Tuesday, May 17, 2016

Filled Under:

Ramai Pelik Kenapa Pengantin Lelaki Ini Agih Makanan Di Tepi Jalan

KOTA BHARU: Tindakan seorang lelaki berpakaian pengantin mengagih makanan di tepi jalan cetus perhatian pengguna jalan raya di Jalan Kok Lanas-Machang sejak Ahad lalu.


Ramai Pelik Kenapa Pengantin Lelaki Ini Agih Makanan Di Tepi Jalan

Aksi pemuda yang dikenali sebagai Nor Hamidi Mohd Nadzir, 27, mengejutkan sebahagian besar pengguna jalan raya itu kerana tidak menyangka seorang 'pengantin' sanggup mengagihkan makanan kepada mereka.

Malah, ada yang bertanya sama ada pengantin perempuan sudah melarikan diri atau mengagihkan makanan kenduri yang tidak habis. Namun, Hamidi menjelaskan dirinya masih lagi bujang.

Ramai Pelik Kenapa Pengantin Lelaki Ini Agih Makanan Di Tepi Jalan

Beliau mengagihkan bihun dan nasi goreng sebanyak 120 bungkus setiap hari sebagai tanda berkongsi rezeki apabila perniagaan butik pengantin, D'Rias Bridal Collection, miliknya mendapat keuntungan ketika Februari dan Mac lalu.

Tambahnya lagi, beliau sudah membelanjakan kira-kira RM3,500 sejak Ahad lalu bagi mengagihkan bihun itu untuk pengguna jalan raya Kok Lanas-Machang.

"Asalnya niat nak berkongsi rezeki dengan membuat jamuan makan, tetapi disebabkan rumah sedang dalam proses pembaikan saya ambil inisiatif mengagihkan kepada pengguna jalan raya.

"Idea berpakaian lengkap sebagai pengantin adalah bagi menarik perhatian pengguna untuk singgah selain tidak memerlukan modal memandangkan saya mempunyai butik pengantin," katanya.


Bahkan beliau dibantu oleh tiga orang pekerjanya iaitu Seri Murni Hussin, 23; Nur Hayati Mat Noor, 46, dan Zaini Derahman, 33, untuk mengagihkan bungkusan sarapan yang dimasak ibunya, Rokiah Idris, 54.

Ramai Pelik Kenapa Pengantin Lelaki Ini Agih Makanan Di Tepi Jalan

"Pada hari pertama, saya cuba dengan menu bihun sebanyak 100 bungkus dan mengambil masa sejam untuk selesai mengagihkannya kerana orang ramai agak terkejut dengan penampilan saya, namun keesokan hari tidak sampai setengah jam semuanya sudah habis," katanya.

Apapun, tindakan Hamidi sepatutnya dipuji. Semoga murah rezeki beliau selepas ini.





0 comments:

Post a Comment