Saturday, July 16, 2016

Filled Under:

Inilah Wajah Yang Dikatakan Isteri Kedua Adi Putra Cinta Si Wedding Planner Yang Cun Melecun



Wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua Adi Putra enggan mengulas mengenai dakwaan mereka sudah bernikah.
Wanita berusia 33 tahun itu yang dihubungi Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini, mendakwa belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan.
"Saya memohon maaf. Saya tidak boleh komen apa-apa mengenai perkara ini," katanya kepada Harian Metro.
Berita pernikahan itu mula menjadi viral apabila gambar pernikahan mereka dikongsi beberapa pihak menerusi aplikasi WhatsApp, sejak malam tadi.
Difahamkan, wanita yang juga ibu tunggal anak satu adalah rakan kongsi perniagaan Adi.
Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapatkan pengesahan daripada Adi Putra gagal apabila telefon bimbitnya tidak dijawab.




0 comments:

Post a Comment