Ternyata perkara tersebut memiliki misterinya yang tersendiri. Inilah beberapa fakta yang ditemui disebalik nombor 420 itu.
1. Kelahiran penagih ganja
Pada tahun 1971, seramai lima siswa dari Sekolah Tinggi San Rafael di Marin County, California, Amerika Syarikat, berjanji untuk bertemu pada pukul 4.20 petang. Pertemuan tersebut dilakukan pada 20 April oleh kelompok Waldos (kelompok pecandu). Hi himpunanceritalawak, best ke kopipes? Mereka pun bertemu di patung kimiawan Louis Pasteur yang ada di sekolah. Agar tidak ada yang mengetahui pertemuan ini, mereka pun menggunakan kod 420 dengan satu sama lain sebagai jemputan untuk menghisap ganja.
2. Kod dalam bidang kepolisian
Angka 420 merupakan kod antara petugas polisi sebagai petunjuk bahawa ada orang sedang menghisap marijuana atau ganja. Untuk melaporkan kejadian ini, maka si pelapor akan menggunakan kod tersebut.
3. Sebagai kod jemputan
Masih sama dengan fakta nombor satu, fakta ini juga mengisahkan tentang para pecandu di Oakland. Pada 1990, salah satu anggota Waldos kenali sebagai anggota band The Grateful Dead, yang juga pencandu ganja. Sebelum melakukan konsert, para anggota band menyebarkan pamplet yang berisi jemputan untuk menghisap ganja bersama dengan memberikan kod 420 pada 20 April, pukul 4.20 petang.
4. Waldos diselamatkan oleh pencinta kod 420
Waldos diselamatkan pencinta 420 dari buruan polis pada tahun 1998.
5. Tarikh lahir Adolf Hitler
Fakta terkahir ini dianggap sebagai tarikh lahir diktator asal Jerman, Adolf Hitler. Hitler lahir pada pada 20 April. Kerana tidak ingin disamakan dengan pengikut pimpinan lambang Swastika ini, para pemilik hotel ataupun apartmen tidak menggunakan angka yang berhubungan dengan 20, termasuk 420.
Maka sehingga sekarang penggunaan nombor atau kod 420 tidak diperbolehkan untuk dipasang di hotel atau mana-mana apartmen. Ini kerana, bilik yang memiliki nombor 420 dianggap sebagai ruangan khusus yang disediakan untuk berpesta ganja.
Sumber : Naktahu.com
0 comments:
Post a Comment