemiskinan Nasional)

Pendapatan Kasar Bulanan
RM1,000 dan ke bawah (termasuk dengan warga emas)
Jadual Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat (bulanan) pada tahun 2016

  • Ansuran Fasa 1 (28 Januari) RM250
  • Ansuran Fasa 2 (28 April) RM250
  • Ansuran Fasa 3 (23 Jun) RM300
  • Ansuran Fasa 4 (28 September) RM250

KATEGORI INDIVIDU BUJANG
RM400
Status Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)
Kriteria Individu (bujang)
  • Berumur 21 tahun ke atas

Pendapatan Kasar Bulanan
RM2,000 Ke bawah
Jadual Tarikh Pembayaran
Bayaran sekali gus bermula 28 Januari 2016
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016 bagi kategori Bujang


JADUAL TARIKH AGIHAN PEMBAYARAN BR1M 2016

Tarikh Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2016

Agihan tarikh pembayaran BR1M tahun 2016 adalah tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengar kadar segera

BORANG PENDAFTARAN ONLINE DAN MANUAL PERMOHONAN BR1M 2016 : PEMOHON BARU

Permohonan baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan jika menepati kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan
Maklumat dan butiran cara permohonan boleh rujuk kepada ruangan yang tersedia seperti berikut

Permohonan Online BR1M 2016 – Pemohon Baru
Tarikh rasmi Permohonan BR1M 2016 Dibuka

Peringatan! permohonan secara online hanya boleh dibuat dengan menggunakan komputer berikutan aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih
Pemohon dinasihatkan mencetak salinan permohonan dan perlu disimpan sebagai rujukan

5 Disember 2015, Sabtu
Tarikh Permohonan Ditutup
31 Disember 2015
Pautan Laman Sistem Borang Permohonan Dan Pendaftaran Atas Talian (Online)
Sila layariTunjuk Aplikasi ebr1m 2016 Permohonan Baru
Panduan Permohonan
Sila layariTunjukBuku PDF Panduan Cara Membuat Permohonan Baru BR1M 2016
Pautan Portal Rasmi E-Br1m
https://ebr1m.hasil.gov.my
Semakan Keputusan Permohonan BR1M tahun 2016
Sila RujukTunjukSemakan Status Keputusan Permohonan BR1M 2016 Secara Online

Penting! Sila kemukakan permohonan dengan hanya menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan sama ada dengan cara online ataupun manual (guna borang) bagi mengelakkan duplikasi kandungan maklumat pemohon
Permohonan Manual (Guna Borang) BR1M 2016 – Pemohon Baru
Tarikh Borang BR1M 2016 Diedarkan 5 Disember 2015, Sabtu
Borang Boleh Didapati Melalui
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Sila Muat turun (download)TunjukBorang Permohonan Baru Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016
Info Borang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan
Sila RujukTunjukJadual Pembukaan Kaunter BR1M 2016 Di Semua Cawangan LHDNM

Pautan Portal Rasmi E-Br1m
https://ebr1m.hasil.gov.my
Semakan Keputusan Permohonan BR1M tahun 2016
Sila LayariTunjukSemakan Status Dan Keputusan Permohonan BR1M 2016

Bagaimana Dengan Penerima BR1M Terdahulu?
Penerima BR1M sedia ada, maksudnya sudah disahkan layak atau pernah menerima BR1M sebelum ini tidak perlu mendaftar lagi untuk yang terbaharu ini
Bagaimanapun perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank dan maklumat lain yang berkaitan dengan tepat
Saranan bagi tujuan pengemaskinian adalah untuk melancarkan atau memudahkan proses penyaluran bantuan kepada penerima berdasarkan maklumat rekod terkini
Selain itu, penerima yang tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, disyorkan memberikan maklumat akaun bank pada BR1M 2016 melalui sistem kemaskini bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan
Sila rujukTunjukMaklumat Dan Cara kemaskini BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia
Disyorkan
Pemohon baru dan penerima BR1M sebelum ini yang tidak memiliki akaun bank dinasihatkan membuka akaun di cawangan bank berhampiran

Saranan itu bertujuan supaya penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang menerima bantuan kewangan itu kerana wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut peringkat pembayaran
Langkah ini juga mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima di masa depan

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke [email protected]
Berhubung terus ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan
FAQ : Soalan Lazim Dan Jawapan (Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016)
TunjukPermohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2016
TunjukPengisian Maklumat Waris BR1M 2016
Respon Permohonan
Notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2016
Bagi setiap permohonan yang berjaya pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Januari 2016
dikemaskini logo18 Disember 2015, Jumaat (Kemaskini info terkini)




0 comments:

Post a Comment