Monday, July 11, 2016

Filled Under:

GARAGARA PRAMLEE DIDAKWA MISKIN DI AKHIR HIDUPNYA KAWAN KARIB ARWAH AKHIRNYA DEDAH JUMLAH SEBENAR KEKAYAAN PRAMLEE YANG RAMAI TAK TAHU SELAMA INI

ahmad%2Bnawab.jpg
Membelek kembali sejarah seniman negara, Tan Sri P. Ramlee semasa hayatnya, ada kisah yang mengatakan dirinya miskin ketika di akhir kehidupannya.

Dipulau oleh industri dan filemnya tidak mendapat sambutan dek kerana kegemilangan yang sudah mati selepas seniman itu berhijrah ke Kuala Lumpur, dikatakan antara sebab mengapa P. Ramlee jatuh miskin dan meninggal dalam serba kedaifan pada 29 Mei 1973.

Mega baru-baru ini bertemu dengan seorang lagi seniman negara, Datuk Dr. Ahmad Nawab di rumahnya di Taman Melewar, Gombak, Selangor. Kedutan di wajahnya langsung tidak meluputkan ingatannya terhadap kenangan-kenangan indah ketika bersama P.Ramlee.

Penting untuk pembaca ketahui, dalam sedia untuk ditemubual, Ahmad Nawab memberikan satu syarat penting kepada Mega untuk dipatuhi. Syarat itu ialah, kami perlu membetulkan semula beberapa fakta yang sama sekali salah tentang seniman legenda itu, yang selama ini telah dianggap sebagai sesuatu yang benar oleh masyarakat.

Banyak cerita tentang P. Ramlee adalah tidak benar sama sekali. Saya kecewa kerana ia telah menjadi rujukan banyak orang pada hari ini. Saya mahu apa yang tidak betul itu ditulis semula oleh wartawan seperti kamu, kata Ahmad Nawab kepada penulis, sebelum menyatakan kesediaannya untuk berkongsi cerita dari sudut pandangan peribadinya.

Menyatakan bahawa dia bertanggungjawab untuk memperbetulkan kepincangan fakta tentang P. Ramlee, Ahmad Nawab tidak mahu seniman negara itu terus dikenang dengan cara yang salah.
Sejak P. Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dari Jalan Ampas, Singapura pada 1964, Ahmad Nawab adalah orang pertama yang dicari P. Ramlee untuk membantu perkembangan kerjayanya di Kuala Lumpur. Nah, di situ kita sudah sedia maklum bagaimana rapatnya dua insan ini dalam ikatan persahabatan, bagai saudara tidak terpisah.

Sejak dia berhijrah ke Kuala Lumpur, sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya, kami berkawan rapat. Sepanjang perkenalan itu, banyak hal yang berlaku antara kami. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan cerita mengatakan P. Ramlee berada dalam keadaan susah pada saat-saat kematiannya. Kenyataan bahawa seniman itu miskin dan melarat di akhir hayatnya memang sesuatu yang tidak logik sama sekali, katanya, berterus terang.

Banyak yang tidak tahu bahawa P. Ramlee adalah satu-satunya seniman yang dibayar gaji secara bulanan oleh Shaw Brothers sepanjang perkhidmatannya dengan syarikat tersebut. Sekitar tahun 1973, P. Ramlee berhenti dari Merdeka Studio dan mengambil keputusan untuk membuat filem dan studio sendiri. Ahmad Nawab pada ketika itu bersama dengan P. Ramlee telah berjumpa dengan L. Krishnan (kini Datuk L Krishnan), di Titiwangsa untuk bercerita mengenai perkara tersebut.
L. Krishnan adalah orang yang bertanggungjawab menaikkan nama P. Ramlee sewaktu di Singapura. Pertemuan itu adalah untuk berbincang mengenai penubuhan sebuah studio, tetapi disebabkan beberapa kekangan selepas itu, perancangan itu gagal.

Sehinggalah P. Ramlee berjumpa dengan HM Shah, rakan baiknya yang juga seorang ahli perniagaan dan sedia membantu seniman itu dari segi kewangan. Turut sama ketika itu ialah Jins Shamsudin dan Salleh Ghani. Tetapi Jins mahu menjadi ketua ketika itu, tetapi jika dia yang mengetuai, siapa pula yang hendak memberi sumber kewangan?

Lantas hasrat P. Ramlee untuk menubuhkan Rumpun Melayu Filem ketika itu gagal dan akhirnya dia kembali ke Merdeka Studio untuk menghasilkan filem Air Mata Di Kuala Lumpur tetapi telah terlebih dahulu dipanggil Ilahi, jelasnya.

Bayaran gaji yang diterima oleh P. Ramlee bukanlah sedikit. Untuk sebuah filem sahaja, seniman itu dibayar RM25,000. Sekitar tahun 60-an, sudah semestinya wang sebanyak itu bukanlah satu jumlah yang sedikit.

Malah, P.Ramlee adalah satu-satunya individu yang dibayar gaji setiap bulan dan bukannya pembayaran mengikut filem seperti penggiat seni yang lain.

Jadi, apa logik kalau hendak kata P.Ramlee miskin? Takkan wang yang diterima saban bulan habis begitu sahaja?

Sewa rumah yang diduduki P.Ramlee di Jalan Dedap, Taman P Ramlee, Kuala Lumpur itu pun sebenarnya dibayar oleh Shaw Brothers melalui syarikat miliknya juga iaitu Merdeka Studio, katanya.

Sepanjang mengenali P.Ramlee sendiri, sudah beberapa kali Ahmad Nawab melihat bagaimana P.Ramlee membantu orang yang memerlukan. Berapa ramai yang datang ke rumah seniman itu untuk meminta bantuan kewangan terutamanya yang mahu pulang ke Pulau Pinang yang juga tanah kelahirannya, pasti akan dibantu.

Saloma sendiri bekerja sebagai penyanyi di Embassy Hotel, Pulau Pinang. Tak kan kewangan mereka begitu teruk? Sudah berapa kali saya dengar cerita P.Ramlee miskin, sehinggakan terpaksa makan telur. Memang saya langsung tidak percaya, jelasnya.

Malah, sewaktu P.Ramlee menghembuskan nafas terakhir, Saloma memegang sebuah fail.
Fail itu sebenarnya ada polisi insuran yang bernilai RM100,000. Ketika itu, wang sejumlah itu bukanlah kecil.

Kelamnya zaman kegemilangan P.Ramlee kata Ahmad Nawab, sebenarnya bukanlah kerana diboikot tetapi kerana kekangan yang dihadapi untuk berkarya.
Jatuh kerana komplot rakan-rakan

Mengimbas ke tahun 1964, tahun P. Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur, jelas Ahmad Nawab, punca sebenar ada kaitan dengan komplot daripada artis Singapura sendiri untuk menjatuhkan seniman itu. Satu kesatuan yang ditubuhkan oleh Jins Samsuddin (kini Tan Sri) mahu ditubuhkan, tetapi dalam masa yang sama, persatuan terbabit telah mengetepikan P. Ramlee. Bagaimanapun, ketika itu pemimpin utama Singapura telah mendapat tahu mengenai penubuhan kesatuan oleh orang Melayu itu dan mengarahkan Shaw Brothers supaya ditutup terus.

Disebabkan itu P. Ramlee telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan disuruh oleh Shaw Brothers untuk menyertai Merdeka Filem, jelasnya. Di Kuala Lumpur, perkembangan kerjaya P. Ramlee tidak begitu menyinar seperti di Singapura selain karyanya mula dipertikaikan. Kelamnya filem P.Ramlee bukanlah kerana teknologi atau dia kehabisan idea untuk berkarya, tetapi disebabkan gelagat pelakon-pelakon muda di Singapura sendiri.

Pelakon-pelakon ini sememangnya sudah hebat dan itu yang membantu menaikkan filem P. Ramlee sebenarnya. Tetapi, dia berkeras untuk tidak menggunakan pelakon dari Singapura mungkin kerana terasa hati dengan tindakan mereka yang cuba untuk menjatuhkannya. Sebab itu, walau tak bagus pun pelakon di sini, dia tetap ambil. Cuma ada beberapa pelakon wanita dari Singapura yang diambil seperti, Siput Sarawak dan Sarimah, katanya.

Filem yang dilakonkan Siput Sarawak di bawah Merdeka Studio ialah Keluarga 69 manakala Sarimah menerusi filem Gelora. Teknologi yang digunakan sama ada di Singapura atau di Kuala Lumpur adalah sama.

Cuma mungkin faktor masih terasa hati telah membuat P. Ramlee begitu berat untuk mengambil pelakon dari Singapura walaupun kehebatan mereka dalam lakonan sudah terbukti dan lebih popular.
Itu sebab dia cuba juga untuk buat filem dengan menggunakan apa sahaja yang ada di sini dan kurang menjadi, katanya.

Menyesal tak sudah
Ditanya mungkin ada perkara yang sukar dilupakan bila disebut mengenai beliau dan P. Ramlee, Ahmad Nawab berkata, ia ketika membuat persembahan untuk tentera di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Waktu itu, hanya ada empat orang sahaja pemuzik dan dia beritahu mahu menjadi konduktor muzik kepada mereka. Saya sebagai ahli muzik, memang tidak setuju kerana kalau sekadar empat sahaja pemuzik, tidak perlu konduktor pun tidak apa. Namun dia berkeras untuk menjadi konduktor sehingga membuatkan saya marah dan beredar terus daripada membuat persembahan, jelasnya.
Ditanya apa yang membuat Ahmad Nawab berbuat demikian, menurutnya P.Ramlee dipandang sebagai seorang penggiat seni lakon. Malah, dia bukanlah orang muzik. Jadi, sudah tentu pemuzik seperti Ahmad Nawab memang sukar menerima pendapat mereka yang tidak mahir dalam muzik.
Rasa ego itu yang membuatkan saya berang dan ambil keputusan untuk balik dan tidak meneruskan persembahan itu. Disebabkan itu juga, saya rasa menyesal hingga ke hari ini, kerana tidak memberikan dia peluang itu. Apalah salahnya, kalau saya ikut sahaja kehendak dia, tetapi itu tidak berlaku. Jika saya memberikan dia peluang tersebut, rasa ralat itu tidak akan saya tanggung sampai ke hari ini, katanya.

Pun, dingin hubungan hanya sekejap sahaja. Selepas beberapa hari, Ahmad Nawab kembali bersama dengan P.Ramlee, makan-minum dan bersahabat seperti biasa.
Malah, P.Ramlee sering bertanya kepada Ahmad Nawab mengenai muzik kerana kurangnya asas dalam bidang muzik.

Waktu itu saya bekerja di Radio Televisyen Malaysia dan ada dua orang guru dari Amerika Syarikat yang mengajar kami. Apa yang diajar oleh guru itu yang akan saya sampaikan kepadanya. Dia juga mahu belajar. Kadang kala, pagi saya datang, lewat petang baru balik semata-mata berbual tentang muzik dengan arwah, ujarnya.

P. Ramlee hilang populariti
Sewaktu rancak berbual bersama Ahmad Nawab sambil diselang seli dengan hirupan teh tarik hasil tangan isterinya, Datin Siti Zainab Ibrahim, terbuka cerita yang menyentuh hati.
Meneruskan bicaranya, menurut Ahmad Nawab, pada waktu P. Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur, rasa hormat orang kepadanya ketika itu tidak seperti mana yang diterimanya sewaktu di Singapura. Malah, Ahmad Nawab sendiri sebagai rakan rapat tidak merasa P.Ramlee adalah seorang insan seni yang hebat, ketika itu.

Sehinggalah pada satu malam, ketika Ahmad Nawab bersama dengan P.Ramlee minum di sebuah warung, tepian jalan di Kampung Baru.

Kebetulan malam sebelum itu baru sahaja berlangsung sebuah konsert Pop Yeh Yeh di Stadium Negara, genre muzik yang menjadi ikutan ramai ketika itu, datang seorang lelaki yang menunggang vespa lalu ditegur P.Ramlee.
P. Ramlee tanya sama ada lelaki itu pergi ke konsert tersebut dan bagaimana sambutannya? Balas lelaki itu, sambutan pada malam tersebut sangat meriah. Apatah lagi itu adalah kali pertama konsert Pop Yeh Yeh diadakan di ibu kota, jelas Ahmad Nawab.
Waktu itu, P.Ramlee termenung jauh dan terpacul satu ayat yang masih diingati Ahmad Nawab sehingga kini: Adakah akan ada orang yang mengingati aku nanti?

Ayat tersebut diungkap dengan loghat bahasa Pulau Pinang yang membuat Ahmad Nawab sendiri tertanya-tanya, pelik.

Saya tidak tahu apa sebab dia cakap demikian, tetapi saya balas kepadanya, sudah pasti masyarakat akan kenang segala jasanya, katanya.

Baginya, sesuatu yang menjadi kebiasaan bila seseorang itu masih hidup langsung tidak dihirau tetapi mula dikenang selepas hayatnya tiada.

Sehingga setakat ini, belum ada lagi seorang yang mampu untuk menjadi seperti mana P.Ramlee dalam industri seni.

Wartawan sendiri menghentam P.Ramlee ketika itu. Sewaktu filem 6 Jahanam dihasilkan, mereka kata P.Ramlee sudah kehabisan idea untuk berkarya. Hakikatnya kini, selepas beliau tiada baru dikenang. Sebab itu, tidak ada kenyataan daripada P.Ramlee sendiri mengenai kehidupannya selepas ke Kuala Lumpur.

Semuanya adalah cerita daripada kebanyakan rakan yang kita sendiri tidak tahu kesahihan berita tersebut, jelasnya.
Mengimbas ke tahun 1964, tahun P. Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur, jelas Ahmad Nawab, punca sebenar ada kaitan dengan komplot daripada artis Singapura sendiri untuk menjatuhkan seniman itu. Satu kesatuan yang ditubuhkan oleh Jins Samsuddin (kini Tan Sri) mahu ditubuhkan, tetapi dalam masa yang sama, persatuan terbabit telah mengetepikan P. Ramlee. Bagaimanapun, ketika itu pemimpin utama Singapura telah mendapat tahu mengenai penubuhan kesatuan oleh orang Melayu itu dan mengarahkan Shaw Brothers supaya ditutup terus.

Disebabkan itu P. Ramlee telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan disuruh oleh Shaw Brothers untuk menyertai Merdeka Filem, jelasnya.

Di Kuala Lumpur, perkembangan kerjaya P. Ramlee tidak begitu menyinar seperti di Singapura selain karyanya mula dipertikaikan. Kelamnya filem P.Ramlee bukanlah kerana teknologi atau dia kehabisan idea untuk berkarya, tetapi disebabkan gelagat pelakon-pelakon muda di Singapura sendiri.
Pelakon-pelakon ini sememangnya sudah hebat dan itu yang membantu menaikkan filem P. Ramlee sebenarnya. Tetapi, dia berkeras untuk tidak menggunakan pelakon dari Singapura mungkin kerana terasa hati dengan tindakan mereka yang cuba untuk menjatuhkannya.

Sebab itu, walau tak bagus pun pelakon di sini, dia tetap ambil. Cuma ada beberapa pelakon wanita dari Singapura yang diambil seperti, Siput Sarawak dan Sarimah, katanya.

Filem yang dilakonkan Siput Sarawak di bawah Merdeka Studio ialah Keluarga 69 manakala Sarimah menerusi filem Gelora. Teknologi yang digunakan sama ada di Singapura atau di Kuala Lumpur adalah sama.

Cuma mungkin faktor masih terasa hati telah membuat P. Ramlee begitu berat untuk mengambil pelakon dari Singapura walaupun kehebatan mereka dalam lakonan sudah terbukti dan lebih popular.
Itu sebab dia cuba juga untuk buat filem dengan menggunakan apa sahaja yang ada di sini dan kurang menjadi, katanya.

Sumber: eksidenz
Sumber: pemburudunia




0 comments:

Post a Comment